Seperti yang di janjikan dalam entri sebelum ni, entri kali ni bertujuan mendedahkan pengisian program ‘tabligh'. Mungkin ramai yang terigin nak keluar di jalan Allah tapi tak tahu apa yang nak kena buat dan apa yang perlu dipersiapkan. Aku mula-mula nak pergi dulu pun macam tu jugak, rasa takut pun ada sebab tak tahu apa yang nak kena buat nanti. Well, kalau tak cuba macam mana nak tahu kan?? Apa-apa pun pengisian ni bergantung dekat jemaah jugak, ada jemaah yang mungkin pengisiannya agak padat dan mungkin sesetengah lagi agak longgar dan banyak waktu lapang tetapi misinya tetap sama, untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Boleh dikatakan kebanyakkan masa di habiskan di dalam rumah Allah dan beribadat itu bukan hanya merujuk kepada solat sahaja. Banyak lagi yang boleh dibuat. Disini diselitkan jadual harian yang aku hadapi masa tu dan sesetengah jadual tu tak semestinya sama, semuanya bergantung dekat amer (ketua jemaah) dan keputusan mesyuarat jemaah.
Contoh jadual harian:
4.00 am: Qiam (bergantung kepada individu, takde paksaan)
6.00 am: Solat subuh berjemaah
Lepas solat subuh: zikir/baca Quran (secara individu)
7.30 am: sarapan pagi
8.00 am: mesyuarat jemaah (dalam mesyuarat ni disertakan laporan semalam, tentukan pemilihan ajk harian seperti khidmat, taklim, bayan asar/Isyak, Gash, muzakarah adab, dan lain-lain lagi)
10.30 am - 1.00 pm: Taklim, halaqah tajwid, muzakarah 6 sifat para sahabat
1.15 pm: solat zuhur berjemaah
Lepas solat zuhur: muzakarah adab (bergantung kepada adab yang di syorkan oleh jemaah)
1.45 pm: makan tengahari
4.45 pm: solat asar berjemaah
Lepas solat asar: Bayan asar
5.00 pm: minum petang
6.15 pm: Gash (ziarah rumah saudara Islam)
7.15 pm: solat maghrib berjemaah
Lepas solat maghrib: *Gash (bergantung kpd Amir)
8.30 pm: solat Isyak berjemaah
Lepas solat Isyak: Bayan Isyak
9.00 pm: makan malam
10.30 pm: kisah para sahabat dan muzakarah adab tidur
11.00 pm: tidur
P/s: jadual ni hanyalah draft dan tak semestinya terikat dengan waktu dan program. Kalau ada waktu lapang yang panjang, jemaah akan syorkan untuk buat D.T.I
Sebelum mengakhiri entri untuk kali ni, antara perkara yang perlu dipersiapkan sebelum keluar saya cadangkan anda bawa barang-barang nak pergi kem contohnya sleeping bag, dan peralatan yang dirasakan perlu yang memadai untuk tempoh yang singkat. Tapi tak perlu melampau sangat macam pinggan mangkuk bagai tu sebab biasanya jemaah yang dah biasa keluar dorang akan bawa perkakas memasak tu siap-siap termasuk la talam dan cawan. Pakaian pun tak perlu banyak sangat, kalau ada 2 jubah pun dah cukup untuk keluar 3 hari. Dari segi perbelanjaan pula, makan minum yang aku perlu bayar hanyalah Rm10 sehari termasuk 4 kali makan. Nilai duit yang dikeluarkan tu bergantung kepada nilai yang disyorkan oleh jemaah ketika mesyuarat harian. Hari terakhir biasanya murah sikit dalam Rm5. So total yang aku perlu keluarkan hanyalah Rm25. Mungkin ramai yang berpendapat kalau keluar tabligh ni kena ikat perut dan makan sikit-sikit je tapi berdasarkan pengalaman ciput aku nih, so far banyak kenyang je siap tambah 2,3 kali lagi tu dan makan 4 kali sehari tu dah kira cukup sangat dah. Soalan femes yang akan ditanya oleh family korang mesti tanya bab makan macam mana dan siapa yang masak. Jangan terkejut kalau aku cakap mostly jemaah yang keluar ni semuanya pandai masak macam chef dan sedap! Tu yang selera bertambah tu. Sampaikan aku pun rasa malu sebab tak reti masak, tu yang terbantut nak buat khidmat tuh.
Akhir kalam, cuba-cubalah keluar di jalan Allah. Tak rugi pun, banyak faedah lagi ada. Banyak lagi sebenarnya yang aku tak tahu bab ni dan sesungguhnya ilmu Allah ni sangat luas. Kat sana nanti banyak term yang korang akan jumpa macam gash, rahaba, mutakalim, istiqbal, bayan, dan sebagainya. Seperti biasa kalau tak paham janganlah malu nak bertanya. Jemaah ni biasanya ok je bah kan dorang siap bagi extra input lagi. Sebagai penutup, mohon maaf sekiranya apa yang dikongsikan ni ada salah silap dari segi fakta atau ada kekurangan sebab masih lagi baru dan banyak lagi yang kurang. Selamat bertemu kembali dalam entri akan datang dan moga diberi kekuatan untuk berkongsi lagi. Sekian~
P/s: Keluarlah wahai sahabat, sesungguhnya debu-debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah akan diharamkan keatasnya api neraka mahupun asapnya sekalipun.