Assalamualaikum =)
Sekiranya terserempak dengan anjing/dog, usahlah dibaling dengan batu dan buanglah pandangan jijik mu itu terhadap binatang ini. Pandanglah dari kaca mata seorang muslim, mesti ada hikmah setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Sesungguhnya Hassan Al-Basri r.a
mengatakan bahawa pada anjing itu ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap
orang mukmin. Read and head..
Pertama :
Anjing itu sentiasa
lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.
Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu
berpindah randah mengikut keperluannya
-Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal
kepada Allah.
Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit
sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
-Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang
cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana
bermunajat kepada Allah.
Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan
tidak ada pula yang mewaris
-Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk
atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
-Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para
murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak
merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.
Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di
tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat
manusia.
-Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’,
orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau
ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau
berdendam.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan
bahagiannya.
Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan
benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat
terhadap perkara-perkara yang lepas.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.
Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari
jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak
diberi,dia diam sahaja.
-Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian
Allah s.w.t.
Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya,
tidak menoleh-noleh ke belakang.
-Inilah tanda-tanda orang yang susah.
Kesimpulan yang harus kita ambil dari petikan di atas.
Walaupun anjing ni dikategorikan sebagai najis berat, tapi ada juga hikmah
dijadikan oleh-Nya supaya kita ambil iktibar. Hebatnya ciptaan Allah.