Assalamualaikum dan
salam sejahtera..
Ini entri
berkisahkan pengalaman..
"Jika hidup ini
seumpama rel keretapi dalam eksperimen relativiti Einstein maka pengalaman demi
pengalaman yang mengempur kita dari waktu ke waktu adalah cahaya yang tercampak
jauh ke dalam gerabak diatas rel itu. Relativitinya adalah sebanyak mana kita
dapat mengambil pelajaran dari pengalaman yang tercampak jauh itu. Analogi
eksperimen Einstein itu tak lain kerana kecepatan cahaya bersifat sama dan
mutlak, dan waktu relatif bergantung pada kecepatan gerabak. Ini pendapat
Einstein. Pengalaman dapat menimpa sesiapa saja. Namun sejauh mana dan secepat
mana pengalaman yang sama dapat memberi pelajaran kepada seseorang. Hasilnya
pasti berbeza, relatif di antara satu sama lain."- sang pemimpi, Andrea Hirata
Pengalaman dapat
mematangkan seseorang dalam membuat keputusan. Pengalaman mengajar seseorang
erti sebuah kehidupan. Pengalaman juga dapat dijadikan panduan untuk hari-hari
yang mendatang. Lihatlah betapa
pentingnya pengalaman. Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi mengenai
pengalaman cetek aku dalam bekerja. Alkisahnya, aku mula berjinak-jinak dengan
bab bekerja ini sewaktu aku di tingkatan 2 (14 tahun). Masa tu aku hanyalah
berniaga kecil-kecilan membantu keluarga. Ya, memang aku tidak nafi kan setelah
aku memijak kaki di bumi semenanjung ini semuanya tidak mudah seperti sekarang.
Ayah dan mak aku kedua-dua nya berhenti kerja atas alasan mereka sendiri. So
inilah pilihan terakhir kami saat itu iaitu berniaga. Dengan berniaga inilah
aku telah dilatih dengan sikap amanah dan jujur oleh kedua orang tuaku.
Pengalaman itu membentuk aku hari ini. Setelah mak dan ayahku mendapat
pekerjaan semula, kami berhenti berniaga tetapi pengalaman aku berniaga tidak
berakhir disitu.
|
fully utilize your holiday! yeaah!! |
Naik tingkatan 4 (16
thn), aku mula mencari peluang sendiri untuk mencari duit poket. Kebetulan ayah
kepada kawan aku big boss sebuah syarikat catering so aku pun mula kerja
catering mengisi waktu hujung minggu. Kerjanya agak penat dan kebetulan aku
masih budak sekolah so bayaran pun agak rendah, sekitar 40-50 ringgit sehari
dan melebihi 12 jam itu perkara biasa. Pada mulanya mak aku sangat risau namun
lama kelamaan aku mendapat kepercayaannya. Kepercayaan dari pengalaman yang dia
berikan. Berbekalkan duit inilah aku buat belanja sekolah dan beli barang
keperluan aku. Saat aku berduit aku takkan usik duit mak ayah aku sebab aku
mengerti betapa payahnya mereka mencarinya dan adik-adikku lebih memerlukan.
Dengan duit kerja catering ni lah aku beli handset pertama aku. Naik tingkatan
5, aku pindah daerah sepang. Memang tak dapat dah nak kerja dengan anak big
boss catering tuh. Tetapi rezeki aku dimurahkan disini. Kebetulan rakan sekelas
aku rupa-rupanya bergiat aktif dalam kerjaya catering juga. Bila tiba hujung
minggu dia akan dipanggil untuk event-event tertentu. Saat itu aku mula
menyertai dia. Alhamdulillah bayaran disini lebih tinggi, dalam sekitar 60-70
sehari dan kerjanya pun tak seteruk sebelum ni. Duit ini buat aku tampung
perbelanjaan sekolah dan perkataan enjoy jauh sama sekali. Tetapi aku tak lah
kemaruk sangat macam kawan-kawan aku yang sanggup ponteng sekolah semata-mata
kerna duit. Pelajaran tetap no 1 bagi aku dan duit belum tentu dapat
mengubahnya. Kisah catering tamat sampai disini.
Aku ni jenis yang
tak reti nak duduk diam dan habis je spm, aku rehat sehari je, lepas tu terus
keje. Bayangkanlah aku dan rakan-rakan aku dah pergi interview kerja sebelum
habis last paper spm dan kerja itu adalah sebagai PENGAWAL KESELAMATAN!! a.ka.
Pak guard!! Haha.. Ramai tak percaya yang kami akan menceburi bidang ni.
PENGALAMAN kan, haha.. Tapi seriesly seronok bila kerja dengan kawan-kawan tak
kisah la ape pun asalkan HALAL. Kerja sebagai pak guard memang menguji minda,
fizikal dan iman anda. Bayangkanlah aku kena jaga bangunan besar kat cyberjaya
yang agak 'keras' tu seorang diri di malam yang sunyi. Sampai aku kena 'kacau'
pun aku tak tahu yang rupanya aku sedang di'kacau' sebab dah selalu sangat.
Pengalaman sebagai pak guard ini juga lah membuka mata aku mengenai pandangan
dan layanan orang atasan terhadap orang bawah. Kadang-kadang ayah aku pun perli
aku time aku nak pergi kerja; "tu diaa POLIS nak pergi kerja dah",
haha..
|
mesti korang tergelak bila tengok aku pakai uniform cmnie, haha |
Fuhh! Panjang dan banyak lagi nak diceritakan mengenai pengalaman bekerja ni, biar aku ringkaskan..
PENGALAMAN KERJA:
- Tingkatan 2 - 3 : Berniaga
- Tingkatan 4 - 5 : Kerja
catering
- Lepas spm : pengawal
keselamatan a.k.a pak guard
- Cuti sem matrik (pdt) : jual
burger posperity =)
- Cuti sem matrik (pst) : kerja
carwash (ini betol2 penat!)
- Habis matrik - sebelum masuk
upm : jaga kedai terapi (keje yg paling rilek, kalau xde customer boleh
terapikan diri, jaga kesihatan =)
- Ramadhan tahun lepas :
berniaga air tebu di bazaar ramadhan bersama kawan2 (ini betol2 best! Sbb
ade geng!)
- Kini (sepanjang cuti sem) :
pembantu tadbir khidmat pelajar
Ni la kerja-kerja
yang aku lakukan dan bersyukur kehadrat ilahi kerna dimurahkan rezeki aku sebab
kebanyakkan kerja ini datang 'mencari' aku. Masa masih mentah dulu, aku selalu
berdoa aku terjumpa duit yang banyak sebab pengaruh cerita Jutawan Fakir, bila
dah matang sikit ni baru aku mengerti bahawasanya Allah tidak akan beri aku duit directly tetapi Allah sediakan aku jalan untuk
mencari duit secara halal. Ada satu kerja lagi yang aku kepingin sangat kalau
diberi peluang dan kesempatan sebelum tamat belajar dan kerja itu adalah
mekanik, haha. Sebab pengalaman sebagai mekanik pasti berguna untuk masa depan
kelak =)
Cukup sampai disini,
selamat bertemu kembali, sekian ~