Kuliah untuk
semester baru sudah lama bermula tapi aku masih belum punya semangat untuk
kembali menghadap buku, nota dan yang seangkatan dengannya. Semangat aku
seolah-olah hilang dimamah peristiwa exam yang lalu. Peristiwa dimana aku gagal
dalam medan peperiksaan. Sisa-sisa semangat yang tinggal semakin pudar tatkala
melihat keputusan exam itu. Keputusan seolah-olah aku seperti tidak bersungguh.
Bayangkanlah aku study bagai nak rak tapi bila keluar result.. hmmm... sangat
mnyedihkan. Lagi menyedihkan bila aku hampir saja fail 2 subjek yang aku minat.
Kebenaran memang pahit untuk ditelan. Bila direnungkan kembali saat itu mungkin
aku terlampau memaksa diri untuk belajar. Bayangkanlah stat je study week
sampai la ke exam week, aku hanya tidur 4 jam sehari. Sampaikan mata aku lebam
sebab study. Memang silap besar aku study hard..aku sepatutnya study smart.
Bila aku terlalu memaksa diri, aku lupa akan hakikat yang badan aku ni bukan
robot dan sememangnya perlukan rehat. Bila tiba time exam, otak aku seolah-olah
penat dan badan aku mula terasa lemah. Aku mula selsema. Aku tidak mampu
berfikir dan hanya mampu pandang setiap kertas soalan dengan pandangan kosong.
Saat itu hanya mampu berdoa kepada ilahi agar diberi kekuatan menghadapi
segalanya. Aku tahu aku perlu bangkit. Ada 6 sem lagi yang perlu aku harungi..
berbagai cabaran yang mungkin aku bakal hadapi. Tapi dimana harus aku bermula?
dimana nak dapatkan kembali semangat yg hilang?? kat dewan kuliah? memang
taklaa.. bayangkan hari pertama kuliah pun aku dah datang lambat, nampak sangat
takde semangat. Aku perlu bangkit segera kerana tahun 2 yang bakal aku tempuh
ini menjanjikn cabaran dan dugaan tahap maksima. Cabaran ini memang aku tidak
nafikan datangnya dari MTM. Benda yang aku takut-takut kan dulu kini mula
menghantui aku. Dulu masa interview MTM, aku tolak jawatan ini sebab takut
pelajaran akan terabai.. Kini perkara itu hampir menjadi kenyataan.. Minggu
depan dah mula test 1 tapi satu nota kuliah pun haram aku nak baca. Ah!
Perasaan risau mula menguasai diri. Come on khalid, bangkitlah! Its not too
late to study hard, but its too early to GIVE
UP!!
KEJAYAAN lahir tidak secara kebetulan tetapi
harus diusahakan melalui matlamat yang jelas, perancangan yang matang, disokong
oleh keyakinan, kerja keras, kegigihan dan kejujuran.

0 comments:
Post a Comment