Salam buat semua,
ini entri mengenai kehidupan..
"Happy
birthday!", "Selamat hari jadi!", "Selamat hari
lahir!". Itulah ungkapan dan ucapan yang sering kali aku terima tiap kali
tarikh 21 februari datang menyinggah. Ya, memang tidak dapat dinafikan tarikh
21 februari merupakan tarikh lahir aku. Dulu, tarikh keramat ini datang dan
pergi begitu saja, tak banyak meninggalkan kesan terhadap diri ini. Namun,
sejak 2 tahun yang lalu, sejak kakiku melangkah ke era matrikulasi, Perkataan KAWAN telah banyak mengubah makna
tersirat disebalik tarikh keramat ini. Kini, aku mampu tersenyum seorang diri
tiap kali teringat peristiwa disebalik tarikh keramat ini. Memang banyak
perbezaan 21 februari dulu dan sekarang. Sebelum peristiwa 2 tahun yang lepas,
kali terakhir aku sambut hari jadi aku kalau tak silap sewaktu di darjah lima.
Ya, selepas itu tarikh keramat ini hanyalah dihiasi dengan ucapan-ucapan
seperti diatas. Kesannya tak lama, besok lusa hilang ditelan arus masa. Berbeza
dengan peristiwa 2 tahun lepas, masih segar diingatan. Semuanya cukup
terancang. Terancang atas dasar kawan dan keakraban yang seerat keluarga
memeriahkan lagi suasana. Kini, semuanya tinggal kenangan. Kenangan 21
februari..
Nak dijadikan
cerita, selama tempoh 2 tahun di peringkat matrikulasi, selama 2 kali hari
lahirku disambut disamping kawan-kawan. Sangat berterima kasih kepada mereka
kerana telah banyak mengubah makna 21 februari didalam diari hidupku. (pehal
jiwang bebena nie??) Aku cukup beruntung mempunyai kawan-kawan yang prihatin
terhadap diri aku, malah mereka umpama keluarga bagi aku. Bayangkanlah kali
terakhir aku sambut birthday waktu darjah 5 sampai la tamat sekolah menengah,
almost 6 years aku tak sambut birthday semeriah ini. Tapi aku ok je sambut
birthday dengan sekadar ucapan-ucapan ringkas (nak cover lettew).
Tarikh lahir aku
pada tahun 2010 disambut dengan perancangan kawan-kawan aku yang pakat kenakan
aku. So balingan telur, tepung, bedak dan kek la yang hinggap kat seluruh badab
aku masa tuh. Masa tu mungkin first time aku disambut begini, so takde la nak marah
sangat. Pada tahun 2011, sekali lagi birthday aku disambut dengan perancangan
yang cukup rapi sampai aku sendiri pun tertipu dengan tipu helah mereka. Semua
orang disekeliling aku berkomplot kenakan aku. Waktu tu memang wakenabeb!
Mastermind nya rummate aku sendiri. Waktu tu terbit sedikit rasa marah and
kecewa. Mungkin seiring dengan usia yang semakin meningkat atau lebih tepat
lagi dah tua lah kan. Perlu ke setiap birthday di sambut dengan balingan telur
and segala benda tu?? Tak ke membazir namanya tuh and lepas tu mengotorkan
kawasan lak. Hmmm.. Tapi nak marah tak
sampai hati lah pula kat kawan-kawan ni. So pendam jela dengan mengukir
senyuman =)
birthday cake 2010 -'aliq' |
sambutan birthday 2010 bersama kawan-kawan, tengok rambut aku tu, hasil drpd balingan telur |
kejutan yang tak disangka |
sambutan 21 februari 2011 |
Kini 21 Feb 2012
datang menjelma lagi. Berusia 21 tahun pada 21 februari, budget sweet je kan
tarikh sama dengan umur padahal dah tua dah ni. Berbeza dengan 2 tahun lepas,
kali ini tak ada balingan telur or sambutan2 yang meriah seperti sebelum ini.
Kini 21 feb 2012 kembali disambut seperti sebelum2 ni, hanya dihiasi dengan
ucapan-ucapan biasa. Mungkin seiring dengan usia aku yang semakin tua ni kan,
so mood nak sambut tu makin menghilang.
Even family aku suruh balik and celebrate pun aku tak nak. Alasan yang
aku bagi, aku malas nak sambut and tak penting sangat pun. Penyudahnya memang
birthday aku tahun nie memang tak disambut. Aku pun tak kesah semua tu, maklum
la dah tua kan Cuma aku sedikit terkilan, ucapan daripada insan yang aku tunggu
tak kunjung tiba. Mungkin dia dah lupa agaknya (saja nak sejukkan hati sendiri)
or mungkin dia memang tak pernah ambil kesah pun. Inilah padahnya kalau
terlampau mengharap. Padan muka! kan
Akhir kata, terima
kasih kepada KAWAN-KAWAN yang banyak mengubah makna disebalik 21 februari.
Walaupun tahun ini tidak dapat sambut disamping kalian tetapi memori lalu sudah
cukup membuatkan aku tersenyum sendiri tatkala tarikh ini menjelma. Memori ini
merupakan hadiah yang tak dapat aku lupakan. Thanks KAWAN!