Assalamualaikum,
salam sejahtera dan salam tahun baru.
Tahun baru 2013
telah hampir 2 bulan usianya. "SELAMAT
TAHUN BARU!", "HAPPY NEW YEAR!", itulah ungkapan yang
sering kali menerjah kita setiap kali tiba tahun baru. Teringat zaman di bangku
sekolah dulu, bila tiba je tahun baru
mesti kena topup handset dan sering berbalas sms dengan kawan-kawan semata-mata
untuk ucapan tahun baru. Forward sms sudah menjadi perkara biasa bagi sms yang
macam perghh tu kan. Sms tu kemudiannya disimpan erat sebagai renungan di hari
kelak. Haha, kelakar pula bila kenangkan kembali zaman beruniform tu. Kini bila
meningkat dewasa, rutin sebegitu ditinggal dan biarlah kenangan itu tersemat
sebagai memori di dalam cerebellum. Hanya ucapan ringkas sudah cukup. Yang
penting IKHLAS!!
Sejak di bumi upm ni
timbul lak rutin baru menyambut tahun baru dengan tengok bunga api bersama
kawan-kawan. Tahun lepas, tengok bunga api kat atas bumbung fakulti. Indah
sungguh waktu itu yang berlatar belakangkan twin
towers. Tahun ini pula berkesempatan menyambutnya bersama kawan-kawan kat
area Putrajaya. Tak tahu lah apa nama tempatnya, yang pasti kat situ ada pantai
buatan. Memang seronok menyambutnya bersama kawan-kawan disamping dapat
mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.
Bila tiba tahun baru
semua orang mesti ada azam tahun baru yang tersendiri. Aku juga tidak
terkecuali dari mereka yang typical ini.
Saat countdown dan tika bunga api gagah
memancarkan sinarnya, "Aku ingin
berubah..", tak semena-mena terpacul keluar ungkapan itu tatkala
sedang menikmati permandangan di tepi tasik. Ya, bersaksikan bintang, cahaya
bunga api dan tasik itu.. Aku ingin berubah, berubah demi kebaikan.. Usia dah
menjangkau 20-an.. Sampai bila aku harus berada di takuk yang lama? Soalan itu
kerap kali bermain di minda.
'Aku ingin berubah..', entah
untuk keberapa kalinya sudah hati aku membisikkan ungkapan itu.. Entah sudah
untuk keberapa kalinya pintu hati ini diketuk dengan ungkapan itu. Analoginya
seperti seorang pemuda yang tinggal di sebuah rumah yang kecil. Kemudian pintu
rumahnya diketuk berulang kali. Lantas dibukanya pintu itu, kelihatan seorang
pemuda berjubah putih berdiri di muka pintu. Mukanya putih berseri, bercahaya
dan menyejukkan pandangan.
"Ayuh berubahlah wahai sahabat.. Berubah ke arah kebaikan.. Berubah demi
redha-Nya", seru lelaki itu dan entah untuk keberapa kalinya dia
mengucap seruan itu. "Masih
terlalu awal untuk engkau berubah..", kata teman serumahnya yang
sering berpakaian hitam. "Come on
laaa...masa muda.. Masa untuk engkau bersuka ria wahai teman.. Fully utilised
it! Bila dah tua nanti, bila dah punya keluarga.. Barulah kau berubah..",
kata teman serumahnya itu membuntukan fikirannya.
"Berubah ke arah kebaikan?", soal pemuda itu.. 'Apa erti baik bagi kau?',..
Teringat kembali soalan itu yang pernah di ajukankannya kepada seorang kenalan.
"Baik tu subjektif, kau tak boleh tanya
orang. Setiap orang ada pendapat masing-masing", terngiang kembali
jawapan temannya itu. Demi kebaikan.. Pemuda itu mengikut lelaki berjubah putih
itu.. Di luar rumah, jalan penuh berliku.. Segala macam dugaan, cubaan dan
ujian datang menguji. Acap kali dia jatuh namun dia gagahkan diri untuk bangkit
meneruskan perjalanan. Memang susah untuk berubah pada usia sebegini dan dia
sering kali berdoa agar diberikan kekuatan. Ya, berdoalah kerana doa itu
wireless dan coverage nya masuk satu universe.
Azam ini dikukuhkan
lagi setelah baca novel VERSUS by Hlovate. Novel yang berkisahkan seorang
pemuda yang berjuang melawan diri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih
baik. Berubahlah walaupun perlahan. It
takes more than a day kalau bunga nak kembang. Even a pearl is not cultured
overnight =)
2 comments:
banyak pulak ko update blog sejak kebelakangan ni.. huhu..
mmg mcm tu lah tiap2 tahun... nak buat perubahan sngtlah sukar... lebih2 lagi dr buruk ke arah kebaikan...
klau free je bru post, haha
Post a Comment