Assalamualaikum
dan salam sejahtera pembuka bicara. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi
akhirnya program pertama kami (barisan
exco kelab Bioperubatan) berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekalutan
pada awalnya, maklum la program pertama dianjurkan sejak memegang jawatan ini.
Program ini diberi
nama 'Hands On Biomed', dimana program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada
para pelajar mengenai kursus Bioperubatan di UPM dan seterusnya mempromosikan
kursus ini dimata generasi muda. Pada hari kejadian kami telah mendapat lawatan
daripada SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Pada mulanya kami dari barisan
fasilitator agak sedikit 'gelabah' sebab para pelajar tiba seawal jam 8 pagi.
Kami jangkakan tiba sekitar jam 9 sebab perjalanan memakan masa hampir 3 jam.
Bayangkanlah mereka bertolak sekitar jam 4 pagi dari Perak! Semangat sungguh
budak-budak ni!
Dipendekkan cerita,
para pelajar dibawa melawat ke makmal ADH (jelez kt diorg sbb diorg sentuh
mayat dulu sblm kami!), mereka juga diajar pasal animal handling dan disect
sekali, akhir sekali mereka dibawa ke muzium anatomy.
Sepanjang program
ini berlangsung, aku secara peribadinya telah berjaya untuk mendekati jiwa
pelajar-pelajar ini dari sudut seorang budak sekolah dan bajet diri ini masih
muda. Ternyata ianya berhasil, budak-budak ini tidak sukar untuk didekati
walaupun semuanya lelaki yang nampak ganaz. Sebelum program lagi aku sudah
berazam untuk tidak mewujudkan barrier diantara fasilitator dan mereka. Seperti
yang aku jangkakan, bila barrier ini hampir tiada, mereka akan mudah bertanya.
Itulah yang aku mahukan. Bila mereka banyak bertanya, mereka akan lebih
memahami apa itu Bioperubatan. Misi aku pada hari itu tercapai tapi sayang
tidak semua fasilitator bersikap seperti aku. Ada diantara mereka sekadar
menjalankan tugas sehingga habis program. Aku tidak katakan diri ini bajet
bagus or what so ever lah kan tapi apa gunanya buat program kalau objektif
program itu sendiri tidak tercapai??
Antara gambar
aktiviti program:
power lab ( aku pun tak sempat merase bnde nih) |
model tikus, haha <3 |
disect tikus |
tengok, takde perbezaan diantara kami, maknanya aku masih muda :p |
Sewaktu majlis
penutup, aku diberi peluang dan amanah untuk berkongsi pengalaman sebagai
pelajar Bioperubatan. Pada mulanya aku agak sedikit kekok sebab aku masih lagi
pelajar tahun pertama dan pengalaman dalam bidang ni masih lagi cetek. Namun
berbekalkan azam untuk membuka mata mereka mengenai Bioperubatan, aku berjaya
lakukannya. Entah kenapa sewaktu diberi peluang untuk bercakap, aku seolah-olah
ber-emosi sedikit dan cakap tak ingat masa (kemain lama lol). Inilah kesannya
jika kita bercakap secara spontan dan tulus dari hati. Aku harap dengan
kata-kata aku itu ada diantara mereka mulai minat akan bioperubatan. Aku tak
nak mereka jadi seperti aku dahulu, terlampau mengharapkan doktor perubatan dan
bila terlepas kemain frust menonggeng! Aku tak nak mereka berfikiran sempit,
hanya memikirkan kearah itu saja. Try buka minda anda wahai adik-adikku
sekalian, banyak lagi bidang yang anda boleh ceburi.