Salam.. cerita ini dipetik daripada fb seseorang. Mohon share untuk tatapan abang-abang dan kakak-kakak yang ada adik kecil. Jangan pandang rendah kemampuan anak kecil dalam berimaginasi ye.
*****************************************************
“Abang Arul?”
“Hmm?”
“Tu apa?” Suara
Wawan menyuruhnya meneka.
Asrul mengalih arah
pandangan dari tengah langit kosong tanpa awan ke arah hala tuju hulung
telunjuk Wawan pada pasir. “Tu apa?” Dia mengulang dengan kening sedikit
berkerut.
Wawan angguk dengan
sengih. “Apa?”
Asrul kembali memandang serpih cengkerang laut yang
hanya tinggal separuh dari jasad asalnya tu. “ Cengkerang siput laut yang dah
pecah.”
Tak ada apa yang istimewanya pun.Dah pecah.Warna dah
pudar kusam.Dah nak makin menjadi serpih yang bakal bersatu dengan pasir
pantai.Tak ada makna,tak ada erti.
Giliran dari Wawan pula yang berkerut. “Apa la Abang
Arul ni.” Dia menjuihkan bibir. “Tak pandai la Abang Arul ni.”
Ek ena....Nak terjatuh rahang Asrul merenung
Wawan.Suka-suki je dia mengata aku.Tau tak aku ni nak sambung Master?Ingat tak
payah perah otak arkitek aku ni ke nak dapat sambung belajar tu?
“Tu...sebenarnya.....Coco the Crab punya kulit.” Wawan
mengangguk-anggukkan kepala.Mengalahkan gaya pensyarah tengah bagi kuliah.
What the.....Coco the Crab?Coco the Crab mana pulak
ni?Berkerut dahi Asrul merenung Wawan. “Coco?”
Wawan masih merenung pantai. “Coco tu duduk dalam laut
dengan ummi dan babah dia.” Wawan memberitahu gaya penglipurlara buka cerita.
“Ummi dengan babah dia sangat sayang Coco.Umi dengan babah dia bagi dia makan
banyak-banyak tiap-tiap hari sebab nak dia cepat besar.Coco pun jadi cepat je
besar.Lepas tu kan kulit dia jadi tak muat.Dah jadi ketat.”
Asrul merenung Wawan yang masih bersungguh-sungguh
bercerita.Berbelah-bahagi sama ada nak terguling ketawa atau pitam mendengar
cerita yang entah datang dari mana asal-usulnya tu.
“Bila kulit dia dah ketat tu,dia kena la salin
kulit.Bila dia salin kulit baru,ombak dalam laut tu pun bawak lari kulit lama
dia.” Wawan menuding telunjuknya ke arah ombak yang berkejaran menghempas pasir
pantai di hadapan mereka. “Ombak air laut tu bawak kulit lama Coco tu jauuuuhhh
dari dalam laut.” Muncung-muncung mulut Wawan nak menekankan betapa jauhnya
rumah Coco tu.
“Jauh mana?” Asrul menahan ketawa.
“Jauh la.” Wawan buat muka masam tanda tak mahu
perjalanan ceritanya diganggu.
“Okay...okay....” Asrul angkat kedua belah tangan.
“Lepas tu.....” Wawan terhenti. “....kat mana tadi
kita berhenti?” Dia menggaru kepala.
Uh....“Kat rumah Coco yang jauh?”
“Haa...” Wawan mengangguk-angguk. “Rumah Coco tu
sangat jauh kat dasar laut.Lepas tu ombak pun bawak kulit lama Coco tu naik ke
atas pantai.Masa nak naik tu habis berlanggar dengan batu karang dengan batu
semua tu.Lepas tu kulit lama tu pun tersagat hancur-hancur sikit.Yang
hancur-hancur tu la yang jadi pasir.” Wawan mendepangkan kedua belah tangannya
menunjukkan pasir yang terbentang luas di hadapan mereka tu.
Dari serpih halus tak ada makna tu,ada cerita panjang
di sebaliknya dari kaca mata seorang anak kecil rupanya.
Orang yang dah lama hidup hanya nampak pasir biasa.
Ironi.
Asrul hanya mampu memejamcelik mata.Coco the
Crab,indeed.
___________________
Hanya kerana kita bernama dewasa,
tak bermakna kaca mata kita ini benar belaka.
Imaginasi dan mimpi,
membentuk realiti.
Terima kasih kerana mendidik,
adik Wad Pediatrik.
[Hlovate]

0 comments:
Post a Comment