Cinta…
Bagai mutiara yang tersembunyi dibalik karang
Putih, bersih dan suci diatas mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam yang membentang
Cinta….
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam
Bilangan Asma-Nya
Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya
Pun engkau, akan menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati nurani
Cinta…
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu asas
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh mana kita mahu
Belajar menjadi sang pecinta sejati
Cinta yang halal…
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan untuk menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan
Seberapapun engkau, aku dan kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar
Berpijak pada satu kekuatan yang satu
Biarlah…-copied~
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatannya…
Salam pembuka bicara..
entri kali ini ingin berkongsi mengenai CINTA, perkataan yang sudah tidak asing bagi remaja hari ini.
Terdetik untuk menulis mengenai bab cintan ini setelah terbaca blog seseorang seperti diatas. Bagi sesiapa yang allergic bab cintan sampai nak termuntah tu sila hold control + w ok! Sangat menarik blog yang dibaca itu, tajuknya "Cinta Yang Halal". Tiba-tiba terdetik persoalan, berapa ramai diantara kita yang mahu kan cinta yang halal? dan berapa ramai pula yang sanggup membayar harga Cinta yang halal itu?
Nak dijadikan cerita, penulis pun pernah hampir terjerumus ke arah perkataan CINTA ini. Maklumlah bila diri semakin meningkat dewasa, perasaan ingin tahu itu membuak-buak seperti air yang tengah mendidih! Ditambah pula hidup ini dikelilingi dengan rakan-rakan yang sudah biasa dengan perkataan CINTA. Mereka sering kali membicarakan mengenai pasangan masing-masing, mengenai keindahan mereka bercintan, terdetik jua di dalam sudut hati, hebat sangatkah cinta mereka? Disebabkan perasaan yang ingin tahu yang terlampau, diri ini mula berjinak-jinak dengan perkataan CINTA tapi malang sekali cinta yang dikhabarkan indah itu tidak pernah sekali aku genggam. Diri ini tidak pernah merasa kehebatan cinta yang sering diceritakan oleh rakan-rakan yang lain. Kalau tidak silap, paling lama pun bercouple seminggu je dan penyudahnya aku putuskan begitu saja. Bila bercerita dengan sahabat-sahabat, mereka sudah pasti tergelak. yela.. mereka couple bertahun-tahun sampai ada yang dah nak kawin dah. Dalam tempoh seminggu bercouple tu memang tak terdetik langsung rasa bahagia or whatesoever lah kan.
Bila di peringkat matrikulasi, aku melihat begitu ramai pasangan-pasangan yang hangat bercinta, ada yang makan bersama, ada yang belajar bersama, ada yang tawaf 1 kolej bersama-sama sambil berpegang tangan bajet romantik! Dalam fikiran terdetik soalan, mereka ni tak pernah jemu ke bila sentiasa bersama dengan orang yang sama pada setiap masa? tak pernah bosan ke? tak malu ke bila bersama seribu mata yang memandang? apa perasaan bila berpegangan tangan? tak rasa bersalah ke sentuh-sentuh ni?
Aku bersyukur sangat walaupun pernah terjebak dengan bunga-bunga zina ini tapi aku masih terselamat dari melakukan perkara-perkara sebegitu. Adakalanya aku bermonolog sendiri, mengapa setiap kali aku cuba untuk mendekati CINTA pasti ada saja halangan, senang cerita aku tak pernah pass la dalam subjek CINTA ini, fail memanjang! Adakah aku tidak ditakdirkan untuk bercinta? Aku cuba untuk mencari jawapan itu sehingga ke hari ini. Bila direnungkan kembali, mungkin Allah cuba untuk melindungi aku dari perkara-perkara yang boleh menjerumuskan diri ini. Terbit rasa bersalah yang amat pada Allah s.w.t. Aku yang punya banyak dosa ini masih dilindungi dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Mungkin DIA telah aturkan apa yang terbaik untuk diri ini walaupun tak merasa kehebatan cinta yang sering dikhabarkan itu. Tiba-tiba teringat suatu ceramah sewaktu di matrik dulu. Ceramah mengenai cinta, apa makna cinta?
C- cinta I- ikut N-nafsu T-taat A-awek
C- cinta I- ikut N- nabi T-taat A-Allah
Ini sekadar luahan hati penulis, bukan nak tunjuk diri ini baik sangat or whatesoever lah kan. sama-sama kita renungkan mengenai cinta yang halal =)