Bahan-Bahan :
- Gelas
- Air kosong
Cara :
- Isikan gelas dengan air sehingga penuh. Hati-hati, jangan sampai tertumpah.
- Setelah hampir penuh, isikan lebihan air yang sama ke dalam gelas tersebut.
Pemerhatian :
Adakah gelas yang
telah penuh mampu dituang lagi air ke dalamnya? Jawapannya semestinya TIDAK. Jika air yang baru ingin diisi ke dalam gelas,
maka air yang sedia ada perlu dikeluarkan terlebih dahulu, barulah air yang
baru boleh diisi.
Apa kaitan gelas dan
air ini dengan kehidupan pelajar? Bagi pelajar, konsep mengosongkan gelas ini
boleh digunakan dalam menuntut ilmu. Ketika ingin menerima pelajaran baru,
kosongkan minda dari virus 'SAYA SUDAH
TAHU'. Dengan meletakkan mindset bahawa ada benda baru yang kita belum
tahu dan perlu mempelajarinya, kita sedang menyediakan minda untuk menerima
ilmu baru tersebut. Ibarat seperti gelas kosong yang dahagakan air untuk
mengisinya.. Same goes here..
Apa bahayanya virus 'SAYA SUDAH TAHU'?
Pelajar zaman
sekarang terlalu cepat berasa bahawa mereka ''sudah tahu''. Baru sekali
mendengar sesuatu ilmu, dia menyangka telah benar-benar menguasainya. Setiap
kali guru ingin menjelaskan ilmu tersebut, mereka enggan mendengar. Mereka
inginkan yang baru padahal yang lama belum benar-benar dikuasai. Seorang
pelajar seharusnya selalu terbuka untuk menerima ilmu sama ada ilmu itu lama
mahupun baru. Apabila mendengar yang lama, ia digunakan untuk mengukuhkan
hafalan dan kemahirannya. Apbila mendengar ilmu baru, ia akan berusaha untuk
mempelajarinya dan menguasainya.
Berasa "sudah tahu" ialah helah
syaitan untuk menghalang langkah kita daripada menuju jalan menjadi seorang
pakar. Pakar dalam sesuatu bidang ilmu sinonim dengan tindakan mengulang ilmu
itu berpuluh kali dalam perbincangan, bacaan, ceramah dan sebagainya. Hanya
dengan mendengar sekali sahaja tidak mampu mencipta kepakaran dalam diri.
Cukup sampai disini. Sekian ~
Analogi Gelas dan Air |
Sumber inspirasi : Gen-Q isu 19

1 comments:
sudah tahu!! hehe. =p
Post a Comment