Assalamualaikum :)
Aku adalah aku..
Fasi adalah orang yang mengendalikan sesebuah program dan orentasi umpama
majlis suai kenal bagi pelajar baru di sesebuah tempat. Ini kisah aku, fasi dan sebuah orentasi..
Al-kisahnya pada 1hb September yang lalu merupakan orentasi pelajar baru di upm atau lebih dikenali sebagai
minggu perkasa putra (MPP). Secara tidak langsung orentasi ini merupakan
orentasi ke-2 yang aku handle. Suatu ketika dahulu aku pernah bergelar fasi
untuk orentasi pelajar matrik. Tapi dahulu dan sekarang amat berbeza. Untuk
fasi pula ini adalah kali ke-4 aku bergelar fasi. Walaweh!! 4 kali jadi fasi
bunyinya macam hebat kan.. Itu Cuma angka dan belum pasti menjaminkan apa-apa.
Untuk orentasi kali
ini aku telah diamanahkan menjadi ketua aktiviti sepanjang minggu orentasi.
Pada mulanya agak serabot pale otak aku nak pikirkan benda ni sebab idea aku
bab-bab aktiviti ni memang kering kontang! Haha.. Tapi nasib aku agak bertuah
sebab dapat rakan seperjuangan yang gigih dan penuh dengan komitmen. Banyak
tekanan yang aku dapat dalam merancang aktiviti ni. Yang paling terasa bila
semua aktiviti yang kami rancang direject saat-saat akhir. Bayangkanlah besok
orentasi bermula, hari ini kena reject. Memang tekanan betul, lagi-lagi bila
barang untuk aktiviti yang kena reject tu dah terbeli, sedikit membazir disitu.
Aku ni agak sedikit kalut bila tertekan sampaikan kawan-kawan aku tensen dengan
kekalutan aku nie, haha..
Banyak benda yang
tak diduga berlaku sepanjang orentasi ni. Semuanya bermula tatkala aku berucap
dihadapan dalam pencarian penghulu dan penghuluwati. Aku pun pelik dari mana
aku dapat kekuatan untuk berucap seperti seorang professional sehingga mampu
menyakinkan pelajar baru. Kawan-kawan aku yang dok tensen dengan kekalutan aku
pun terkejut, "Tahniah
khalid!, good job", aku hanya
mampu tersenyum mendengarnya. Padahal time bercakap tu memang hati ni
bagai nak jatuh! Gelabah! Mungkin banyak lagi yang perlu aku belajar untuk
meningkatkan keyakinan diri ini. Malam itu mungkin hanya kebetulan.
Sepanjang orentasi
ini juga aku berjaya discovered sesuatu
dalam diri aku yang selama ini aku sendiri tak pernah nak perasan… iaitu sifat TEGAS. Sifat ini jelas kelihatan time
aku jerit marah budak sebab lambat sampaikan budak-budak tu berlari tercicit..
Dalam hati aku ketawa je tengok perangai budak-budak ni.. Garang sangat ke aku
ni sampaikan mereka lari macam tu?? Haha.. Hal ini dikukuhkan lagi dengan
peristiwa di dewan besar.
Entah kenapa baru 3
hari orentasi berlangsung terasa macam seminggu dan bila dah hampir seminggu
orentasi berlangsung terasa baru 3 hari. Time orentasi ni juga lah aku
berharap agar pelajar baru ni especially si penghulu tu tak jadi macam aku tahun
lepas. Aku tak nak mereka senyap je bila kolej lain dok bercheers, aku tak nak
penghulu macam takut mainkan peranan macam aku dulu. Aku tak nak penghulu tu
nanti menyesal tak habis lepas orentasi nanti sampai engkau terasa macam nak
putarkan balik masa-masa tu dan buat sehabis baik. Aku nak diorang enjoy dan
biar kenangan orentasi ni bisa mengamit memori yang terindah dalam hari-hari
yang mendatang.
Ok, cukup sampai
disini since aku tak tahu nak bebel apa lagi untuk orentasi ni sebab benda ni
dah lama berlaku dan aku lak baru nak bercerita kisah yang dah basi ni so
memang point banyak hilang, huhu.. Papehal, aku
sangat enjoy masa orentasi ni sampaikan bila orentasi dah habes aku rasa
sunyi, ye lah.. Dah biasa tidur lewat then bangun pagi-pagi buta dan hari-hari
asyik terisi dengan kesibukan.. Bila semuanya berakhir, aku hanya mampu
termenung teringatkan memori orentasi itu, harap ini bukan orentasi terakhir
yang aku handle..