****************************
Sambil menjamu
selera, mereka sempat berbual. Masing-masing bertanyakan pasal pelajaran dan
kehidupan di Universiti. Entah mengapa kali ini Sara seperti senang berkongsi
dengan Amri. Berkongsi sebahagian isi hatinya. Dia memulakan bicara dengan
bercerita mengenai seorang temannya di tempat pengajiannya di sana. Diceritanya
temannya itu yang dianggapnya seperti 'member biasa' mula menaruh hati
terhadapnya sampaikan satu tahap 'member'nya itu berhasrat membawanya berjumpa
dengan ibunya.. Terkesima Amri mendengar ayat itu. "Masa mak dia call, terus cakap kat mak
dia, mak cik.. Mak jangan risau,
sebenarnya saya tak minat pun kat anak mak cik ni", terang Sara. Tersenyum sendiri Amri mendengar
penjelasan temannya itu, entah kenapa rasa sedikit tenang selepas mendengarnya. "Haa..
Lupa nak tanya, awek sihat?",
tiba-tiba soalan cepumas itu di ajukan kepadanya. "Sihat je
kot", jawab Amri sambil tersenyum sinis. "Tak mesej dia? Dia tak marah ke kita
keluar ni?". Amri hanya mendiamkan diri. 'Setiap kali bertemu pasti soalan ini yang di ajukannya. Hmmm..
Kalaulah engkau bisa mengerti.. Jawapannya masih seperti dulu Sara.. Aku dah
kunci pintu hati ni kuat-kuat dan kuncinya ada pada engkau je', bicara
hati kecilnya.
"Eh, yang dia ni pakwe sihat ke?,
dia tak marah kita keluar?", saja di balasnya balik soalan itu. "takde
pakwe laa, lepas dia dah takde orang
dah", jawab Sara sambil menundukkan kepala seperti kurang selesa
bercerita mengenai kisah lamanya. "Kalau ye pun dah takde pape, kawan
jela.. Ada jumpa dia? Tak try contact?", tanya Amri penuh prihatin. " Tak
contact pown. Dah buang, berani pulak dia nak jumpa!", getus Sara
yang mula diselubungi amarahnya. "Fine,
tukar topik. Lepas ni kita nak ke mana?", cepat-cepat Amri menukar
topik perbualan mereka bagi mengelak volcano yang bakal meletup. Dah 2 tahun
dia kenal si Sara ni dan ternyata sikap egonya yang setinggi gunung everest itu
masih belum mampu ditawan. 'Dia' yang dimaksudkan itu merupakan kawan sepermainan
Amri suatu ketika dahulu. Teringat kembali kata-kata Danny ketika mereka bersua
dahulu, "Sara tu ego sangat laa, Aku ajak jumpa nak setelkan semua ni pun dia tak nak". Waktu itu.. mereka
sudah lama bergaduh dan Amri cuba untuk mendamaikan kembali kerna dia tahu Sara
sangat menyayangi Danny tetapi sikap ego gadis itu penghalang utama. "Ingat nak g tengok Juvana tapi dah
lambat sebab tunggu orang tu 2 jam kan so cancel lah", jawab Sara
yang mengembalikan Amri dari khayalannya. "Fine! 2 jam punya pasal jom la kita pergi tengok",
geram pula Amri dibuatnya. Asyik bermodalkan '2 jam' point si Sara untuk
kenakan Amri.
Mereka kemudiannya
menuju ke klcc. Cerita Juvana pada jam 9 malam menjadi pilihan atas persetujuan
bersama. Jam masih menunjukkan pukul 5 petang. Usai menunaikan solat Asar, Sara
membawa Amri pusing-pusing dalam klcc. Kalau nak diikutkan ini baru kali kedua
Amri menjejakkan kaki di sini dan kedua-dua kalinya bersama dengan Sara. Kalau
tidak kerana gadis kl ni, memang haram lah dia nak menjejakkan kaki nya disini.
Bagi Sara pula entah berapa ribu kali dah dia ke sini. Maklumlah orang Kl
katakan dan memang sesuai orang seperti Sara ni jadi tourism guide untuk 'budak
kampung' macam Amri.
Amri : kat sini apa yang best?
Sara : Kalau nak shopping kat sini memang mahal. Tak
tahu apa yang best kat sini. Galeri je kowt.
Amri : Galeri ???
Sara : Galeri Islamik, jom singgah sana. Best bagi
orang yang reti menilai dan bosan bagi yang sebaliknya.
Sara kemudiannya
membawa Amri 'cuci mata' di Galeri Seni Khat. Banyak karya-karya agung
dipamerkan disini dan yang paling penting masuk adalah percuma! Amri agak kagum
dengan penghasilan karya-karya disini dan sejenak kemudian dia berfikir untuk
mempelajarinya. Setiap karya diperhatikannya dengan penuh teliti, cuba mencari
mesej yang cuba disampaikan. Masing-masing sibuk melayan seni karya yang
dipamerkan dan setelah sekian lama mereka disitu, akhirnya mereka beransur bagi
menunaikan solat Maghrib. Usai menunaikan tanggungjawab, masing-masing enggan
makan malam memandang masih kenyang. Amri kemudiannya meminta Sara membawanya
keluar dari bangunan yang dianggapnya seperti igloo itu, sejuk yang
teramat katanya dan lemak yang
dimilikinya tidak mampu menhangatkan tubuhnya. Al maklumlah 'orang kampung'
seperti Amri ni tak biasa dengan suasana begini. Sara hanya menurut permintaan
temannya itu. Dibawanya Amri mengambil udara segar di luar bangunan yang
menjadi mercu tanda ibu kota itu.
Sebaik tiba diluar,
mereka mencari 'port' untuk duduk bagi meluangkan waktu bersama sementara
menunggu jam 9. Disebabkan dipenuhi ramai orang akhirnya tembok di hadapan klcc
itu menjadi pilihan. 'Ramai sungguh famili 'camping' kat sini, agaknya mereka
pun allergic sejuk macam aku kot', celoroh hati kecil Amri. Permandangan di
hadapan klcc malam itu sungguh indah, ramai yang terpegun.. Tak kira rakyat
tempatan mahupun foreigner. Masing-masing tidak terlepas dari melihat
permandangan yang berlatar belakangkan air pancut yang turut dihiasi dengan
lampu yang berwarna-warni. Cantik! Di tambah pula dengan kepelbagaian formasi
air pancut itu. 'Rasa romantik pula kan Sara.. Duduk camni sambil tengok air
pancut, haha', bisik hati nakal Amri namun tidak berani dizahirkannya.
Masing-masing membisu seribu bahasa, mencari idea untuk dibicarakan. Sekali
lagi Sara memulakan ceritanya..
Sara: Hari tu ada seorang member ni, member lama..
Budak Kl jugak. Ntah tiba-tiba dia confess segala bagai kat Fb, malas nak
layan. Sampailah satu hari tu Sara keluar pastu takde transport nak balik. Dia
volunteer nak tolong hantarkan. Orang terima jela sebab anggap dia member kan.
Bila dia dah tahu rumah kat mana, hari-hari dia datang hantar makanan. Alasan
dia sebab dia suka masak.
Amri: Hari-hari datang rumah? Ayah Sara tak tanya?
Sara: Ada juga.. Cakap member kasi je. Pastu ayah
complain masin sikit laa, haha
Amri: Asal tak terima je dia? Awesome pe laki yang
pandai masak
Sara: Malas nak layan!
Amri: Rasa macam Sara ni tak pernah nak beri peluang kepada diri
sendiri. Seolah-olah dah tutup pintu
hati tu untuk terima seorang lelaki lebih dari seorang kawan dalam hidup.
Sara: Aah, nak jerukkan hati ini!
Amri: Hmmm… Sara, orang nak tanya sikit boleh? Kenapa
dulu time kat matrik tak penah cakap pasal dia? I mean Danny? Nasib baik kantoi
last day tu kan. Kalau tak sampai ke sudah tak tahu.
Sara hanya
mendiamkan diri sambil memandang ke arah lain seperti malas mahu menjawab
soalan Amri itu. Jam menunjukkan hampir pukul 9. "Jom", kata Amri bagi mengembalikan semula mood
temannya itu. Mereka kemudiannya pergi menonton cerita Juvana yang kononnya cam
best tu. Selesai menonton cerita tersebut, jam menunjukkan pukul 11 malam.
Kebanyakkan kedai sudah tutup dan begitu juga dengan bangunan klcc ini. Mereka
berdua kemudiannya bergegas ke Kl sentral sebelum kedua-duanya berpecah membawa
haluan masing-masing..
Amri: Thanks for everythings.
Sara: Thanks too! And do take care
Amri: Same goes to you. Jaga diri, hiasi peribadi =)
"Jaga diri, hiasi peribadi",
itulah
famous last words yang sempat
Amri titipkan buat temannya itu. Ringkas tapi cukup mendalam maksudnya. Sedetik
itu, fikiran Amri melayang jauh.. Banyak persoalan yang bermain di mindanya
yang sukar untuk dia sendiri rungkaikan.
'Apa
erti Sara bagi aku?',
'Mengapa perlu ada
harapan dalam sebuah persahabatan?',
'Ah,
spoil! Percintaan bisa saja menghancurkan erti sebuah persahabatan so whats the
point here?', getus hatinya sendiri. Dia juga tidak sanggup kehilangan
seorang lagi temannya dengan alasan sebegini rupa dan lebih selesa begini.
Teringat kembali kata-kata Sara 2 tahun lepas..
"Kawan tetap kawan..",
That’s
it! Dan itulah yang sebaiknya.
Once
friends, forever a friends..
|
citer JUVANA yang kononnya cam best.. |
~ T.A.M.A.T ~