Assalamualaikum dan
salam sejahtera.
Pesanan Rasulullah
s.a.w untuk kaum lelaki.
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini.
Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang
Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang
diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak
berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami
sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah
tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah
tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan
wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang
sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu.
Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan
kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya
untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok
apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul
dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan
menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk
ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli
make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia
kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan
itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu
makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita
Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu
juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk
dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali.
sumber : fb Malaysia Footbll Team -bagus! fb pasal bola pun boleh post benda cmnie, anda bila lagi? =)