skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ▼ October (4)
      • KELUARGA 17
      • SAY A FEW THINGS ABOUT YOUR PAST
      • Amanah Dalam Bersahabat
      • Hipokritkah Aku??
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Sunday, 2 October 2011

Hipokritkah Aku??


              Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang sudi singgah sekalian. Bertemu kita sekali lagi dalam entri kali ini yang bertajuk 'Hipokrit Kah Aku??'. Sebelum kita pergi lebih dalam ke dasar entri kali ini, let me explain to you what's mean by 'hipokrit'. 'Hipokrit ni kalau dirujuk dalam kamus dewan bermaksud "orang yang berpura-pura berperangai baik, orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya ; munafik". Hipokrit bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat hari ini (maybe dah ramai yg praktikkan kowt).


Berbalik kepada tajuk entri kali ni, 'Hipokrit kah Aku??' ini lebih menjurus kepada diri penulis sendiri. Dipendekkan cerita, bagi yang mengenali diri penulis, mungkin anda sekalian sedia maklum bahawa penulis merupakan anak bumi kenyalang. Kebanyakan orang sukar untuk mempercayai hakikat bahawa diriku merupakan Sarawakian, mungkin disebabkan percakapanku tidak melambangkan erti sebenar. Jujurku katakan 7 tahun aku merantau di tempat orang ini, almost 70% term-term Sarawak itu hampir hilang ditelan arus zaman atau dalam kata lainnya aku telah menghadapi mutasi. Mungkin ramai yang berpendapat yang aku ni lupa daratan or sarawak murtad. Memang berbeza sungguh diriku sekarang jika dibandingkan dengan diriku tika kali pertama menjejakkan kaki di bumi semananjung ini (asal ayat skema sgt nih?), perbezaan yang boleh diumpamakan seperti langit dengan bumi atau seperti Dr Jekyll and Mr Hyde.



Sejak aku menjejakkan kaki di bumi semenanjung ini, memang kami sekeluarga tidak mengamalkan 100% percakapan dalam bahasa Sarawak. Sebab apa?? Sebabnya ayah tiri aku ni orang Johor, kalau cakap bahasa sarawak nanti dia tak paham. So kami pun bercakap ala rojak, mix-mix gitu, kali pertama memang agak janggal tapi lama kelamaan ia jadi kebiasaan. Tapi aku masih mengamalkan bahasa tanah air ku ini dengan insan-insan yang terdekat je cam my mum, abang, adik-adik dan keluarga terdekat (so aku bukan sarawak murtad lah kan). Tapi aku rasa sedikit janggal bila bercakap dengan orang sarawak yang lain. Bukan sedikit tetapi terasa banyak janggalnya. Orang sarawak yang lain yang ku maksudkan disini lebih merujuk kepada rakan-rakan sarawak ku. Minta maaf sangat-sangat kat rakan-rakan sekalian, aku bukannya tak mahu bertutur dalam bahasa sarawak dengan anda sekalian tapi aku rasa macam aku tidak layak untuk bertutur dengan anda. Sebab apa?? Sebabnya aku tidak mahu merosakkan bahasa ibunda kita itu, kemungkinan besar sekiranya aku bertutur dengan anda akan terkeluar bahasa rojak, I mean akan terkeluar juga term-term semenanjung di situ. So aku rasa better aku guna 100% bahasa semenanjung daripada anda sekalian kecewa dengan aku bila mendengar aku merosakkan bahasa sendiri. Mungkin ada diantara anda berpendapat aku ni memang hipokrit tapi jauh di sudut hati ini aku sangat-sangatlah berbangga dilahirkan sebagai anak bumi kenyalang. I'm really proud to be Sarawakian. Walaupun aku sudah hampir 7 tahun merantau di tempat orang tetapi darah bumi kenyalang masih mengalir dalam tubuh ini. Kalau ada yang bertanya, "anda berasal dari mana?", aku dengan bangganya akan menjawab "Sarawak bumi kenyalang".

                   Akhir kata, kalau anda masih berpendapat aku ni hipokrit, it's up to you. Terima kasih kerana sudi menjenguk aku disini, kalau ada sebarang cadangan apa yang seharusnya aku buat, pendapat anda amat dialu-alu kan. Maaf bahasa untuk entri kali ini agak skema sikit, aku sendiripun bila baca balik macam nak tergelak, agak hipokrit sikit di situ, haha. Sekian~


Posted by khalid kadir at 09:45

1 comments:

Unknown said...

mase mula2 kenal ko mmg aq x percaye yg ko ni org sarawak... mcm tipu je...

5 October 2011 at 09:29

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod