Assalamualaikum
dan salam sejahtera pembaca sekalian. Sudah sekian lama tak menulis, kini tiba
masa untuk senaman jari. Entri kali ni bertajuk "TEWAS
LAGI!!" ditulis dalam mood sedih + terkilan + kecewa..
Diinspirasikan daripada perlawanan skuasy peringkat interkolej baru-baru ni.
Bagi
yang masih penuh dengan tanda soal apa yang merepek macam kerepek nie, biar
penulis ceritakan dari mula. Nak dijadikan cerita, pada 12hb dan 13hb November
baru-baru nie telah berlangsung perlawanan skuasy peringkat interkolej UPM.
bagi yang mengenali diri ini sudah pasti sedia tahu betapa minatnya diri ini
untuk bermain skuasy (minat main je tapi xde la sampai nak jadikan kerjaya).
Nak dipendekkan cerita, pada perlawanan pertama
kami selaku kolej underdog, kami menang 5-0 dengan kolej ke-2, masa tu aku
dapat rasakan kami mampu melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini
(overconfident!). Sangat berbangga dengan ahli kumpulan yang lain sebab mostly
mereka ni baru belajar dan mereka bermain dengan baik. Pada perlawanan kedua
pula, kumpulan kami terus dilimpahi dengan nasib baik dimana kami menang tanpa
bertanding dengan kolej ke-5, atas sebab pihak lawan gagal hadir pada waktu
yang ditetapkan. Kami seterusnya dinobatkan juara kumpulan c dan melangkah ke
peringkat suku akhir.
|
pasukan skuasy K-17
Malangnya pada peringkat suku akhir, seorang
pemain berpengalaman dari kumpulan kami tidak dapat menyertai kami kerana atas
urusan yang tidak dapat di elakkan. Disinilah bermulanya titik kekalahan kami.
Rancangan kami serba tidak menjadi, everythings not goes according to plan.
Aku, pemain yang berpengalaman hampir 2 tahun dalam bidang ini turut gagal
memastikan kejayaan kumpulan kami. Kami tewan tak berbalas 0-3 dengan k-15.
dalam game tersebut, aku tewas 1-3 ditangan student master. Aku sangat kecewa dengan
diri ini kerna gagal memberikan saingan sengit dalam perlawanan tersebut. Aku
sama sekali tidak menyalahkan rakan-rakan yang lain kerana mereka baru seminggu
mengenali apa itu skuasy. Aku yang hampir 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini
sekali lagi gagal dalam memburu kejuaraan. Dah jadi macam Arsenal da, kemarau
kejuaraan setelah 4 kejohanan yang aku sertai.
Antara muka-muka yang kecewa..
|
aku salahkan diri sendiri atas kegagalan pasukan kami..
|
|
member yang sorang ni lagi ar frust gler, tewas tipis 2-3 n dia hampir menang dah pun masa tuh
|
|
member aku yang ni tak sempat main pun, pasukan kteowg dah kalah
|
Secara ringkas perjalanan dalam career skuasy :
Mini kakom 09/10 (berkumpulan)- tewas 1st round
Pdt open (individu) - tewas 1st round
Mini kakom 10/11 (individu) -tewas penentuan
tempat ke-3
Interkolej 2011 (berkumpulan) - tewas suku akhir
*harap kegagalan ini tidak mematahkan semangat
aku untuk terus berkecimpung dalam sukan ini =)
|