Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
para pembaca yang sudi singgah sekalian. Bertemu kita sekali lagi dalam entri
kali ini yang bertajuk 'Hipokrit Kah Aku??'.
Sebelum kita pergi lebih dalam ke dasar entri kali ini, let me explain to you what's mean by 'hipokrit'. 'Hipokrit ni kalau dirujuk dalam kamus dewan bermaksud
"orang yang berpura-pura berperangai baik,
orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya ;
munafik". Hipokrit bukanlah
sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat hari ini (maybe dah ramai yg
praktikkan kowt).
Berbalik kepada tajuk entri kali ni, 'Hipokrit kah Aku??' ini lebih menjurus kepada diri penulis sendiri. Dipendekkan cerita, bagi yang mengenali diri penulis, mungkin anda sekalian sedia maklum bahawa penulis merupakan anak bumi kenyalang. Kebanyakan orang sukar untuk mempercayai hakikat bahawa diriku merupakan Sarawakian, mungkin disebabkan percakapanku tidak melambangkan erti sebenar. Jujurku katakan 7 tahun aku merantau di tempat orang ini, almost 70% term-term Sarawak itu hampir hilang ditelan arus zaman atau dalam kata lainnya aku telah menghadapi mutasi. Mungkin ramai yang berpendapat yang aku ni lupa daratan or sarawak murtad. Memang berbeza sungguh diriku sekarang jika dibandingkan dengan diriku tika kali pertama menjejakkan kaki di bumi semananjung ini (asal ayat skema sgt nih?), perbezaan yang boleh diumpamakan seperti langit dengan bumi atau seperti Dr Jekyll and Mr Hyde.

Sejak aku
menjejakkan kaki di bumi semenanjung ini, memang kami sekeluarga tidak
mengamalkan 100% percakapan dalam bahasa Sarawak. Sebab apa?? Sebabnya ayah
tiri aku ni orang Johor, kalau cakap bahasa sarawak nanti dia tak paham. So
kami pun bercakap ala rojak, mix-mix gitu, kali pertama memang agak janggal
tapi lama kelamaan ia jadi kebiasaan. Tapi aku masih mengamalkan bahasa tanah
air ku ini dengan insan-insan yang terdekat je cam my mum, abang, adik-adik dan
keluarga terdekat (so aku bukan sarawak murtad lah kan). Tapi aku rasa sedikit
janggal bila bercakap dengan orang sarawak yang lain. Bukan sedikit tetapi
terasa banyak janggalnya. Orang sarawak yang lain yang ku maksudkan disini
lebih merujuk kepada rakan-rakan sarawak ku. Minta maaf sangat-sangat kat
rakan-rakan sekalian, aku bukannya tak mahu bertutur dalam bahasa sarawak
dengan anda sekalian tapi aku rasa macam aku tidak layak untuk bertutur dengan
anda. Sebab apa?? Sebabnya aku tidak mahu merosakkan bahasa ibunda kita itu,
kemungkinan besar sekiranya aku bertutur dengan anda akan terkeluar bahasa
rojak, I mean akan terkeluar juga term-term semenanjung di situ. So aku rasa
better aku guna 100% bahasa semenanjung daripada anda sekalian kecewa dengan
aku bila mendengar aku merosakkan bahasa sendiri. Mungkin ada diantara anda
berpendapat aku ni memang hipokrit tapi
jauh di sudut hati ini aku sangat-sangatlah berbangga dilahirkan sebagai anak
bumi kenyalang. I'm really proud to be Sarawakian. Walaupun aku sudah hampir 7
tahun merantau di tempat orang tetapi darah bumi kenyalang masih mengalir dalam
tubuh ini. Kalau ada yang bertanya, "anda
berasal dari mana?", aku dengan bangganya akan menjawab "Sarawak bumi kenyalang".
Akhir kata, kalau anda masih berpendapat aku ni hipokrit,
it's up to you. Terima kasih kerana sudi
menjenguk aku disini, kalau ada sebarang cadangan apa yang seharusnya aku buat,
pendapat anda amat dialu-alu kan. Maaf bahasa untuk entri kali ini agak skema
sikit, aku sendiripun bila baca balik macam nak tergelak, agak hipokrit sikit
di situ, haha. Sekian~
1 comments:
mase mula2 kenal ko mmg aq x percaye yg ko ni org sarawak... mcm tipu je...
Post a Comment