Assalamualaikum =)
Kalau pepatah melayu
ada mengatakan 'kerana mulut badan binasa' tapi aku ada pepatah baru nak
perkenalkan.. Iaitu 'kerana beg, badan dapat nama'. Pepatah ni bukan aku yang
bagi tapi orang-orang yang diluar sana tuh. Alkisahnya aku mempunyai satu beg
sandang yang kecik atau lebih tepat lagi orang sekarang panggil 'beg pusher'.
Niat aku beli beg ni sebab nak letak segala jenis harta benda bagi memudahkan
pergerakan ataupun nak buat ala-ala beg doraemon, beg pelbagai guna. Haha.
Maklumlah semua sedia maklumkan kalau letak handset dalam poketpun boleh kena
penyakit macam kanser, mati pucuk dan pape jela yang berpunca dari radiasi yang terdapat dalam gadget tersebut kononnya. Even beberapa tahun
lepas kajian turut menyatakan letak dompet kat dalam poket seluar (terutama
bagi lelaki) pun boleh dapat penyakit. Aku tak ingat penyakit apa tapi yang
jelas akan bagi kesan kepada Gluteus maximus seseorang itu. Bagi yang tak paham
apa itu Gluteus maximus boleh la rujuk buku anatomy ye, kalau nak best rujuk la
buku Anatomy, G.Tortora 13 edition (saje promote).
Zaman moden sekarang
ni memang mudah nak dapat penyakit. Kadang-kadang benda yang kita selalu buat
dan yang selalu dipandang remeh tu la yang akan bagi kesan di hari-hari yang
mendatang. Atas sebab ni lah aku beli beg ni. Nak letak handset, dompet, kunci
dan segala benda-benda asing yang tak sepatutnya ada kat badan ni bagi
mengurangkan risiko terkena penyakit lah katakan dan beg ni aku selalu bawa
pergi mana-mana kalau keluar rumah. "Kerana beg, badan dapat nama",
pepatah ni terlintas di fikiran aku masa keluar dengan kawan-kawan. Tak kesah
la pergi downtown ke, pergi The mines ke dan yang paling latest time pergi PWTC
baru-baru ni.. Mesti ada yang bertanya "bang, yang ni berapa?".
DUSH!! Sentap owh. Rupa aku ni ada macam tauke kedai ke? Haish, ramai lagi yang
pakai beg macam aku kat luar tu, kan sekarang ni tren tapi kenapa mesti aku
yang kena? Haha, siot je kan. Sekarang ni kalau aku nak keluar, mesti pikir 2-3
kali nak bawa beg ni sekali. "Kerana beg,
badan dapat nama" (-_-!)
ni lah beg pusher aku, meminjam slogan astro; macam-macam ada ! |
1 comments:
kiranya ni mcm handbag lelaki lah ni...
zaman skrg ni mmg mudah dpt penyakit...
Post a Comment