Sudah sekian lama blog ini terbiar tanpa sebarang pengisian, kini diberi kesempatan untuk berkongsi secebis pengalaman. This is my contengan jalanan di adaptasi dari Novel Contengan Jalanan by Hlovate. Bagi yang pernah baca mungkin sudah mengetahui jalan ceritanya dan bagi yang belum baca, try baca dan hayati mesej yang cuba disampaikan. Seriesly it can inspire you especially for those yang masih mencari-cari tujuan hidup. Novel ini berkisah tentang perjalanan mencari Tuhan mengenai 2 orang sahabat iaitu Fend dan K² (sebutan k square) yang hidup mereka jauh daripada agama, walaupun diri dilahirkan muslim. Kedua-duanya bermula dari arah yang berlainan. Dipendekkan cerita, pencarian menjadi muslim sejati itu bermula dengan sebuah permusafiran di negara orang. Fend menemui jalan kembali ketika berada di masjid di Australia manakala K² ketika berada di jalanan di Indonesia.
This is my 'contengan jalanan' yang pada zahirnya tak samapun dengan kisah Fend dan K². Memang tidak dinafikan lahir sebagai muslim merupakan satu nikmat yang patut kita syukuri. Tepuk dada tanyalah iman, adakah kita antara yang mensyukuri nikmat itu? Bayangkanlah zaman sekarang ni, masih ramai yang muslim hanya pada nama dan tidak kurang juga yang murtad. Alkisahnya my ‘contengan jalanan' bermula bilamana suatu ketika pintu hati ini dibuka dan diberikan hidayah oleh Allah s.w.t untuk keluar selama 3 hari di jalan-Nya demi mencari erti Islam yang sebenar. Kejadian berlaku selepas Bayan isyak di rumah Allah dan aku telah dipertemukan dengan seorang hamba Allah, kalau tak silap namanya Pak Suhaeb, jemaah dari Batam, Indonesia. Rombongan jemaah ini dalam misi menyebarkan dakwah ke Sri Lanka. Dengan izin Allah, kata-katanya yang nampak biasa telah menyedarkan hati ini untuk turut keluar selama 3 hari. "Cubalah keluar yang 3 hari ni, kalau belum pernah keluar mesti kita fikir diri kita saja. Tak fikirpun pasal orang lain. Nanti kalau kita nak ke syurga langsung tak jadi.. ditarik oleh keluarga kita, ditarik oleh jiran-jiran kita.."
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Kalau nak fikir logik, aku mungkin pilih untuk keluar dengan sahabat yang kita kenal tapi disini lain ceritanya. Aku pilih untuk keluar dengan jemaah yang aku langsung tak kenal di tempat yang aku tak familiar sebab kebetulan cuti ni bercuti di rumah makcik. Boleh dikatakan betul jugak pepatah yang mengatakan lagi senang nak berubah dengan environment baru daripada dikelilingi environment lama. Kadang-kadang orang susah nak terima diri kita yang 'baru'. Hijrah; its no easy dealing with the past, living the present and fighting for the future.
Kalau ada yang terigin untuk keluar mendalami erti Islam yang sebenar, ingin merasai sendiri apa yang para sahabat nabi lakukan then try la keluar, tak mampu nak keluar 40 hari or 4 bulan, try la keluar 3 hari. Jujur aku cakap tak rugipun. Kadang-kadang kita rasa diri kita cukup sempurna tapi bila dah lepas keluar baru tahu berapa jahilnya diri ni sebenarnya. Ada je benda baru yang diperoleh. Walaupun aku ni 1st timer, jemaah kat sini tak pernah sisihkanpun malah tak lokekpun nak kongsi ilmu. Memang tak nampakpun barrier tu walaupun aku ni lah yang paling muda. Yang lain semuanya otai-otai and ramai yang dah kahwin. Apa yang aku dapat mungkin tak sama dengan apa yang korang dapat.
Sesungguhnya kerja menyebarkan dakwah ni bukan berhenti setelah nabi wafat dan para sahabat dah tiada tapi ni semua kerja umat Islam lagi-lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin ada yang berpendapat ni sepatutnya kerja ustaz dan ulama. Mula-mula dulu aku pun fikir macam tu jugak, lagi-lagi kerja tabligh ni.. tapi lepas keluar ni baru aku mengerti. Kalaulah korang fikir macam tu, habis tu takkan korang nak goyang kaki je sebagai umat Islam? Cukup sekadar menjadi muslim yang menunaikan perintah yang wajib je? Sesungguhnya kita sebagai umat Islam ni ada hak kat saudara seIslam. Nanti kat akhirat nanti, saudara kita tuntut hak mereka.. "Ya Allah, si fulan bin si fulan tak pernah ajak aku solat berjemaah, tak pernahpun ajak aku mendekati-Mu", masa tu apa kita nak jawab kat Allah? Apa usaha kita? langsung kita yang nak ke syurga dicampak ke neraka.
Sedikit perkongsian yang aku dapat kat sana, sesungguhnya kerja menyebarkan dakwah ni kerja yang perlu disambung oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. Berbeza dengan umat-umat nabi sebelum ni. Kalau umat sebelum ni beribadat, tak wajibpun ke atas mereka untuk bertanggungjawab ke atas saudara Islam yang lain. Dengan ayat mudahnya saudara Islam zaman nabi sebelum ni takde hak pun atas saudara seIslamnya. Cuba renung sejenak, kenapa Allah lahirkan kita di zaman Rasulullah? Boleh je Allah lahirkan kita pada zaman Nabi Musa kan dan itu semua atas kekuasaan Allah tapi Allah pilih juga kita lahir pada zaman ini. Sebab apa? Sebab Allah tahu kita mampu lakukannya. Ramai yang salah anggap bahawa kalau keluar di jalan Allah ni misinya untuk betulkan masyarakat tetapi hakikat sebenarnya ialah kita nak perbetulkan diri kita dulu. Kalau masyarakat terkesan maka itu dikira bonus. Analoginya mudah, kalau kereta kita rosak then kita hantar ke bengkel untuk di repair. Begitu jugalah dengan iman kita. Nak repair iman kita dekatilah program yang sebegini. Kalau boleh kita kena perbarui iman kita setiap hari dan itulah yang Nabi selalu pesan kat para sahabat. Belajar-belajarlah keluar wahai sahabat. Akupun masih bertatih lagi, banyak lagi yang perlu aku belajar dan andai diberi kekuatan oleh Allah s.w.t, aku berazam untuk cuba keluar 40 hari. Sesungguhnya debu-debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah ni akan diharam keatasnya api neraka mahupun asapnya sekalipun.

0 comments:
Post a Comment