Assalammualaikum , salam sejahtera, salam
inspirasi dan salam 1 Malaysia. Entri kali ini agak terpesong sedikit daripada
tema blog , kali ni nak berkongsi dengan anda sekalian mengenai satu artikel yang terdapat dalam sebuah buku yang baru
dibaca baru-baru ini. Artikel ini berjudul 'Amanah
Dalam Bersahabat' agak bermakna sebab perkataan sahabat bukan suatu yang
asing buat kita hari ini. Ikutilah artikel ini yang di-copy sejibik seperti
yang terdapat di dalam buku.
***************************************
Amanah Dalam Bersahabat.
Amanah sememangnya
sering dikaitkan dengan kepercayaan. Ia juga amat rapat dengan iman sesorang
Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman.
Lawan bagi amanah ialah khianat, iaitu
salah satu ciri kemunafikan dan secara langsungnya termasuk dalam ciri
kekafiran. Bahasa Inggeris disebut sebagai betray
dan perbuatan ini adalah hina di sisi Allah s.w.t.
Memperkatakan tentang amanah ini
sebenarnya adalah luas skopnya. Ambil satu sahaja contoh yang rapat dengan kita
iaitu amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya jiwa untuk bersahabat, Islam
telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat.
Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim,
daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "seseorang itu adalah bersama dengan orang
yand dikasihi."
sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya
melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
Abu Sulaiman Darami rahimahullah
berkata, "Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai 2
sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu
dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan
akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada
itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."
Jadi sebagai seoarng Mukmin yang
memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan
dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, usah berlebih juga
usah berkurang, Insya-Allah.-copied from GenQ Isu 2
***********************************************
sumber rujukan
Sebagai penutup
bicara, sama-samalah kita renungkan sejenak mengenai artikel di atas. Adakah
kita sudah cukup Amanah Dalam Bersahabat? Terima kasih kerna sudi singgah,
sekian~