Assalamualaikum dan
salam sejahtera, masa untuk menulis lagi. Entri kali ini khas ditulis selepas
peristiwa tadi. Peristiwa 'interview'.
Interview mengenai MTM (majlis tertinggi
mahasiswa). Sebelum interview aku memang berkeras akan menolak untuk
menyertai MTM ni. Ku kira alasan ku cukup kukuh untuk menepis pertayaan mereka
yang akan interview aku nanti. Alasan aku berlandaskan pelajaran, jawatan dan
bebanan. Aku kira jawatan sebagai exco di dalam kelab bioperubatan sudah cukup
memandai kerana aku khuatir jika aku menyertai MTM, jawatan aku akan bertambah
dan seterusnya aku risau pelajaran akan terabai. Bila jawatan bertambah,
tanggungjawab pun akan bertambah dan sekiranya aku gagal dalam melaksanakan
tanggungjawab, akan menjadi bebanan kepada diri sendiri. Eqution nya lebih
kurang macam ini:
JAWATAN + TANGGUNGJAWAB -----> BEBANAN
(kalau gagal)
Bukan pangkat,
darjat dan glamour yang aku pandang pabila berbicara mengenai jawatan. Jujur
aku katakan Cuma bab pelajaran yang bermain diminda. Aku sangat takut dan risau
pelajaran aku akan terabai. Sedangkan sekarang ini pun pelajaran aku tengah
terumbang-ambing. Inikan pula mahu bergelar MTM.
Boleh dikatakan hati
aku kuat untuk menolak MTM, 90% mahu menolak dan 10% bergantung kepada keadaan.
Namun setelah kakiku
menjejakkan kaki ke bilik interview dan soalan yang pertama yang ditanya. 'Adakah anda berminat untuk menjadi mtm?'.
Hatiku mulai berbelah bagi. Pada mulanya aku masuk dengan penuh yakin untuk
menolak namun kini lain jadinya. 10% yang pada mulanya kini seperti mahu meningkat. Mungkin aku sudah kenal dengan mereka yang
interview aku tu dan mereka melayan aku dengan baik sekali. Aku menjadi serba
salah kerana aku pasti jawapan aku akan mengecewakan mereka. Untuk menjaga hati
ramai orang, aku menjadi serba salah. Aku ditanya acap kali soalan yang sama.
Setiap kali soalan itu ditanya aku jawab dengan jawapan yang bukan mereka
harapkan. Aku cuba bagi alasan yang berbeza bagi mengukuhkan pendirian aku. Namun semuanya ditepis begitu
mudah. Ada saja jawapan mereka yang membuat aku meragui pilihan aku. Saat itu
hatiku berbisik, "terima je,bukan inikah yang kau idam-idamkan dulu?
Engkau akan jadi terkenal dan segalanya akan mudah bagi kau kelak",
hatiku terus berbicara lagi.. "jangan terburu-buru membuat
keputusan, belajar dari pengalaman lepas. Ingat! Pelajaran harus
diutamakan". "terima
je! Banyak orang harapkan engkau, takkan kau nak hampakan mereka?", sebahagian hatiku cuba berbalah lagi. "ingat khalid, tujuan utama kau nak belajar. Kau
dah ada jawatan, adakah itu belum memandai? Jangan sampai tujuan utama engkau
tu tak kesampai, jangan hampa insan yang mempercayai engkau. Ini demi masa
depan kau.", sebahagian lagi hatiku cuba untuk mempertahankan
pendirian aku yang kian rapuh. Saat itu aku buntu, fikiranku kosong, mulutku
terkunci.
Situasi ini
mengingatkan aku kembali mengenai entri pertama aku; cabaran dalam membuat keputusan. Dr yang interview aku
seolah-olah memahami yang hatiku berbelah bagi.
'takpe lah, saya KIV dulu permohonan awak. Saya bagi awak masa 24 jam untuk
membuat keputusan. Sekiranya awak dah pasti dengan keputusan awak, text saya'.
Hatiku tenang untuk seketika. Hatiku berbelah bagi, semua tidak seperti yang
dirancang. Masa yang sesuai untuk solat istikharah dan minta petunjuk dari yang
maha Esa. Saat aku keluar dari bilik
interview, ramai yang kurang berpuas hati dengan jawapan aku sampai aku
mendapat satu panggilan daripada seseorang yang aku kenal. Bertanyakan mengenai
perihal tersebut. Aku bertambah serba salah.
Wahai hati yang
resah..fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan...tenanglah,
tenanglah...buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu
pilihan.
Mintalah petunjuk
dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan
apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha.
Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya
Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...