Assalamualaikum =)
Jom Baca! , Kesan
Zikir Terhadap Otak!
Otak hanyalah
aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang
dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia
berfungsi dengan sempurna.
Setiap
hari 14
juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang
lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan
mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak
yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut
menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif
ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu,
otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut
perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai
perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu
persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan
korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan
mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada
mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis
Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang
enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Mari kita sama-sama mengamalkannya =)
C&P~