Assalamualaikum dan
salam sejahtera..
Setelah sekian lama
sunyi menyepi.. Kini coretan daripada pengalaman kini kembali. Kembali untuk
berkongsi sedikit pengisian yang diperolehi dari majlis ilmu yang dihadiri
sedikit waktu dahulu.. Strategi syaitan untuk mencegah kita dari melakukan
ibadah/kebaikan. Kita perlu tahu strategi ini agar kita bisa menolak segala
ajakan musuh kita ini. Mungkin banyak lagi strategi yang syaitan guna tapi pada
malam itu cuma ada 3 yang ustaz itu kongsikan dan fokuskan.
3 Strategi syaitan :
1. Menerapkan
sifat malas dalam diri kita.
Malas
merupakan kunci yang paling mudah. Acap kali bila kita ingin beribadah
perkataan 'MALAS' pasti dijadikan alasan. Kalau tidak pun pasti kita memilih
untuk bertangguh untuk melakukannya. Tidak ada cara lain, kita kena cantas
perasaan MALAS itu. Andai kita tumbang dengan sikap malas. Sesungguhnya kita termasuk dalam kalangan orang yang rugi.
2. Berasa
jemu dan bosan dengan ibadah yang dilakukan.
Rasa
bosan dan jemu dengan ibadah yang kita lakukan? Tepuk dada tanyalah iman. Andai
itu yang kita rasa, awas! Itu juga merupakan tipu daya syaitan. Kadang-kadang
kita rasa macam kita dah buat banyak sesuatu ibadah itu berulang kali sampaikan
kita jemu. Jemu dan bosan itu kemudiannya dijadikan alasan untuk tidak
meneruskan amalan itu. Nampak tak permainan syaitan disitu? Andai kita berhenti
untuk melakukan ibadah, mereka pasti gembira kerana berjaya mencegah kita
dengan jayanya!
Kadang-kadang
syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan
amat segera dan katanya: Ayuh
cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya.
Orang-orang
yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih
baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal ini, Nabi
Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:
"Tergopoh-gopoh
itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1.
Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2.
Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3.
Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4.
Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5.
Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
3. Ditiupkan
roh kita dengan penyesalan dengan ibadah yang telah kita lakukan.
"Menyesal
aku qiam semalam.. Kalau aku fokus study pasti aku boleh buat yang terbaik test
tadi".. Nampak tipu daya syaitan disitu? Bila penyesalan berjaya
diterapkan dalam diri kita pasti kita akan liat untuk melakukannya kembali
dengan alasan 'nak fokus study'..
Sama-samalah
kita renungkan. Aku bukan insan yang penuh ilmu didada untuk berbicara lebih
mengenai bab-bab sebegini. Harap sedikit perkongsian ini bisa membuat kita
TERJAGA dari LENA. Bukalah mata dan terangilah jiwamu wahai sahabat.
P/S:
Kalau anda rasa input ni tak mencukupi, try this --> http://alongpunyablog.blogspot.com/2011/09/7-strategi-syaitan-menipu-orang.html>