Assalamualaikum :-)
Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat Islam hari ini dan yang akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A. Ini kerana mereka di cintai Rasulullah SAW.
“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis
Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia telah diredhai Allah.
Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha Allah, maka kita kena ikut jejak para Sahabat R.A
“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis
Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia.
Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan khuduk
3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
4. Mereka ada Ikramul muslimin (memuliakan orang Islam).
5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )
Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita kena usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya Allah.
Sekarang Kita muzakarahkan , macam mana 6 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
1. USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :
Maksud dari pada kalimah ini , adalah “menafikan makhluk lain dan meyakini hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa''
CARA NAK DAPAT :
Untuk dapat hakikat yakin pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati , Insya Allah.
Mungkin ramai yang berpendapat bagi kita umat Islam takde masalah dengan kalimah ni tetapi berapa ramai umat Islam yang betul-betul menghayati kalimah ini dan terpahat di dalam hatinya. Diceritakan oleh seorang Doktor yang bekerja di hospital, dalam 8 orang pesakit yang meninggal di hospital hanya 2 orang sahaja yang didengar olehnya sempat mengucap kalimah ini di akhir kalam walaupun semuanya beragama Islam. Allah telah janjikan syurga bagi sesiapa yang mengucap kalimah hakikat ini di akhir kalamnya. Oleh sebab itu kita kenalah banyak cakap kebesaran Allah supaya Allah memudahkan kita mengucap kali ini di akhir kalam kelak. Insya Allah.
KELEBIHAN:
Bilamana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya Allah. Iman sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , Insya Allah
KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
Meyakini hanya dengan cara Nabi SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat. Cara nasrani dan yahudi tidak akan membawa kejayaan.
CARA NAK DAPAT:
Kita perlulah mengamalkan sunnah Nabi SAW dan dakwahkan kepada orang lain. Sesungguhnya barang siapa yang mengamalkan sunnah nabi di zaman kerosakan umat maka Allah janjikan pahala 100 orang mati syahid. Subhanallah! Beruntunglah mereka yang mengamalkan sunnah. Sesungguhnya sunnah Nabi SAW tak susahpun wahai sahabat. Solat berjemaah, bersugi, simpan janggut dan banyak lagi yang mungkin pada pandangan kita nampak mudah tapi Allah telah janjikan ganjaran yang amat besar. Kalau nak harapkan kita mati syahid memang jauh sama sekali, maka sama-samalah kita rebut peluang ini.
Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi SAW)
2. Sunnah Sirah (perjalanan Nabi SAW)
3. Sunnah Sarirah ( fikir Nabi SAW)
Penampilan Nabi SAW, umum mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kena macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)
Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2 Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita pun kena buat perkara yang sama Insya Allah
Fikir Nabi SAW, adalah fikir risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka , masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kena belajar fikir risau umat Islam yang lain. Jika kita boleh fikir macam mana nak selamatkan diri kita dari azab Allah, kita juga kena fikir macam mana nak selamatkan keluarga kita, sahabat, jiran-jiran kita dan umat Islam yang lain.
2. USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK
MAKSUD :
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat
( dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan.
Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll )
Ulama’ kata, mcm mana pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat.
Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah
Begitulah sebaliknya.
Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai
( Mcm mana kisah Saidina Ali K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali K.A.W tersebut. )
Dan Solat sekurang2nya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.
CARA NAK DAPAT:
Solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.
KELEBIHAN :
Dengan jaga Solat, Allah SWT akan beri 5 ganjaran ,
1. Rezeki di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catatan amal dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab
3. USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan.
Contohya ketika bekerja, azan berkumandang. Berkerja adalah tuntutan Allah dan solat juga adalah tuntutan Allah maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada sembahyang kerna paham mana satu tuntutan Allah yang perlu diutamakan. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak ramai yang faham kehendak agama yang sebenar.
CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadhail dan ilmu masail
Ilmu masail , kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid.
Maksud Ilmu masail adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.
Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal
Ilmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim
Atau mendengar bacaan kitab fadhail amal ( di dalam majlis taklim )
*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal , Insya Allah.
KELEBIHAN :
Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid (ahli ibadah).
Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah
Sepanjang2 malam.
4. USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN
MAKSUD :
Menunaikan hak saudara seislam kita , tanpa menuntut hak.
Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
CARA NAK DAPAT :
1. Memuliakan Alim Ulama’
2. Menghormati Orang tua
3. Kasih Sayang kanak-kanak
KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah
1 hasanah , Allah SWT akan bagi di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia ). 72 hasanah lagi, Allah SWT akan bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,
Maka Allah SWT akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf. Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit. Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.
5. USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS
Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT , semata-mata kerana Allah SWT.
CARA NAK DAPAT :
Kita kena selalu check niat kita, sebelum-semasa-sesudah beramal
Pastikan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Kalau niat selain daripada Allah, cepat-cepat istigfar dan betulkan niat kerana Allah, mudah-mudahan Allah terima amal kita.
KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar gunung uhud.
6.USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH
MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga. Jadi kita kena infakkan diri dan harta kita di jalan Allah SWT. Ramai yang salah faham bahawa kalau kita infakkan harta di jalan Allah akan menyebabkan kita menjadi miskin maka kita pun menyimpannya sedangkan Allah telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada apa yang kita infakkan di jalan Allah.
CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan Allah ( untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman)
Selama 4 bulan, atau 40 hari, atau 3 hari.
Ulama’ kita bagitau, apa bila kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan
Maka Allah SWT akan bagi roh agama. Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan dah dapat roh/nyawa.
Dalil:
Boleh klik link ini :
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/keluar-di-jalan-allah.html
Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah yang sangat lama.
Maka saidina Umar r.a telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
Maka saidina Umar r.a telah memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja
Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal-amal yang kita buat masa 40 hari tersebut.
Satu orang sahabat r,a yang telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah) selama beberapa hari ( hampir 40 hari )
Maka Nabi SAW bagi tahu kenapa tak dicukupkan 40 hari.
Satu orang sahabat r.a pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.
KELEBIHAN :
Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asapnya sekali.
Sekian untuk perkongsian kali ini. Mohon maaf sekiranya ada yang terkurang dan tersalah bicara. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga daripada Allah namun disertakan dengan kelemahan diri ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dan sama-samalah kita cuba mengamalkan 6 sifat para sahabat ini dan dakwahkannya, mudah-mudahan kehidupan kita diredhai Allah SWT.