Assalamualaikum dan salam sejahtera, masa untuk menulis dan berkongsi kini kembali setelah sekian lama menyepi. Gunakan waktu terluang ini sebaiknya =)
Terdetik untuk menulis entri mengenai hujan setelah acap kali titisan hujan gugur menyembah bumi membuktikan kebesaran yang maha Esa..
AL QURAN BUKTIKAN KEBENARAN KEJADIAN HUJAN
Terdetik untuk menulis entri mengenai hujan setelah acap kali titisan hujan gugur menyembah bumi membuktikan kebesaran yang maha Esa..
AL QURAN BUKTIKAN KEBENARAN KEJADIAN HUJAN
Firman Allah SWT di
dalam surah An-Nur (24) ayat 43 iaitu "Tidakkah engkau melihat bahawa
Allah menjadikan
awan bergerak pelahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya
betompok-tompok, lalu engkau lihat dari celah-celahannya dan
Dia menurunkan hujan baru dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-ganang, maka
ditimpaNya (butiran-butiran hujan batu) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya daripada
siapa yang yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir menghilangkan penglihatan".
Hujan terjadi kepada tiga tahap
Tahap pertama : Awan-awan kecil yang ditiup
angin.
Tahap kedua : Awan-awan kecil bergabung lalu membentuk
awan lebih besar
Tahap ketiga : Awan-awan itu bergerak itu kemudian
bergerak ke atas, bahagian tengah kumpulan awan itu bergerak lebih kuat daripada bahagian tepi.
Gerakan ke atas ini menjadikan awan-awan berkumpul secara menegak, awam itu sampai ke bahagian langit
atmosfera yang sejuk, lalu awan bertukar menjadi titisan air dan mula jatuh dalam bentuk hujan.
Ayat "dan Dia menurunkan hujan baru dari langit
(iaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-ganang" menunjukkan kawasan gunung itu adalah
kawasan tempat tinggi, iaitu kawasan sejuk. Hanya dari kawasan yang sejuk inilah akan membentuk titisan
hujan. Untuk membentuk titisan hujan, awan harus beada di kawasan tinggi, paling rendah ialah
2000 meter daripada arus laut dan yang paling tinggi ialah 14 000 meter dari aras laut.
Surah ini diturunkan di Madinah Al-Munawwarah oleh
Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Sudah terbukti kebenaran wahyu Allah SWT dan Nabi Muhammad
SAW bukanlah seorang pendusta. Maka, mengapa ramai yang masih berpaling?

0 comments:
Post a Comment