skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ▼ December (1)
      • Langit tak selalunya cerah..
    • ► October (4)
      • Kenangan itu..
      • A Happy Family..
      • mencari kembali semangat yang hilang..
      • Aku, Fasi, dan sebuah orentasi..
    • ► September (1)
      • SEKALI LAGI..
    • ► August (10)
      • 5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN.. betol ke??
      • Anak patung, Maggie dan L'Oreal
      • DIARI SYAWAL- edisi ke-8
      • Perginya Ramadhan..
      • D.U.G.A.A.N
      • Pertemuan Di Jalan TAR- ep 3
      • Pertemuan Di Jalan TAR- ep 2
      • Pertemuan Di Jalan TAR- ep 1
      • orthopedic wanna be..
      • E.G.O
    • ► July (4)
      • Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan..
      • Mr Last-Minute!
      • Happy birthday mum..
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Tuesday, 4 December 2012

Langit tak selalunya cerah..


     Tiap kali jenguk ke luar jendela, langit selalu mendung dan kerap juga hujan turun membasah bumi."ahh.. langit tak selalunya cerah.." itulah ungkapan yang sering kali terungkap bila ada hajat yang terbatal dek kerana cuaca. Bila hujan turun menyembah bumi, memang senang membuatkan kita tertidur sehingga dibuai mimpi yang indah-indah. Kedinginan ditambah dengan kelenaan tidur dan turut dihiasi dengan mimpi yang indah bisa membuatkan kita terlajak tidur sehingga terlewat ke kelas ! Ok, cukup itu sebagai pembuka bicara, bila bercakap mengenai langit tak selalunya cerah, ia secara tidak langsung bisa dikaitkan dengan kehidupan. Bayangkan perkataan langit itu ibarat kehidupan. Langit tak selalunya cerah atau kehidupan tak selalunya berjalan dengan lancar. Kita sering mendengar 'kehidupan ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita dibawah.'


Perkataan 'kehidupan' itu tidak beerti jika tidak dihiasa dengan dugaan, cobaan dan ujian. Malah perkataan-perkataan inilah yang menghiasi dan menambahkan lagi erti sebuah kehidupan. Analoginya umpama "langit tak selalunya cerah" dan kerap kali hujan. Tapi bila kita lihat dari sudut sebaliknya, kebiasaannya selepas hujan akan diiringi dengan pelangi yang indah. Semakin lebat hujan yang turun menyembah bumi semakin indah pelangi yang muncul selepas itu. Begitu juga dengan kehidupan.. Semakin mencabar dugaaan dan rintangan yang kita hadapi dalam meniti sebuah kehidupan, InsyaAllah semakin manis dan indah "pelangi" yang akan muncul kelak. Kemanisan itu pasti tidak terkata dan hanya DIA yang bisa mengerti perasaan dirimu pada saat itu.

Ok, cukup sampai disini, idea dah kering sebab dah lama tak menulis. Akhir kata bagi sesiapa yang rasa sangat-sangat kecewa, down, dan putus asa tatkala sedang diuji dengan dugaan yang cukup dasyat (pesanan untuk diri sendiri), percayalah.. Yang maha esa tidak akan menguji dirimu andai ujian itu tidak mampu engkau hadapi, semua bergantung kepada anda, percaya dan berjaya!! Bangkitlah khalid..



Posted by khalid kadir at 15:52 0 comments

Saturday, 27 October 2012

Kenangan itu..

Assalamualaikum =)

“Memories are what warm you up from the inside. But they're also what tear you apart.” 
― Haruki Murakami, Kafka on the Shore

one fine day..

"JANGAN PINTA HIDUP YANG SENANG.. PINTALAH HATI YANG TABAH UNTUK MENGHADAPINYA.."


Posted by khalid kadir at 20:48 0 comments

Thursday, 25 October 2012

A Happy Family..

Assalamualaikum.. kini menulis sekadar untuk menghilangkan sunyi, almaklumlah semua housmate dah balik raya haji.. kini ingin menulis perihal 'family'.. ada apa dengan family??

'Family' atau dalam bahasa melayu bererti keluarga.. Dalam istilah wikipedia, 'family (from Latin: familia) is a group of people affiliated by consanguinity, affinity, or co-residence'. Keluarga merupakan basic kehidupan seseorang. bagi seorang lelaki, dalam memilih calon isteri, keturunan merupakan antara 4 aspek yang perlu dititik beratkan. keturunan berkait rapat dengan intitusi kekeluargaan. lihatlah betapa pentingnya institusi keluarga disitu. orang selalu kata 'back to basic'. Dan basic ini merujuk kepada keluarga. ok, cukup sampai disini.. wish you all have a happy family =)




Posted by khalid kadir at 00:57 0 comments

Thursday, 4 October 2012

mencari kembali semangat yang hilang..


         Kuliah untuk semester baru sudah lama bermula tapi aku masih belum punya semangat untuk kembali menghadap buku, nota dan yang seangkatan dengannya. Semangat aku seolah-olah hilang dimamah peristiwa exam yang lalu. Peristiwa dimana aku gagal dalam medan peperiksaan. Sisa-sisa semangat yang tinggal semakin pudar tatkala melihat keputusan exam itu. Keputusan seolah-olah aku seperti tidak bersungguh. Bayangkanlah aku study bagai nak rak tapi bila keluar result.. hmmm... sangat mnyedihkan. Lagi menyedihkan bila aku hampir saja fail 2 subjek yang aku minat. Kebenaran memang pahit untuk ditelan. Bila direnungkan kembali saat itu mungkin aku terlampau memaksa diri untuk belajar. Bayangkanlah stat je study week sampai la ke exam week, aku hanya tidur 4 jam sehari. Sampaikan mata aku lebam sebab study. Memang silap besar aku study hard..aku sepatutnya study smart. Bila aku terlalu memaksa diri, aku lupa akan hakikat yang badan aku ni bukan robot dan sememangnya perlukan rehat. Bila tiba time exam, otak aku seolah-olah penat dan badan aku mula terasa lemah. Aku mula selsema. Aku tidak mampu berfikir dan hanya mampu pandang setiap kertas soalan dengan pandangan kosong. Saat itu hanya mampu berdoa kepada ilahi agar diberi kekuatan menghadapi segalanya. Aku tahu aku perlu bangkit. Ada 6 sem lagi yang perlu aku harungi.. berbagai cabaran yang mungkin aku bakal hadapi. Tapi dimana harus aku bermula? dimana nak dapatkan kembali semangat yg hilang?? kat dewan kuliah? memang taklaa.. bayangkan hari pertama kuliah pun aku dah datang lambat, nampak sangat takde semangat. Aku perlu bangkit segera kerana tahun 2 yang bakal aku tempuh ini menjanjikn cabaran dan dugaan tahap maksima. Cabaran ini memang aku tidak nafikan datangnya dari MTM. Benda yang aku takut-takut kan dulu kini mula menghantui aku. Dulu masa interview MTM, aku tolak jawatan ini sebab takut pelajaran akan terabai.. Kini perkara itu hampir menjadi kenyataan.. Minggu depan dah mula test 1 tapi satu nota kuliah pun haram aku nak baca. Ah! Perasaan risau mula menguasai diri. Come on khalid, bangkitlah! Its not too late to study hard, but its too early to GIVE UP!!


KEJAYAAN lahir tidak secara kebetulan tetapi harus diusahakan melalui matlamat yang jelas, perancangan yang matang, disokong oleh keyakinan, kerja keras, kegigihan dan kejujuran.



Posted by khalid kadir at 05:00 0 comments

Wednesday, 3 October 2012

Aku, Fasi, dan sebuah orentasi..


Assalamualaikum :)

Aku adalah aku.. Fasi adalah orang yang mengendalikan sesebuah program dan orentasi umpama majlis suai kenal bagi pelajar baru di sesebuah tempat. Ini kisah  aku, fasi dan sebuah orentasi..

Al-kisahnya pada 1hb September yang lalu merupakan orentasi pelajar baru di upm atau lebih dikenali sebagai minggu perkasa putra (MPP). Secara tidak langsung orentasi ini merupakan orentasi ke-2 yang aku handle. Suatu ketika dahulu aku pernah bergelar fasi untuk orentasi pelajar matrik. Tapi dahulu dan sekarang amat berbeza. Untuk fasi pula ini adalah kali ke-4 aku bergelar fasi. Walaweh!! 4 kali jadi fasi bunyinya macam hebat kan.. Itu Cuma angka dan belum pasti menjaminkan apa-apa.
   


Untuk orentasi kali ini aku telah diamanahkan menjadi ketua aktiviti sepanjang minggu orentasi. Pada mulanya agak serabot pale otak aku nak pikirkan benda ni sebab idea aku bab-bab aktiviti ni memang kering kontang! Haha.. Tapi nasib aku agak bertuah sebab dapat rakan seperjuangan yang gigih dan penuh dengan komitmen. Banyak tekanan yang aku dapat dalam merancang aktiviti ni. Yang paling terasa bila semua aktiviti yang kami rancang direject saat-saat akhir. Bayangkanlah besok orentasi bermula, hari ini kena reject. Memang tekanan betul, lagi-lagi bila barang untuk aktiviti yang kena reject tu dah terbeli, sedikit membazir disitu. Aku ni agak sedikit kalut bila tertekan sampaikan kawan-kawan aku tensen dengan kekalutan aku nie, haha..

Banyak benda yang tak diduga berlaku sepanjang orentasi ni. Semuanya bermula tatkala aku berucap dihadapan dalam pencarian penghulu dan penghuluwati. Aku pun pelik dari mana aku dapat kekuatan untuk berucap seperti seorang professional sehingga mampu menyakinkan pelajar baru. Kawan-kawan aku yang dok tensen dengan kekalutan aku pun terkejut, "Tahniah khalid!, good job", aku hanya  mampu tersenyum mendengarnya. Padahal time bercakap tu memang hati ni bagai nak jatuh! Gelabah! Mungkin banyak lagi yang perlu aku belajar untuk meningkatkan keyakinan diri ini. Malam itu mungkin hanya kebetulan.

Sepanjang orentasi ini juga aku berjaya discovered sesuatu dalam diri aku yang selama ini aku sendiri tak pernah nak perasan… iaitu sifat TEGAS. Sifat ini jelas kelihatan time aku jerit marah budak sebab lambat sampaikan budak-budak tu berlari tercicit.. Dalam hati aku ketawa je tengok perangai budak-budak ni.. Garang sangat ke aku ni sampaikan mereka lari macam tu?? Haha.. Hal ini dikukuhkan lagi dengan peristiwa di dewan besar.

Entah kenapa baru 3 hari orentasi berlangsung terasa macam seminggu dan bila dah hampir seminggu orentasi berlangsung terasa baru 3 hari. Time orentasi ni juga lah aku berharap agar pelajar baru ni especially si penghulu tu tak jadi macam aku tahun lepas. Aku tak nak mereka senyap je bila kolej lain dok bercheers, aku tak nak penghulu macam takut mainkan peranan macam aku dulu. Aku tak nak penghulu tu nanti menyesal tak habis lepas orentasi nanti sampai engkau terasa macam nak putarkan balik masa-masa tu dan buat sehabis baik. Aku nak diorang enjoy dan biar kenangan orentasi ni bisa mengamit memori yang terindah dalam hari-hari yang mendatang.

Ok, cukup sampai disini since aku tak tahu nak bebel apa lagi untuk orentasi ni sebab benda ni dah lama berlaku dan aku lak baru nak bercerita kisah yang dah basi ni so memang point banyak hilang, huhu.. Papehal, aku  sangat enjoy masa orentasi ni sampaikan bila orentasi dah habes aku rasa sunyi, ye lah.. Dah biasa tidur lewat then bangun pagi-pagi buta dan hari-hari asyik terisi dengan kesibukan.. Bila semuanya berakhir, aku hanya mampu termenung teringatkan memori orentasi itu, harap ini bukan orentasi terakhir yang aku handle.. 

Posted by khalid kadir at 03:55 0 comments

Thursday, 13 September 2012

SEKALI LAGI..


Sekali lagi aku diselubungi perasaan ini..
Sekali lagi aku menjadi keliru..
Sekali lagi aku dalam dilemma..
Sekali lagi aku rasa bahagia untuk sementara waktu..
Dan sekali lagi aku pasti aku akan kecewa..
KEKECEWAAN itu pasti kesudahan yang sebaiknya..

Hanya petunjuk dari ilahi yang diharapkan agar semua berjalan atas landasan yang diredhai.. insyaAllah..

Posted by khalid kadir at 16:31 0 comments

Wednesday, 29 August 2012

5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN.. betol ke??

Assalamualaikum :)


1. FINE:
this is the word women use to end an argument when they know they are RIGHT and YOU need to SHUT UP!

2. NOTHING:
mean SOMETHINGS and YOU need to be WORRIED!

3. GO AHEAD:
this dare, not permission, DO NOT DO IT!

4. WHATEVER:
is a woman's way of saying SCREW you

5.THAT'S OK:
she is thinking long and hard on HOW and WHEN you will pay for your mistake


Posted by khalid kadir at 12:21 0 comments

Sunday, 26 August 2012

Anak patung, Maggie dan L'Oreal


Assalamualaikum =)

Apa erti sahabat bagi engkau? Adakah sahabat itu umpama anak patung? Bila engkau bosan baru kau nak cari aku, baru nak call and mesej segala bagai? Aku cuba layankan juga walau sesibuk manapun sebab engkau adalah sahabat.  Kau umpama anak kecil yang bila bosan akan selongkar kotak/stor untuk cari anak patung untuk berhibur. Masa tu lah baru kau nak susukan anak patung itu, baru nak dodoikan anak patung itu.. Ah! Bahagia sungguh anak patung itu kalau dia bisa mengerti.. Kalau tak kerana engkau bosan pasti saja sudah berdebu anak patung itu. Kalau aku layan kau macam tu kau marah. Kalau aku call kau tanpa sebab kau maki hamun aku. Kalau mesej pun ikut mood nak balas. Hmmm.. Kalau anak patung takpa lah tapi bezanya aku ni ada hati, punya perasaan.

jangan sampai anak patung mengamuk! haha

Apa erti sahabat bagi engkau? Adakah sahabat itu umpama Maggie? Bila dah terdesak baru kau nak cari? Ibarat macam orang lapar ditengah malam cari Maggie untuk hilangkan rasa kebulur. Kalau Maggie takda malam tu mahu di maki hamunnya kabinet tuh. Memang benar Maggie tu makanan segera tapi aku bukan sahabat segera!

tak minat perencah ayam, kari lagi sedaap =)

Apa erti sahabat bagi aku? Bagi aku sahabat ibarat L'Oreal, pencuci muka yang mampu membersihkan wajah sahabatnya dari segala kerisauan dan mengembalikan keyakinan diri. Moto L'Oreal - "Kerana dirimu begitu berharga". Ya, memang sahabat-sahabatku begitu berharga buat diri ini. Kalau takda sahabat tak tahu la macam mana hidup ini, mungkin sepi tak berteman.

aku lagi hensem!
So konklusinya, tolonglah jangan layan aku macam anak patung, Maggie or Chipsmore - kejap ada kejap takda. Layanlah aku seperti L'Oreal, kalau tak nak L'Oreal, layan macam Astro pun boleh, haha. Kan orang kata Astro tu "macam-macam ada" so aku nak jadi sahabat yang "macam-macam ada" untuk kau. Aku nak sentiasa ada disaat kau bosan, saat kau sedih, saat kau gumbira dan tak kira apapun perasaan kau, aku mahu sentiasa ada disitu. "Kerana dirimu begitu berharga" wahai sahabat..

macam-macam ada!




Posted by khalid kadir at 09:08 0 comments

Saturday, 25 August 2012

DIARI SYAWAL- edisi ke-8


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sementara masih dalam bulan Syawal ni belum terlambat untukku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang meraikannya. Ok, untuk Syawal kali ni malas nak sedih-sedih macam sebelum ni, dah penat dengan kesedihan al-maklumlah ni dah raya aku yang ke-8 kalinya sebagai perantau di negeri orang. Nampak gayanya 8 tahun penantian masih belum berakhir. Menanti dan terus menanti, itulah rutin saban tahun menjelang raya. Sampai kapan aku harus menanti? Itulah soalan yang selalu bermain diminda. Mungkin sampai aku bekerja agaknya dan bila dah berduit mungkin barulah penantian itu berakhir.

Untuk Syawal kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Selalunya bila menjelang raya, aku dan kawan-kawan aku akan buat konvoi raya ke rumah-rumah yang berkenaan. Tapi untuk kali ini rutin itu terpaksa dilupakan memandangkan ramai geng aku balik kampung. Yang tinggal hanyalah aku. So agak dull jugalah raya tahun ni.. Ditambah pula dengan "dugaan time nak raya" lagi la bertambah warm raya tahun ni. Abang aku sampai baju raya pun dia tak beli, mungkin terkilan dengan duit dia yang hilang tu kowt. Apakan daya benda dah nak jadi, so aku terpaksa menceriakan sendiri raya aku yang seakan-akan sunyi itu. Hari pertama berlangsung seperti biasa dan kisah aku bermula pada hari kedua =)

dapat duit raya pada usia 21 tahun memang awesome!

Al-kisahnya pada hari kedua, kami sekeluarga pergi beraya di rumah makcik aku kat rawang, habitat lama aku 5 tahun lepas. Setiba disana terdetik hati aku untuk bertemu kembali dengan geng-geng sekolah aku dulu, yang 5 tahun aku tinggalkan tanpa sebarang khabar. So misi raya aku tahun ni adalah konvoi raya secara solo, menerjah kembali kawan-kawan lama. Sebelah malam, aku pinjam kereta mak aku untuk kembali ke habitat lama aku; Bandar Sungai Buaya.. Nama macam gerunkan, haha.. Disini aku berhasrat untuk bertemu kembali dengan geng POH, TAI, CHAU, KHEE, BAGHDAD & POK CEK.. Geng budak nakal aku, geng main futsal dan juga geng Rugby sekolah masa tu. Aku agak terkial-kial dalam meredah kegelapan malam menuju ke destinasi itu, maklumlah dah 5 tahun aku tak jejak sini. Tempat tu agak jauh, perlu meredah kawasan yang berbukit bukau + hutan belukar + takde lampu jalan. Memang perlu berhati-hati, lagi-lagi kereta masa tu lampu sebelah dah terbakar. Agak seram jugalah, teringat kisah abang aku ternampak hantu kat area tu dulu so memang meremang sikit bulu roma memandu sorang-sorang. Setiba disana, aku cuba terjah rumah si KHEE tapi aku sesat juga. Dalam pukul 10 baru aku tiba dirumah dia. KHEE masih seperti dulu, tak banyak yang berubah.. Masih KHEE-tot seperti dulu, haha.. POH aku sempat berbual kat talifon je sebab dia balik kampung, hampir saja dia tak kenal aku. TAI, CHAU n POK CEK hilang entah kemana.. Nampaknya geng ini dah berpecah. KHEE pun bergerak solo sekarang sejak bergelar askar ni. Dengar cerita POH dan POK CEK satu U dan satu kos.. KHEE cerita kat aku yang diaorang sama-sama berjaya kat sana, asyik dean list memanjang..Alhamdulillah. Tapi ada berita yang kurang enak aku dengar mengenai geng ini sejak pemergian aku. Geng ini mula bertindak diluar batasan. Masa zaman aku geng ni hanyalah buat onar untuk keseronokan sendiri, tak melibatkan orang lain pun. Kami just panjat bumbung sekolah, tangki air sekolah then masuk sekolah malam-malam. Just benda biasa yang budak nakal selalu buat. Tapi sejak pemergian aku, geng ini mula jadi liar dengan kes pukul budak dan ponteng sekolah. Sampai ada diantara mereka hampir saja dibuang sekolah. Result spm mereka semuanya jatuh! Berbeza masa ada aku dulu, result maintain walau asyik main. Dulu kami berlumba-lumba nak score time exam sampai study sama-sama, tuisyen satu tempat. Ah! Rindukan saat itu. Ok, tutup kisah itu sampai disini.

Keesokan harinnya a.k.a hari raya ke-3 aku berjumpa pula dengan Ucop, kawan aku masa dimatrikulasi 2009. Dah hampir 2 tahun aku tak jumpa dia. Kini dia nampak sedikit berisi, tak kurus macam dulu. Banyak cerita dulu-dulu diungkitkan kembali. Boleh pula dia ungkit balik cerita aku marahkan dia pasal perkara bodoh tu, haha.. Kuat betol ingatan dia, aku dah lupa benda tu. Macam mana laa aku boleh marahkan dia disebabkan…tuut…….. Ah! That's why aku menyampah dengan.. Tuutt…. Bisa saja menghancurkan persahabatan. Tapi ada satu benda yang si ucop ni masih berahsia dengan aku. Dia pernah bagi tahu aku dulu dan aku sangat-sangat berharap dia dah berubah. Dia Cuma cakap, "aku akan bagi tahu kat ko bila kita berjumpa untuk kali seterusnya", aku harap sangat bila saat itu tiba aku dengar ucapan.. "Alhamdulillah, aku dah berubah".. Hanya doa dapat ku kirimkan buat dia agar dia kembali seadanya..

Untuk hari raya ke-5 pula, aku menerjah kawan expdt aku dulu; Noh Rahman kat klang. Ni lah julung-julung kalinya aku pergi klang, banyak persiapan yang aku buat sebelum ke rumah dia. Beberapa kali juga aku menghadap google map sebab takut sesat, siap buat checklist lagi untuk setiap checkpoint yang perlu aku lalu. Malangnya pada hari kejadian, checkpoint pertama pun aku dah silap amek so memang sesat laaa. Bayangkan perjalanan yang sepatutnya hanya 45 minit memakan masa sampai 3 jam baru aku sampai kat rumah dia, haha. Noh ni berimejkan ustaz dan aku lupa akan hakikat itu. So bila kat rumah dia, mak dia hidangkan aku makanan dan aku pun makanlah tapi yang peliknya aku seorang je yang makan. Bila aku tanya kat Noh, dia cakap "kami sekeluarga puasa 6", Aduh! Naik malu aku nak makan. Haha.. Panjang kami bercerita masa tuh, Noh ni pun kuat juga ingatan dia.. Banyak benda yang dia ingat pasal aku. Ntah macam mana boleh terpacul pula cerita "jalan TAR" tempoh hari, haha.. Noh Rahman masih seperti dulu Cuma tembab cikit.. Aku dan dia kalau ada masalah pasti kami kongsi bersama. Aku banyak nasihatkan dia and vice versa.. Itu barulah kawan kan =)

Konklusinya, raya tahun ni aku dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan aku yang telah lama tak jumpa. So nampak lah sikit pengisian raya aku tahun ni. 

"siang dan malam itu bersilih ganti, yang ku harapkan cuma satu.. semoga persahabatan ini kekal selamanya.. InsyaAllah.."

Posted by khalid kadir at 10:54 0 comments

Perginya Ramadhan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pejam celik pejam celik, Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita. Agak sedih juga rasanya. Sedih kerana aku gagal dalam misi aku sepanjang Ramadhan ini. Entahlah, pada awal Ramadhan aku begitu yakin aku mampu lakukannya. Namun semuanya ibarat hangat-hangat tahi ayam. Semangat hanya pada permulaan kemudian mulalah perasaan malas menyelubungi diri. Mungkin sibuk dengan urusan kerja menjadi punca. Ah! jangan nak salahkan kerja, semuanya salah aku sebab perangai Mr Last-minute aku tuh. Mungkin lepas ini kalau tiba bulan mulia ini aku tidak harus bekerja dan tumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat. Harap dipanjangkan umur ini dan diberikan peluang dan kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan. InsyaAllah..


Posted by khalid kadir at 10:31 0 comments

D.U.G.A.A.N


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dugaan, cubaa dan ujian tidak pernah lari dari erti sebuah kehidupan. Malah perkataan dan istilah inilah yang mencorak warna warni kehidupan. Apa makna kehidupan tanpa dugaan dan cubaan?  Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3) . Dugaan memang agak pahit untuk ditelan. Lagi-lagi bila ia hadir saat yang tak diundang, saat-saat genting, saat ketika mahu menyambut kedatangan hari lebaran. Memang ada betulnya kata pepatah 'malang tidak berbau', kalau  malang itu berbau pasti semua orang akan mengelak daripadanya.

Bercerita mengenai dugaan ini, aku punya kisah sendiri mengenainya. Dugaan time nak raya.. Alkisahnya pada hari khamis yang lepas bersamaan dengan 2 hari lagi menjelang hari lebaran, rumah kami sekeluarga dimasuki penyangak. Kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 3 petang dan pada hari kejadian hanya adik-adik aku je yang ada di rumah; seorang darjah 4 dan seorang pra-sekolah. Gambaran situasi (diringkaskan):

Seorang lelaki menaiki motosikal berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah dengan membuka pagar (lagak macam rumah sendiri!), dan membuka sedikit sliding door.

PENYANGAK: ayah mana?
ADIKKU: ayah kat kedai.
PENYANGAK: emak mana?
ADIKKU: emak kerja.
PENYANGAK: saya ni kawan ayah, nak masukkan barang..

*lantas dia masuk ke rumah tanpa diundang..

PENYANGAK: tolong turunkan semua barang-barang yang dekat dapur tu, saya nak masukkan barang. Dekat bilik air belakang sekali yaa..

*adikku dengan lurus bendulnya pun menurut apa yang dipinta.

*ketika adikku sibuk mengemas di dapur.. Dia pula sibuk 'mengemas' di depan. Bilik aku merupakan destinasi pertamanya, wang tunai RM500 ringgit yang abang aku baru tukar malam tadi jadi habuannya. Kemudian bilik mak aku, semua barang kemas mak dan adik-adik aku habis disapunya. Termasuk kamera digital  aku dengan chargernya sekali pun dirembatnya. Aku kurang jelas lagi apa yang hilang tapi itu yang pasti.

*semuanya berlaku dengan pantas, bila adikku keluar dari dapur, dia sudah lesap. Dia seolah-olah sudah 'mengenali' rumah ini. Sudah expert dengan setiap tempat menyimpan barang berharga. Bayangkanlah, biasanya kalau pencuri masuk mesti rumah bersepah bagai  tapi tidak untuk kali ini. Semuanya seperti sedia kala Cuma yang nampak beralih hanya make up mak aku.

Sebaik saja mak aku pulang dari kerja, mak aku ternampak adikku tengah menangis dan dia menceritakan segalanya kepada mak aku. Tanpa membuang masa mak aku terus membuat laporan polis dan tika itulah aku mendapat panggilan daripada mak aku menyatakan hal kejadian. Ah! Memang bikin panas berita itu. Kalau aku ada kat tempat kejadian mahu saja dipatah-patahkan tulang penyangak itu! Time-time nak raya ni la ko nak buat kacau!

Setelah soal siasat polis, suspek kemungkinan berbangsa India berdasarkan warna kulitnya tapi dia fasih berbahasa melayu. Umur dianggarkan dalam usia 40-50 tahun. Menaiki motosikal berwarna hitam. Peristiwa ini sedikit sebanyak menjejaskan mood raya kami sekeluarga. Sekian kat abang dan mak aku, duit yang baru ditukar malam itu untuk dijadikan duit raya hilang begitu saja. Barang kemas mak dan adik-adikku turut hilang. Tapi syukurlah adik-adikku tidak di apa-apakan. Biarlah dia nak curi apa sekalipun asalkan dia tak curi nyawa adik-adikku cukuplah. Adik-adikku baru nak mengenal dunia kalau diapa-apakan saat itu pasti aku cari penyangak itu sampai ke lubang cacing sekali pun!

Posted by khalid kadir at 10:31 0 comments

Friday, 24 August 2012

Pertemuan Di Jalan TAR- ep 3


Usai solat maghrib, kami pun bergerak pulang menuju ke destinasi masing-masing. Dia sarankan aku ambil tren kat KL sentral then baru ke bangi. "tau g KL sentral x? kalau nak orang boleh tolong hantarkan sampai ke ktm tu". Sempat lagi nak perli aku time nak balik ni, setakat KL sentral tu aku tahu la =_=
Aku pun menolak tawaran dia memandangkan dia nak cepat takut terlepas takbir kat rumah nenek dia. Aku lagi laa nak cepat sebab nak kena cari kunci moto yang hilang tu. Masa dalam tren baru rasa bahagia itu hilang dan kini rasa cemas menyelubungi diri. Sampai je kat ktm bangi tu aku berlari ke arah moto, alhamdulillah moto tu masih ada tapi kuncinya tetap takda! Ah! Kepala aku buntu memikirkannya. Kat mana lagi aku nak cari nie.. Aku try cari kat kawasan berdekatan yang agak gelap itu. Aku harus cepat sebab tak nak terlepas takbir raya dirumah. Agak lama juga aku mencari akhirnya aku putus asa lantas dihubungi abang aku mintak tolong dia ambilkan. Pak cik prebet sapu kat situ pun agak baik sebab sampai nak tolong aku pecahkan padlock moto tu then nak sambungkan bateri so that moto tu boleh hidup tanpa kunci, pengalaman dia sebagai mekanik. Aku agak keberatan nak ikut idea pak cik tu so aku just duduk menonggeng kat tepi moto tu mengharapkan keajaiban berlaku. Tetiba…

"ko cari ape tu?", kedengaran suara garau kat belakang aku. Lantas aku menoleh.
"cari kunci moto cik, tercicir kat mana ntah",
Tiba-tiba pak cik tu macam mengamuk, "ko tau ko letak kunci ko kat mane?!!!",
Aku hanya mampu pandang dengan pandangan yang kosong.
"ni haaa" (sambil mengangkat kunci yang ada kat tangannya)
"pak cik jumpa ke?",
"aku jumpa tercocok agi kat atas moto ko tu", - Ah! Macam mana lah aku boleh buat kesilapan bodoh ni..
"lain kali tak payah nak kejar tren tu sangat, dah banyak kali dah orang tertinggal macam ko ni haa.. Kalau orang lain amek moto ko baru ko tau! Moto ko ni baru lagi, jaga elok-elok", pesan pak cik tu.


Setelah berbual sekejap dengan pak cik tu dan ucap ribuan terima kasih, aku pun merembat bagai pelesit. Dalam hati tidak habis mengucapkan ucapan syukur yang tak terhingga. Hari ini macam-macam terjadi kat aku. Gembira, bahagia, penat, cemas dan macam-macam lagi yang tak terucap. Sebelum tidur, aku renung kembali kenangan hari ini, kenangan yang membuatkan aku rasa bahagia sementara. 'Ah! Buangkan jauh-jauh harapan itu. I'll not make the same mistake, enough is enough! I'm SICK of it! Friends will always remain as a friends.. Kemain panjang lak entri aku untuk kali ni. Cukup sampai disini. Selamat bertemu kembali ~

"andai engkau jatuh CINTA terhadap sahabatmu, jangan luahkan kerna perasaan CINTA itu akan membunuh erti sebuah PERSAHABATAN.." pendam jela, lama-lama mati la perasaan tu. That's the solution! haha..

Posted by khalid kadir at 03:19 0 comments

Thursday, 23 August 2012

Pertemuan Di Jalan TAR- ep 2


Dalam meredah kesibukan, akhirnya aku nampak kelibat balai polis, tak jauh dari lokasi aku berada. Aku gagahkan diri untuk terus berjalan menghadap balai polis sambil mata mencari-cari si dia, entah aku ingat lagi ke tak rupa dia. Sambil berjalan aku terpandang sebuah kedai, nampak seseorang tengah membelik-belik baju. Ditenung tajam wajah orang itu sambil otak ligat menganalis.. 'Itu Dia!!!', jerit hati ini. Dia pun ternampak aku dan terus berjalan dengan konfidennya ke arah aku, seolah-olah dia cam aku dengan mudah. "Hai, long time no see", terpacul lak ayat tu secara spontannya dari mulut aku. "a'ah, long time no see". Aku terasa janggal yang amat, tak tahu dari mana harus mula. Sempat juga aku melihat penampilannya sepintas lalu, dah berubah sikit. Alhamdulillah.. Mungkin tuah dia duduk Ganu. ''err.. Dah pergi mane dah?", aku mulakan bicara dengan slumbernya.. "tak ke mana agy pown, sampai-sampai terus cari dia lah", serba salah lak aku dengar. Aku kalau boleh nak dia sampai lagi lambat tapi dia terus mencari aku, haha..

DIA: so dah beli ape je?
AKU: tak beli apa pun, just beli ni (sambil mengangkat plastik kecil mengandungi butang baju melayu)
DIA: nak beli ape lagi?
AKU: sebenarnye nk beli samping tapi still tak jumpe. Tau tak kat mana nak cari?
DIA: jom tapi kena redah sikit laa..

Kami pun meredah kesibukan jalan TAR sambil masing-masing bertanyakan khabar. Satu persatu kedai yang berkaitan tidak terlepas untuk diterjah. Entah kenapa dengan dia aku senang berlaku jujur, jujur je cakap kalau aku tak suka kain tu. Mungkin sebab aku dah lama kenal dia kowt. Dia pun jujur je cakap yang mana tak cantik. Senang kerja aku. De satu benda yang aku sedikit kagum dengan kawan aku ni; kesungguhan dia. Sampai kan satu tahap tu dia pergi kat abang kedai tu, "abang, kalau baju melayu kaler ni sesuai ngan samping yang mane?", (sambil menunjukkan kaler tudung dia) , aku terkedu seketika. Then dalam pukul 4 camtu, akhirnya aku jumpa samping pilihan aku tapi spoil time nak bayar tu, boleh lak duit aku tak cukup. Dia dengan slumbernya keluarkan duit dia dan tolong tambah duit aku yang tak cukup tu. AADUH!! Malu kowt! Aku memang pantang kalau perempuan belanja ni, jatuh maruah aku! Jam baru menunjukkan sekitar 4 lebih, masih awal. Memandangkan aku takde apa nak beli dah dan memandangkan dia masih belum beli baju kurung untuk raya so aku pun rasa cam nak balas balik jasa dia sebab temankan aku. So misi seterusnya, mencari baju raya!! Misi bermula dengan memasuki kedai-kedai yang menjual baju kurung. Ni la julung-julung kalinya aku temankan perempuan shopping baju kurung even adik perempuan aku sendiri pun aku tak pernah nak temankan. So kekok tu memang terasa lah kan. Nasib dia agak malang sebab banyak baju takda saiz kalau ada pun kaler pula yang tak berkenan. Habis jalan TAR, kami redah Masjid India.. Tak jumpa kat situ then kami redah SOGO dan Maju Tower pula. Baru aku tahu betapa penatnya ikut perempuan bershopping, rasa macam nak tercabut kaki ni haa.. aku tarik balik kata-kata aku yang dia ni tak larat jalan tapi hakikatnya aku yang penat. Lebih dari 20 kedai juga yang kami masuk tapi tetap keluar dengan tangan kosong. Dia seeolah-olah macam dah give up, "abes besok nak guna baju pe? Atleast cari laa satu", aku cuba pujuk dia beli baju gak tapi dia dengan slumber je cakap, "takpe, guna baju kuliah jee..", aku hanya mampu geleng kepala je, tang tu dia still tak berubah, sama je macam dulu, haha.


"habes ni nak berbuka kat mane?", tiba-tiba aku diajukan dengan soalan tu. Aku tengok jam, dah pukul 6 lebih. Minggu lepas aku balik time-time macam ni memang berbuka atas moto la jawabnya. "entah la", hanya itu yang mampu aku jawab. "jom kita cari tempat berbuke, nak berbuke kat mane? Fast-food?". "err..tak nak laa fast-food, nak makan nasi!", "nasi?? Entah la mana nak cari, kalau fast-food tu tau laa.. Hmm. Takpe, kite g ampang park, kalau tak pun kampung baru". Sesungguhnya aku ni memang jahil selok belok KL ni, kalau setakat jalan TAR, SOGO dan yang dekat-dekat tu tau laa. So aku pun ikut je la mana dia nak bawa. Setibanya di Lrt masjid Jamek, dia suruh aku beli tiket untuk aku sorang sebab dia dah ada kad. Aku mulai resah, mata aku terkebil-kebil melihat mesin tiket tuh. Kalau nak diikutkan aku naik benda alah ni 2-3 kali je, tu pun kawan aku yang tolong belikan. Jam dah pukul 7, ah!  Pedulikan rasa malu ni, "errr.. Sebenarnya tak biase guna benda alah ni..", KANTOI disitu! Muka aku dah merah padam. Dia hanya mengukir senyuman pastu dia dengan pantasnya menekan apa yang patut, tau2 dah keluar token tu dan dia pas kat aku. Kami pun bergerak ke Kampung Baru sebab dia cakap kat situ banyak kedai yang sedap-sedap. Tapi malangnya bila sampai semua kedai kat situ tutup! Pastu boleh pula dia ni ajak aku jalan sana sini kat kampung baru semata-mata nak cari kedai makan. Kaki aku dah rasa nak tercabut, perut aku dah berkeroncong. Tahu la dia ni ada energy lebih sikit tapi paham la sikit, aku tengah berpuasa ni. Aku hampir give up dan bila nampak ada satu kedai buka ; "kita makan kat sini jela..", "JANGAN!! Nampaak macam kotor je, nanti ade yang tak raye besok sebab cirit". Ok, kat situ aku kagum sikit sebab dia utamakan kebersihan. Dalam hati mula la nak perasan, 'caring juga ko kat aku ea, haha.. 1st time ko tunjuk sikap tu'. "so nak berbuke kat mane ni? Bagi la idea", "err.. Tak tahu laa, dia dok KL patut lebih tahu..", "Dah bape lame dok selangor ni? Orang dok Ganu pun tahu..", "ello, orang bukan orang KL macam dia ok! Mane la tau selok belok KL nih", kemain sodap dia perli aku.  "ok last choice, makan kat klcc jela..". Kami pun bergerak menuju ke klcc tapi kali ni dia cepat-cepat belikan aku tiket Lrt tu, macam dah mengerti situasi aku, haha. Sampai je, kami bergegas ke food court dan beli makanan memandangkan hampir masuk waktu berbuka. Dalam waktu itu, aku sempat mencari sesuatu dalam beg pusher aku tu, terasa macam ada sesuatu yang hilang. Aku selongkar lagi beg itu, sah! Memang ada yang hilang dan yang hilang itu adalah KUNCI MOTO aku!! Otak aku ligat memikirkan dimana  aku tercicirkannya. Selalunya beg aku tu lah tempat yang paling selamat. Bila dah puas fikir, ada satu je kemungkinan. Aku mungkin tertinggal kunci tu kat atas moto. Aku cuba sembunyikan kekalutan itu dan menghargai setiap detik-detik berbuka puasa untuk kali terakhir. Baru perasan untuk berbuka hari terakhir ni agak istimewa sedikit, semuanya hadir tanpa dirancang. Hari ini memang dalam sejarah. Entah kenapa rasa bahagia semacam walaupun kunci moto dah hilang. Mungkin inilah kali pertama aku spent masa dengan dia hampir 6 jam. Kalau nak diikutkan tak pernah aku jumpa dia lebih dari 10 minit, kalau lebih pun atas dasar study, tu pun ramai-ramai. Buat julung-julung kali jugalah aku keluar dengan dia, memang sebelum ni tak pernah langsung keluar dengan dia apatah lagi makan macam ni, memang tak pernah. Patutlah masa makan masing-masing asyik control, tipu lah kalau tak segan kan. Tapi atleast aku habiskan apa yang aku makan sedangkan dia tu control sangat sampai tak habes. Nak aje aku amek pinggan dia tu and campak kat muka dia! Tak payah nak control-control sangat laa, haha.

*******bersambung*******



Posted by khalid kadir at 10:42 0 comments

Pertemuan Di Jalan TAR- ep 1


AMARAN : entri ditulis dalam mood hati tengah bahagia berbunga-bunga. So kalau tak larat nak baca tak payah baca, cepat-cepat hold butang Ctrl + W. Ini sekadar untuk renungan sendiri je.

Mentari dhuha memancar gagah pada pagi itu. Hari ini hari sabtu, sehari menjelang hari lebaran. Baru aku teringat ada persiapan raya yang belum ku beli, lantas aku mempersiapkan diri menuju ke destinasi pilihan disaat-saat akhir iaitu Jalan TAR ; tempat tumpuan ramai menjelang perayaan. Ketika dalam perjalanan tetiba handset ku berbunyi memberi isyarat mesej masuk. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin talipon. Diakhir mesej ringkas itu disertakan nama seseorang, ringkas tapi bermakna. Baru teringat pagi tadi aku ada ajak dia turun sekali memandangkan dia duduk area KL. 'Ah! Mana mungkin dia mau pergi', bisik hatiku. Yelaa.. Dah lama aku kenal dia dan tiap kali ajak  pape je pasti jawapanya tak seperti yang diharapkan, sentiasa mengecewakan. Maklum laa EGO tinggi!

Jalan Tar- A history to remember..

Masa dalam tren, sekali lagi handset ku meraung, tanda mesej masuk. " I'm going…", terkesima seketika aku melihat paparan skrin handset saat itu. ADUH!! Gurauan apa ni?? Aku main-main jela mesej pagi tadi sebab aku ingat dia takkan nak punya. Ternyata aku silap, tak sangka lak dia ambil series mesej tu. Banyak persoalan yang bermain di minda aku masa tu. Tiba-tiba hati jadi tak keruan. Mahu taknya, dah hampir setahun lebih tak jumpa macam-macam boleh jadi kan. Hmmm..  Macam mana la keadaan dia sekarang ni, masih seperti dulu ke dah berubah ke arah yang lebih baik. Macam mana la aku nak mula berbual balik dengan dia sejak peristiwa gadoh besar yang berpunca dari aku, peristiwa yang menyebabkan kami lost contact untuk sekian lamanya. Takkanlah aku nak buat slumber je.. 'AH!, jauh pula aku melilau, terlepas perhentian kang baru kau tau!', bentak hati kecil ini. Pastu aku pandang diri ini dari atas sampai bawah. 2-3 kali kepala aku dongak atas bawah. Spoil! Macam ni gaya aku nak jumpa dia?? Dengan selipar jamban + jeans + t-shirt tido , pastu rambut kusut masai ditambah dengan beg pusher aku tuh. Haha.. Apalah tanggapan dia nanti.. Mesti dia ingat aku dah berubah sebab dulu aku selalu utamakan penampilan. Dia ni pun satu, bukannya nak konfirmkan awal-awal, kalau tak boleh la aku pakai elok sikit.

Jam menunjukkan hampir pukul 2 petang, time ni la tren terasa lambat, bukan main lama lak berhenti. Hmm.. Aku ingat kalau sampai awal boleh la aku shopping dulu, tak payah nak tunggu dia. Malu kowt shopping dengan perempuan, tak pernah dalam sejarah aku shopping dengan perempuan. Hari ini bakal menjadi sejarah. Kalau nak diikutkan aku lebih gemar pergi shopping sorang-sorang, sebab aku bebas pergi ke mana saja tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Lagi pun aku ni jenis yang kuat berjalan, bayangkan minggu lepas aku singgah jalan TAR gak, hampir 3 jam aku dok pusing-pusing semata-mata nak cari sehelai jeans. Amekkau! Larat ke korang nak ikut? Mahu tercabut kaki tu. Hari ini mungkin pergerakan aku agak terbatas sebab kena consider juga perempuan tuh, ntah larat entahkan tidak dia tuh. Setelah sampai di perhentian Bank Negara, aku selesaikan dulu solat zuhur then baru sambung balik misi hari ini. Misi mencari samping untuk dikenakan dengan baju melayu. Sebelum ke jalan TAR, aku singgah SOGO dulu sebab tertarik dengan tawaran diskaun sehingga 70% tuh tapi aku hanya pandang sepintas lalu sambil mata tak lari dari melihat jam. 'Aku kena cepat ni sebab dia kata dia dalam perjalanan', aku bergegas ke jalan TAR sebab aku nak cari dulu barang yang aku nak sebelum dia sampai. Dalam hati asyik berdoa, 'lambat la sikit ko sampai, bagi aku dapat samping dulu', haha.. Sampai je kat jalan TAR, aku terus ushar kedai-kedai berdekatan pastu aku pandang handset, ada mesej masuk dan dah lama dah mesej tu; "Dok mano?".. 'Ah, takkanlah dia dah sampai..' getus hati ini. Takpe ramai orang ni mesti susah nak cari. Aku teruskan misi aku ni, banyak kedai yang aku masuk tapi masih tak jumpa yang berkenan di hati. Jam hampir pukul 3 petang tapi aku still tak nampak kelibat dia lantas dicapai talifon.. "tak sampai lagi, still kat putra, tunggu tau.. Jauh orang datang ni".. Fuhh!! Berita gembira, aku sambung balik misi aku tapi still fail juga.  Hmmm.. Terpaksa akui aku memang tak reti nak pilih samping yang sesuai.. Ni first time aku beli samping, sebelum ni abang aku yang belikan. Aku ni jenis memilih sikit, tak nak kaler hitam yang dah biasa guna tuh, nak juga sama kaler sama dengan baju melayu pastu nak kain yang selesa lak, memang taklah kan. KRINGG!! Talifon aku berdering, "Kat mane?", aku pun sibuk dok cari kat mana laa aku ni.. "err.. Kat depan SEMUA HOUSE tuh, ntah laa kat mane", "owh, jauhnya.. Takpe laa orang tunggu kat balai polis, tau kan?", "owh, ok.. Tahu tahu", aku pun terkebil-kebil mencari balai polis. Cakap je tahu tapi sebenarnya aku tak tau pun, haha..  

********bersambung*******

Posted by khalid kadir at 10:20 0 comments

Sunday, 19 August 2012

orthopedic wanna be..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman beberapa minggu lepas. Pengalaman terserempak dengan kawan sekelas sewaktu di tingkatan lima suatu ketika dahulu. Alkisahnya bermula sejurus selepas usai solat terawih, aku bergegas menuju ke stesen minyak. Tatkala sedang khusyuk mengisi minyak tetiba aku ditegur oleh seseorang. 'hai khalid, lama tak jumpa. Macam mana study?'.. Ku tatap suara yang bertanya itu. Otakku ligat berfikir sambil menganalisis rupa fizikal dia. Owhh!!! T.K rupanya, rakan sekelas aku ditingkatan lima dahulu. Keadaannya tidak banyak berubah Cuma kini dia berkaca mata ala-ala doktor gitu. Sempat berbual sekejap maklum laa tengah isi minyak takkan nak borak lelama kan. Dia kini bekerja di kedai cermin mata kat puchong, no wonder la dia pakai cermin mata =_=

'Bila mau jadi doktor pakar tulang??', terpacul keluar soalan itu dari mulut dia. 'Ah, tak jadi laa.. I'm doing Biomedical Science , maybe scientist to be.. Haha' bersahaja je aku jawab soalan dia.. Tapi soalan tadi agak sedikit menyentapkan sanubari.. Doktor pakar tulang a.k.a orthopedic.. Itu kisah 4 tahun lepas, kisah ketika masih dibangku sekolah. Tapi aku agak kagum dengan kawan cina aku nie, dia masih ingat cita-cita aku walau dah hampir 4 tahun kami tak jumpa. Kali terakhir aku jumpa dia kalau tak silap masa ambil result spm dulu dan kalau nak diikutkan rasanya aku bagi tau sekali je cita-cita aku tu; masa perjumpaan pelajar tingkatan 5 dengan pengetua. Ini baru betul-betul kawan kan, aku entah ingat entahkan tidak cita-cita dia.. Hmmm.. Berbalik kepada kisah pengetua tadi. Mungkin sebab kena perli dengan pengetua masa tu menyebabkan orang ingat cita-cita aku.. Tapi itu kisah 4 tahun lepas dan peristiwa itu masih samar-samar dalam ingatan aku. Aku cuba drill kepala ni bagi mencari kembali cebisan memori itu.. Memori Orthopedic  wanna be..

orthopedic.. tinggal kenangan  jelaa

Alkisahnya, dalam sekitar tahun 2008 masa aku ditingkatan 5, pengetua sekolah masa tu iaitu En Ahmad Badri (kalau tak silap) telah mewajibkan semua pelajar tingkatan 5 membuat FOLIO KERJAYA.. Dalam folio tu kena ada cita-cita dan bagaimana nak capai cita-cita itu.. Bagaimana nak capai tu lebih kepada laluan-laluan yang perlu diambil sejurus tamat tingkatan 5. dan perlu ada backup plan, andai engkau terkandas di laluan A pergi lalu laluan B dan seterusnya. Aku dan rakan yang seangkatan dengan ku masa tuh pandang remeh je benda tu. Kalau budak perempuan tak payah cakap lah kan, kemain excited dorang menyiapkannya. Kalau budak lelaki memang haramlah kan. Kami tak buat apa-apa sampailah date line folio tu. Bila pengetua tahu yang ramai tak hantar folio tu, dia agak benggang gila! Pastu dia kumpulkan semua pelajar tingkatan 5 sekali lagi. Masa tu baru kau tahu tinggi ke rendah langit tu, baru terkebil-kebil nak mencari alasan. Kami dikumpulkan di bilik meeting sekolah. Pengetua dan guru-guru penting ada sekali. Ditanyanya seorang demi seorang mengenai folio itu dan sampailah giliran aku.. PERGHH!! Memang kecut perut masa tuh ditambah lagi dengan hormon pengetua aku yang tak stabil masa tuh.. "Awak nak jadi apa dah besar nanti?'', soalan itu diajukan oleh pengetua.. Otak aku ligat berfikir mencari idea dan jawapan yang sesuai. Detik itu baru aku perasan yang aku tak pernah ambil kesah pun dengan cita-cita aku. Dengan kerjaya aku di masa hadapan. Yang aku tahu, belajar, belajar dan belajar. Pastu buat sehabis baik masa exam. Seolah-olah aku ni belajar sekadar untuk exam, tak pernah nak gunakan secebis waktu untuk memikirkan pasal kerjaya. Kalau nak pikirkan pasal kerjaya pun aku malas ni kan pula nak suruh pikir pasal strategi kerjaya itu. Ok, berbalik kepada pertanyaan tadi.. Bila dah ligat berfikir di masa-masa genting itu, akhirnya aku jumpa jawapan.. Since masa tu aku minat gila kat subjek biologi dan kebetulan syllibus form 5 ada chapter skeletal system dan kebetulan aku agak master bab tu.. "saya nak jadi Doktor Pakar Tulang",tetiba terpacul keluar pula jawapan tuh, dengan konfiden aku melafazkannya, haha.  ''habis tu kenapa tak siapkan folio? Semua isi orang lain dah ambil dan tinggal tulang je so tak dan nak buat?', aku hanya mampu terdiam. 'nanti kalau saya masuk hospital dan saya jumpa doktor.. Bla bla bla" (tak ingat apa yg dia cakap), tetiba semua yang ada kat dalam tu tergelak. Aku hanya mampu tersenyum.. Apa yang pasti dialog dia yang aku lupa itu lah membuatkan orang ingat cita-cita aku tu. Kemudian aku dan mereka-mereka yang tak buat tu diberikan sedikit masa lagi. Masa tu laa baru aku dengan tekunnya mencari apa itu orthopedic. Keluar masuk library, keluar masuk bilik komputer, dok tanya kawan sana, dok tanya cikgu-cikgu macam reporter. Masa tu laa baru aku tahu yang angkasawan negara kita merupakan orthopedic dan dia belajar kat India kalau tak silap. Sepanjang membuat kajian ini, banyak info yang aku dapat. Masa tu baru nampak sinar dan halu tuju kerjaya aku. Terima kasih aku ucapakan buat pengetua dan cikgu-cikgu. Kalau tak disebabkan mereka mungkin aku masih kabur mengenai hala tuju hidup aku. Tapi ada yang kurang dalam folio kerjaya aku tu. Kurang dari segi laluan selepas spm, masa tu aku Cuma nampak satu je, iaitu Matrikulasi. Lepas matrik further degree dan bla bla bla. Kalau tak dapat masuk matrik, mungkin terkubur cita-cita aku tu ku kira.

Kini orthopedic wanna be tu hanya tinggal kenangan. Sesungguhnya aku telah gagal ke arah itu. Apa yang pasti kisah FOLIO KERJAYA itu banyak mengajar aku betapa pentingnya kita merancang dalam merencana sebuah kerjaya. Aku sarankan folio-folio seperti ini harus diterapkan dalam jiwa pelajar sekolah sebab ramai lagi budak-budak kat luar sana yang masih bluuur dengan masa depan mereka, harap folio macam ni dapat memberi gambaran kepada mereka so takde la habis spm terus nak kerja or menganggur. Kini, aku ada misi yang jelas untuk masa depan aku. Dan  FOLIO KERJAYA itu masih diabadikan dalam bilik kaunseling sekolah, kalau berkelapangan nanti aku nak pergi tengok balik la folio tu. Kerna folio itu lah titik mulanya.. Terima kasih ku titipkan buat pengetua, En Ahmad Badri untuk memori ini. Memori orthopedic wanna be..



Posted by khalid kadir at 22:18 0 comments

E.G.O


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Masa untuk menulis lagi.. Kali ini ingin bercerita mengenai E.G.O. Apa itu EGO?? Ego yang dimaksudkan disini bukanlah mengambarkan skuter yamaha EGO yang kecik molek dan comel itu tetapi ego yang dimaksudkan disini boleh diumpamakan sebagai suatu sikap. Sukar nak ungkap ego ini dengan kata-kata. Mungkin bila anda berdepan dengannya baru anda mengerti. Namun sesukar mana pun ego itu didefinisikan, ia amat mudah ditafsir dengan dengan tingkah laku dan perbuatan seseorang. Sikap EGO ini kalau kena pada tempat dan masa yang sesuai, ia amat membantu malah bisa dijadikan perisai buat diri kita agar tidak dipijak-pijak oleh orang lain. Tapi AWAS!! Kalau silap percaturan sikap EGO mampu membuat orang disekeliling anda rasa meluat! Analoginya mudah, bayangkan sikap EGO itu umpama skuter yamaha EGO yang kecik molek itu kalau dibawa oleh orang yang juga kecik dan molek pasti tidak punya banyak masalah. Namun bayangkan kalau skuter EGO yang kecik dan molek itu dibawa oleh orang yang berbadan 3-4 kali ganda lebih besar dari skuter itu pasti banyak masalah yang timbul. Kalau naik bukit entah lepas entahkan tidak. Ngerti kamu?? Itu sekadar analogi, kalau tak paham juga tak tahu lah nak explain camna.

skuter EGO

Ok, itu baru pendahuluan.. Disini kisah EGO sebenar bermula.. Nak dijadikan cerita, suatu ketika dahulu aku ada seorang kenalan.. Sahabat yang terkenal dengan sikap ego nya yang setinggi gunung Everest. Kawan aku ni boleh digambarkan macam analogi yang aku terangkan kat atas tu, nampak ayu je kat luar tapi ego dia.. PERGHHHH!!! Kalau A jawabnya maka A lah ia, tidak pernah menjadi B mahupun a. Rayulah air mata darah sekalipun dia tetap dengan keputusannya. Memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi orang sebegini rupa. Andai engkau hilang kesabaran dan pertimbangan pasti engkau dah memaki hamun insan sebegini. Jelas disini betapa pentingnya tahap kesabaran disini. Kalau ego dah setinggi gunung Everest bayangkanlah betapa tingginya tahap kesabaran yang harus ada pada waktu itu. Tapi kawan aku ni pelik sikit, dia hanya merealisasikan sikap EGOnya itu pada insan-insan yang ber'tuah' saja dan aku antara insan yang ber''tuah' itu. Entah dari mana aku dapat kesabaran yang tinggi saat itu. Kesabaran yang hampir mampu menawan gunung Everest itu. Mungkin dia aku anggap agak 'istimewa' pada waktu itu sehinggakan keistimewaan itu memberi kesabaran yang luar biasa. Suatu ketika dahulu aku pernah berazam untuk melunturkan segala EGOnya yang setinggi gunung Everest itu dan hanya masa yang menjadi penghalang tika itu.


Kalau nak diikutkan banyak juga perkara yang dia buat yang betul-betul menguji kesabaran aku. Pernah sekali tu aku dah plan something untuk kawan aku ni dan dia pun ok je tapi bila tiba masanya tak jadi lak, alasan susah nak terima. Aku hanya mampu kecewa menonggeng je kat bawah. Kalau nak diikutkan dalam banyak perkara, rasanya hanya sekali je aku berjaya mengatasi EGOnya, kisah mengenai COKELAT, haha.. Masih segar diingatan peristiwa itu dan biarlah peristiwa itu tinggal sebagai kenangan. Mungkin disebabkan beberapa perkara dan dikukuhkan lagi dengan peristiwa COKELAT itu aku terlalu yakin dan pasti dapat menawan Gunung Everest itu. Namun sangkaan aku silap sama sekali, sesungguhnya aku silap percaturan disaat-saat akhir. Mungkin dikecam dengan KEHILANGAN menjadi punca aku tersilap langkah. Langkah yang memakan diri sendiri.. Langkah yang membuatkan aku tergolek-golek terjatuh dari puncak Gunung Everest itu. Dan kini semua tiada apa-apa.. Hanya kenangan yang tinggal sebagai renungan dan teladan untuk bekalan hari-hari yang mendatang. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada kawan aku ni kerana secara tidak langsungnya dia telah melatih aku dengan KESABARAN.

Tapi apa yang pasti setelah aku gagal dalam misi menawan Gunung Everest itu, aku dapat rumuskan bahawasanya orang yang EGOnya tinggi ini sebenarnya jiwanya SUNYI dan KOSONG. Ya KOSONG seperti lagu Najwa Latif tuh~ Segala Ego yang engkau miliki.. Hanya pada luaran.. Sesungguhnya hatimu KOSONG, KOSONG, KOSONG... Sesungguhnya EGO itu hanya nampak tinggi pada luarannya namun dari segi dalamannya, EMO(emosional) menguasai diri.. EGO hanyalah perisainya. Tapi percayalah orang yang EGO tinggi diluar dan EMO tinggi didalam biasanya ambil kesah setiap apa yang anda luahkan dan lakukan terhadap mereka. Mereka mampu melawan dengan EGOnya pabila diluar dan mereka juga mampu menangis pabila EMO menguasai diri. Ini terjadi kat kawan aku. Kalau apa-apa je yang orang buat kat dia.. Dia seolah-olah nampak macam kool je tapi pastu dia akan masuk tandas atau bersendirian dan dia akan menangis sepuas hatinya.. Mengenangkan peristiwa itu.. Dan dia akan menyembunyikan kembali tangisan itu dengan sikap EGOnya. Mungkin enggan kelihatan lemah  menjadi punca. Tapi percayalah mereka jenis ini cepat tersentuh. Awas dengan setiap langkah anda, dekati mereka dengan cara yang betul. Bila kena dengan cara nya, ego nya mudah dikawal dan itu maknanya anda sudah berjaya menambat kepercayaannya. Bila kepercayaan sudah diberikan, mereka akan mula bercerita dengan anda satu persatu masalah yang dihadapinya. Dengarilah walau nampak remeh kerna jiwa mereka KOSONG dan anda harus cuba mengisi kekosongan itu. Curahkanlah nasihat dan pendapat kerna mereka dahagakannya. Sedikit demi sedikit anda akan lebih mengenali mereka. Memang seronok berkawan dengan orang yang EGO nya tinggi kerna macam-macam perkara lawak yang mereka akan buat yang mampu membuat anda tersenyum sendiri bila memikirkannya. Namun awas! Andai tersilap langkah, anda ibarat mencurahkan minyak di atas bara dan EGO nya yang mampu merebak bagai api membakar anda.

Ok, cukup kisah EGO sampai disini.. Semakin lama aku menulis semakin melalut lak. ~ sekian.


Posted by khalid kadir at 22:07 0 comments

Thursday, 26 July 2012

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan..


Assalamualaikum  dan salam sejahtera..

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi.. Diberi peluang dan kesempatan kali ini untuk bertemu lagi  dengan ramadhan tahun ini. Ramadhan tahun ini agak sedikit berbeza dengan tahun lalu. Tahun lalu aku menghabiskan ramadhan di rumah dan waktu itu jualah aku sedikit sibuk dengan urusan kerja, membataskan diri untuk dekat dengan ilahi. Ramadhan dua tahun lepas pula aku habiskan di matrikulasi. Kini untuk ramadhan tahun ini kemungkinan aku habiskan di kolej atas urusan kerja. Namun hujung minggu aku cuba luangkan masa berpuasa dan berbuka di rumah. Adil disitu, takde la mak aku terasa hati dengan aku nanti. Walaupun dalam tempoh ramadhan tahun ini aku masih bekerja namun tak lah sesibuk mana, maka tiada alasan untuk mendekatkan diri kepada yang maha Esa. Aku punya misi tersendiri untuk ramadhan tahun ini. Harap tercapai, insyaAllah. Mari kita sama-sama tingkatkan amal di bulan ramadhan ini =)




Posted by khalid kadir at 15:40 0 comments

Mr Last-Minute!

Salam..


Entah apa dah jadi dengan aku sejak kebelakangan ini. Semuanya bermula sejak aku berpijak di bumi upm ini atau lebih tepat lagi sejak berada diperingkat ijazah ini. Semuanya seperti tidak terancang dan teratur. Perancangan dan peringatan itu ada, memang aku tidak nafikan. Namun perlaksanaan itu yang kurang dan sesungguhnya aku kurang berdisiplin ke arah itu. Amat berbeza sekali.. Bezanya seperti langit dan bumi, seperti kontranya personaliti Dr Jekyll dan Mr Hyde, bezanya aku dahulu dan sekarang..

Waktu diperingkat matrikulasi dahulu, perkataan last minute tidak pernah wujud dalam diari hidup aku dan sesungguhnya siapkan kerja disaat-saat awal itulah yang menjadi buruuan. Andai diberi tempoh dalam masa seminggu untuk sesuatu tugasan, dalam masa 2-3 hari aku mampu siapkan dan aku punya banyak masa untuk memperbaikinya. Ini membuatkan kerja aku berkualiti dan dihormati. Disebabkan sikap ini aku diberi kepercayaan. Komitmen serta disiplin itu asas segalanya ku kira. Andai dua perkataan ini tidak ada maka kualiti itu jauh sekali untuk dikejar. Pengalaman aku sepanjang tempoh dua tahun diperingkat matrikulasi ku genggam erat, buat bekalku bagi mematangkan diri diperingkat ijazah kelak. Pengalaman ini ku kira cukup bagi mengatasi cabaran dan dugaan di peringkat ijazah namun sangkaanku silap sama sekali. Lihat lah diri aku sekarang, aku tersungkur dan pengalaman lalu belum mampu membangkitkan aku. Tatkala aku diselubungi kegelapan, pengalaman lalu tak terdaya memberi sinar cahaya kepada aku. Ternyata pengalaman aku masih cetek. Cetek bagi mengatasi cabaran hari ini.



Hari ini.. Aku tersungkur.. Walau dari segi luarannya aku kelihatan gagah dan mampu menangkis segala jenis cabaran namun itu hanyalah luaran.. Never judge a book by its cover kan. Dari luarannya aku mampu tersenyum riang namun disebalik senyuman itu tersembunyi pelbagai macam kerisauan. Dari segi luarannya aku gagah berdiri namun disebalik kegagahan itu sesungguhnya aku kini sedang tersungkur menyembah bumi. Aku tidak mampu berdiri seolah-olah kakiku patah! Terus tersungkur. Saat ini hatiku berbisik, 'kemana hilangnya komitmen serta disiplin yang aku terapkan dulu?, ke mana perginya?',.. 'kembalilah.. Sesungguhnya aku ingin berubah seperti dahulu malah mungkin lebih baik'…

Aku Mr lazt-minute, semuanya jelas kelihatan dalam proposal yang baru-baru ni aku buat. Disebabkan kerja last minute dan sikap sambil lewa, aku gagal berbincang dengan  rakan yang lain.. Dan hasilnya, banyak kesalahan yang berlaku.. Kesalahan yang berpunca dari aku. Aku sangat kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku gagal dipermulaan jalan?? Aku seolah-olah kalah sebelum berperang. Bagaimana mahu bergelar pemimpin dengan sikap sebegini? Sesungguhnya aku seperti tidak layak! Kini masa untuk bangkit semula, sedikit demi sedikit..


Posted by khalid kadir at 15:29 0 comments

Tuesday, 17 July 2012

Happy birthday mum..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini khas ku titipkan buat insan bergelar ibu buat diri ini. Pada 14/7 yang lepas merupakan hari lahir ibuku yang ke-45. alkisahnya pada hari kejadian aku pun pulang ke rumah tanpa pengetahuan ibuku, bajet nak buat surprise lah kan. Sayang seribu kali sayang… kita hanya mampu merancang.. Itulah yang terjadi kat aku.

Dalam perancangan, aku ingin hadiahkan mak aku kek diiringi hadiah.. Khas dari aku.. Nak dijadikan cerita dalam perjalanan pulang ke rumah, aku sempat meninjau kedai kek dan aku berkenan dengan satu kek tu.. Kek coklat yang diatasnya terdapat beberapa buah strawberry. Nampak sedap! Namun aku tak dapat nak beli masa tu kebetulan aku hanya naik moto dan sarat dengan beg. So aku bercadang pulang dulu ke rumah dan malam nanti aku bawa kereta pergi ke kedai itu. Malam tu lepas maghrib aku pinjam kereta mak aku, aku cakap nak keluar jalan-jalan ( masih tak bagi tau nak beli kek, bajet nak surprise lah kan).

Aku pun dengan konfiden yang tinggi memandu kereta di malam hari. Risiko untuk sesat itu tetap ada sebab sedangkan naik moto pun aku sesat inikan pula bawa kereta. Dalam perjalanan ke kedai tu, semuanya berjalan dengan lancar dan sedikit saja lagi aku akan sampai ke kedai itu. Namun disebabkan overconfident, aku pun memandu dengan sambil lewa. Malam itu sungguh gelap dan signboard hampir saja ditelan kegelapan malam. Kemudian aku tersedar yang aku tersilap ambil susur jalan dan aku SESAT!! Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa selama 30 minit jadi sejam lebih. Hampir sejam juga aku bertarung untuk keluar dari kesesatan itu dan aku berjaya! Sedar-sedar je aku dalam perjalanan balik ke rumah aku dan aku pun ubah plan, nak cari kek kat area rumah aku.. Malangnya tak jumpa.. Aku tengok jam hampir 9.30 malam.. Dalam hati aku ' sempat lagi ni nak pergi kedai tu'..  Aku pun memandu seperti dirasuk semangat Michael Shcumacher, kemain laju tak ingat dunia. Aku seperti sedang berlumba untuk memenangi 'sebuah kek' buat mak aku. Kali ni aku konfiden takkan sesat lagi dan aku lebih berhati-hati dekat selekoh aku sesat tadi dan akhirnya aku sampai kat kedai itu! Malangnya kedai tu dah tutup, pretty sad  T_T 

Saat itu jam menunjuk 10 malam tapi kedai tu dah tutup. Aku tak nak mengalah lagi, aku terus tinjau beberapa kedai disitu namun masih tak jumpa juga. Pilihan terakhir, aku pun pergi balik ke kedai kek yang dah tutup tadi. Lampu di dalamnya masih terang seperti baru sahaja ditutup. Aku pergi belakang kedai tu dengan harapan terjumpa dengan pekerja kedai tu dan aku boleh merayu nak beli kek sampai sanggup nak bayar lebih, haha.. Malangnya itu tak menjadi dan kedai tu betul-betul  dah tutup! Nampak gayanya aku terpaksa balik dengan tangan kosong.. Kecewa lagi disitu. Dalam perjalanan balik ke rumah tu sekali lagi aku sesat! Huh, hari ini memang hari SESAT buat aku. Masa balik naik moto pulang ke rumah petang tadi aku sesat, dalam perjalan ke kedai kek tadi sesat juga dan sekarang sesat lagi. Mahu lebih dari 3 kali aku sesat hari ni. Dah la sesat, duit pun bayak keluar buat isi minyak kereta ni, haha.. Tapi ok juga sebab banyak jalan yang aku dah tahu hasil daripada sesat-sesat ni (saje nak sejukkan hati sendiri)

Sampai je rumah aku pun cerita lah kat mak aku plan sebenarnya. Mak aku gelak sebab aku asyik sesat dan dia juga pesan tak payah susah-susah nak belikan dia kek. Tapi nasib baik sehari sebelum tu aku sempat belikan hadiah buat mak aku. Atleast ada lah juga something untuk mak aku kan =)



ni jela yang dapat aku titipkan buah ibuku..

kat hadiah tu aku letak ucapan nie, pastu mak aku cakap, "pehal sentimental sangat  ucapan ni??", haha..

Posted by khalid kadir at 03:44 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod