skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ▼ April (7)
      • STRATEGI SYAITAN
      • Dimanakah 'AKU' dihati mu?
      • Kisah HATI..
      • JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
      • Tips berdepan dengan ujian
      • Analogi kosongkan gelas..
      • Golden moment with them =)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 20 April 2013

Dimanakah 'AKU' dihati mu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Alhamdulilllah diberikan sedikit ruang dan peluang untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari majlis ilmu semalam. Al-kisahnya semalam telah berlangsungnya Forum 'Dimanakah 'AKU' di hatimu?'. Forum yang cukup memberi kesan sanubari kepada setiap yang hadir.

'AKU' di dalam forum ini merujuk kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya wahai kawan-kawan sekalian, dimanakah Allah di hati kita? Siapakah yang kini berada di hati kita? Soalan ringkas dari ahli panel ini cukup membuatkan mata terasa panas dan air mata jernih mengalir tanpa sedar. Gugurnya air mata ini bukan tanda syukur kerana Allah berada kukuh di dalam hati. Gugurnya air mata ini bukan bermaksud Allah no 1 di hati tetapi gugurnya air mata ini kerana sedar akan kekhilafan diri. Gugurnya air mata ini kerana sedar di manakah sepatutnya tempat Allah di hati ini. Gugurnya air mata ini kerana sedar bahawa sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambanya.

Siapakah berada di hati kita wahai sahabat? Tepuk dada tanyalah hati. Andai Allah jawapannya, syukurilah dan andai ada yang lain selain dari Allah, ubahlah ia wahai sahabat. Memang kalau sekali imbas soalan ini, mungkin ramai yang bagi jawapan 'Parent' di hati saya, mungkin ada juga yang mengutamakan 'boyfriend or girl friend' di hati mereka. Sesungguhnya kita lupa bahawa Allah telah meniupkan rasa kasih dan sayang kepada mereka, Allah telah mewakilkan mereka untuk mendorong kita mengecapi sesebuah kejayaan sampai kita lupa akan hakikat bahawa Allah S.W.T sepatutnya berada di hati kita. Allah tidak pernah lupa akan hamba-NYA walau sesaat, namun kita bagaimana? Adakah kita sentiasa mengingati-NYA seperti mana DIA mengingati kita? Sekali lagi tepuk dada tanyalah hati wahai sahabat.

Marilah sama-sama kita bersihkan kembali hati ini agar Allah berada di tempat yang sepatutnya.

Posted by khalid kadir at 17:48

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod