Assalamualaikum dan
salam sejahtera buat semua. Untuk entri kali ini kita akan bercerita mengenai
wanita. Apa yang ada pada wanita??
Setiap daripada anda punya pendapat sendiri bagi perkataan WANITA tapi
yang pastinya dan tidak dapat dinafikan wanita punya daya tarikan yang kuat
seperti magnet. Daya tarikan sama ada di dunia mahupun akhirat. Kali ini
penulis ingin berkongsi dan fokuskan lebih kepada akhirat. Ya, perempuan memang pakar dalam
tarik-menarik (tak termasuk tarik tali). Dan mangsa tarikan wanita semestinya
adalah LELAKI. Diulangi, mangsa tarikan wanita adalah L-E-L-A-K-I. Buat
lelaki-lelaki diluar sana, sila ambil perhatian.
4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka;
- Ayahnya:
Apabila seseorang
yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan keperluan
agama yang sepatutnya dan membiarkan anak perempuannya menutup aurat (termasuk
pakai stoking yang kebanyakan perempuan terlepas pandang), maka dia akan
ditarik ke neraka oleh anaknya.
- Suaminya
Apabila
si suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim maka
dia akan turut ditarik oleh isterinya.
- Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya dan adik
perempuannya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam.. Tunggulah tarikan
adiknya ke neraka kelak.
- Anak lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan haram dari Islam,
apabila ibunya membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak
itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan
ibunya di neraka.
Lihatlah betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat mengalahkan tarikan magnet. Maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Sumber rujukan:
Harakah edisi jumaat
So bagaimana perasaan anda especially lelaki?
Sudah mula goyang? Ok, jujur aku katakan yang no. 3 tu selalu bermain di
fikiran ini tatkala kesunyian. Sebab apa?? Sebab aku punya ramai adik
perempuan. Walaupun aku ni bukan abang sulung tapi bahang tanggungjawab itu
tetap terasa. Teringat kata-kata cikgu sekolah ku, "perempuan waktu kecik senang dijaga berbanding
lelaki, lelaki waktu kecik nakal. Tapi semakin meningkat dewasa, lelaki senang
nak jaga berbanding perempuan, perempuan semakin meningkat remaja semakin susah
nak jaga". Bila dipikirkan balik, ada betulnya. Perempuan dari
pelbagai sudut nak kena jaga, lebih-lebih lagi dari segi auratnya. Maaf, bukan
nak kata perempuan ni satu bebanan tapi satu amanah. Harap aku punya kekuatan
untuk membimbing adik-adikku di landasan yang betul. Sekian~