Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita di entri kali ni, kesinambungan @ sekuel
daripada entri sebelum nie yang bertajuk
''IMPIAN". Terima kasih kepada yg sudi follow (cewahh!! Cm box office sgt
lak an cter ni).
Berbalik kepada cerita sebelum ni (bg yg xphm, buat2 phm la ea). Selepas mendapat keputusan cenggitu, aku pun mempertaruhkan masa depan aku dengan merombak kembali permohonan upu. Waktu tu aku tahu harapan aku tipis disebabkan result aku dan ditambah pula dengan kenyataan daripada senior-senior yang study medic, dorang kata "medic susah gleeeeer!!" aku pun terfikir mampu ke aku nanti nak harungi "susah gleeeer" tu nanti?? Dah la mood study aku on off, so aku pun macam tak mengharap sangat medic tu. Then aku decide dentist dengan farmasi mungkin boleh jadi pengubat duka tapi tipu la kalau aku katakan takde walau secebis harapan untuk medic kan, yela aku dah impikan benda ni since sekolah lagi. Mesti ramai yg fikir aku ni tak sedar diri kan, result tak seberapa target nak tinggi-tinggi. Tapi takpe bak kata orang shoot for the moon, if not you will landing among the stars. So aku target stars tu kemungkinan besar farmasi uitm (overconfident!). Memang masa tuh aku fikir paling busukpun aku boleh dapat farmasi uitm nih. Disebabkan sikap aku yang terlalu overconfident nih, aku pun main acuh tak acuh je kos-kos yang aku taruh selepas farmasi uitm ni (pengajaran: jangan terlampau yakin tahap dewa).
Debaran semakin
memuncak bila result upu diumumkan. Aku pun tak paham dengan diri aku masa tuh,
tak tahu kenapa tiba-tiba je aku mengharap sangat nak dapat medic padahal masa
rombak permohonan upu hari tu aku dah tanduskan
segala harapan setinggi gunung tuh (mengidam kowt, haha). Kalau aku nak sangat
medic boleh je aku letak unisza, unimas or yang seangkatan dengannya kat
pilihan utama tapi aku gatal letak U yang grand2 cm UPM dan UKM. Memang sengit
lah kan, lagi2 result ciput cam aku ni haa. Maybe ini lah orang kata mulut kata
tidak tapi hati kata mahu. Aku kata tak mengharap kat medic tapi hati aku
memberontak nak kan medic. At last, aku ikut cakap mulut dan aku terima
padahnya. Masih segar di ingatan, result upu keluar hari Jumaat, penghulu
segala hari. Pagi tu ayah aku desak aku check (macam dia lak excited masuk U,
huhu) tapi aku ambil keputusan nak check lepas solat jumaat, bajet nak ambil
berkat la. Waktu check tuh mata aku terpaku dekat skrin komputer untuk sekian
lama. Kat skrin komputer tertulis :-
TAHNIAH!
Anda
telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD
PROGRAM : PM02
NAMA PROGRAM
PENGAJIAN : BACELOR SAINS (SAINS
BIOPERUBATAN)
IPTA : UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA (UPM)
Berkali-kali aku recheck tapi still result ni juga yang keluar. Jujur aku katakan
aku langsung tak gembira, excited or whatever yang positif masa tuh. Kata-kata
yang negatif je bermain kat minda aku masa tuh.
'ADAKAH AKU
TELAH DILELONG?'
'KENAPA TULIS TAHNIAH?
KENAPA TAK TAKZIAH?'
'ADAKAH AKU
GAGAL DALAM MENGEJAR IMPIAN?'
'ADAKAH AKU
TERSILAP MEMBUAT PERMOHONAN UPU?'
'ADA KE AKU MOHON KOS NI?'
'ADAKAH IMPIAN AKU SUDAH TERKUBUR?'
'SIA-SIA LAH PENGORBANAN AKU SELAMA INI'
'KALAU AKU DAPAT KOS NI BETTER AKU TAK PAYAH TUKAR PDT
DULU!' - astafirullah al-azim, sampai
mcm ni sekali aku menyalahkan takdir.
Selalunya kalau apa2
berita mak aku lah orang pertama yang akan aku bagi tahu tapi kali ni aku tak
bertindak seperti biasa. Aku malu nak berdepan dengan mak aku tapi aku sudah
terlambat sebab mak aku dah tahu (ayah aku yg bg tau sebab dia dok intai dari belakang).
"biomedic ok lah tu,sama mcm adik"-
dari kata-kata mak aku tuh, seolah-olah dia mengambarkan dia gembira tapi dari
nada suara nya aku dapat rasakan kekecewaan. Nak je cakap ''I'm sorry mum, anakmu ini telah gagal dalam
mengecapi impianmu." tapi tak terungkap pun kata-kata tuh. Aku tak
mampu.
Lama juga lah aku
nak pujuk hati aku terima kos nie (mengalahkan orang putus cintan da). Terkilan
sungguh aku masa tuh. Sampai yang sahkan terima tawaran tu pun aku suruh kawan
aku yang sahkan, aku macam tak sanggup nak sah kan (bajet kecewa sangat lah).
Mungkin ni la padahnya aku overconfident dapat farmasi uitm tu kot. Jujur aku katakan aku memang tak tahu pape
pun pasal kos ni tapi ramai kawan-kawan aku kata kos ni kos budak pandai. Sebab
apa??? Sebab de perkataan medic kat hujung tuh? Ke korang saja nak sejukkan
hati aku?? Huhuhu. Salah sorang member aku yang study kt ukm bagi tahu 'kos yg ko amek nie susah, kat ukm ramai budak cina
yg amek kos ni, ko punya subjek pun lagi banyak dari budak medic'. Aku susah nak percaya kata-kata kawan aku nih
selagi aku tak hadapinya sendiri. There's
different between knowing the path and walking the path. Untuk sekian
lamanya, akhirnya aku dapat terima takdir ku, mungkin ada hikmah aku tak dapat
medic, kalau dapat pun mungkin aku kena tendang cam bola je nanti. Aku kira
bersyukur la sebab still dapat kos yang aku letak dalam upu tuh, ramai juga
kawan2 aku yang kena lelong, perasaan diorang mesti lagi parah dari aku.
Moral of the story,
bagi sesiapa yang rasa dirinya dilelong or memang korang kena lelong (sorie
bagi sape2 yg terasa) terima jela takdir
tu, mungkin ini yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kadang kebenaran itu pahit
untuk kita telan. Lebih baik dapat masuk Universiti daripada tak dapat masuk
kan. Tengok jela berapa ramai lagi yang tengah menunggu rayuan kat luar tu,
kita yang dah dapat ni patut bersyukur (khas utk diri sndiri jgk). Mungkin
impian aku sudah terkubur or mungkin impian aku ni sekadar khayalan aku je tapi semua ni bukan lesen
untuk aku bersikap acuh tak acuh je dengan kos yang aku dapat sekarang. Aku
akan cuba untuk mencintai kos nih, atleast de gak perkataan medic kt hujung tu
kan (saja nak sejukkan hati sendiri). Okey, sampai di sini saja entri kali ni,
terima kasih kerna sudi membaca, harap dapat beri korang inspirasi . Some
stories must be told, because they have power to inspire.
p/s : ini mungkin
entri terakhir sebelum masuk U, selepas ini maybe blog ni akan terbengkalai dan tersadai tambah
bersawang untuk sedikit waktu.So sape yg rajin tuh, tolong2 la tengok kan ea (mode: packing barang, excited nak masuk
upm!!)