Assalamualaikum..
Sempena nak raya ni penulis memgambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sahabat2 sekalian dan juga kepada yang sudi membaca blog ini. (mood raye so kena skema skit). Dan ditujukan khas kepada sesiapa yg mengenali diri penulis ini, mohon maaf sangat2, mungkin sepanjang perkenalan kita secara langsung or tidak telah menguris hati anda or anda mungkin agak tacink dengan sikap penulis yg agak main lepas cakap je (mulut takde insurans) especially kepada tuuuuttttttttt, harap di maafkan diri yg hina ini dan mengharap agar erti nilai sebuah persahabatan masih wujud di antara kita.
anggap la ni kad raye ea
Wokeh, cukup2 la pembuka bicara yg panjang lebar tambah skema tuh, entri kali ini penullis nak berkongsi mengenai raya yg sudah pun tiba ini. Kali ni tak mo entri yg sedih2 sebab raya kan, so kena lah happy ! Menjelang raya , mesti semua orang sibuk shopping kan. Boleh dikatakan perayaan dengan shopping tu da sinonim dah. Okey, nak dipendekkan cerita, aku pun tak boleh lari daripada kegiatan bershopping nih. Baru shopping tadi ( sehari sebelum raya) sebab aku ni Mr. last Minit, haha (borang U pon tak settle lagi nih). Trimas kepada kawan2 yg sudi bawa pergi shopping kat area kl (jalan tar dan masjid india jee).
Nak dijadikan cerita, entri kali ni ditulis sebab nak kongsi dengan anda, anda dan anda sekalian mengenai beberapa peristiwa yg mungkin agak mencuit hati (bagi penulis la) . Al-kisahnya kami seramai 4 orang turun kl untuk bershopping raya. 2 orang daripada kami ni adik beradik. Kitaorang punya plan naik ktm kt bangi then turun kat bank negara. Yang adik beradik ni rupa2 nya tak pernah naik ktm sepanjang riwayat mereka.(aku macam tak caye!). Aku dengan sorang lagi tuh memang puas ar maybe sebab ktm la transport kami masa study kat KMNS dulu. Yang pelik nya walaupun diorang tak pernah naik ktm tapi diorang puas lak naik LRT dan ERL ( mende alah ni aku jujur aku tak pernah naik, huhu.. Kuno ye kan). So si adik pun tanya, "ktm ni yg kereta api tingkap terbukak tuh ea? Yang takde aircon tuh?". Waah, aku tau la ko da penah naik LRT, jangan ingat ktm ni kuno sangat, ko ingat ni keretapi macam kat India tu ke?. Pastu dia tanya lagi, "ktm ni berhenti macam mana? Kena tekan lonceng macam dalam bas ke?". Wallaweh, sumpah aku ngan kawan aku sorang tuh gelak bagai nak baring. "ko ingat ni hape?? Bas ke nak main tekan2 lonceng?? Haha" (jahat kan aku nie). Bila kat dalam tren dan dah nak berhenti aku pun usik si adik nih, "weyy, tekan lonceng, kita nak berhenti dah nih" hahaha.. (bukan buli, gurau je).
Lepas shopping segala bagai, kitaorang pun singgah solat kat masjid terdekat. Gelagat si adik beradik ni terus buat aku dan kawan aku ni tergelak. Mahu tak nya, boleh pula diorang ni kat masjid nak kira budget. Si adik ni dok ungkit pasal duit dia yang diguna pakai untuk beli spec diaorang sampai duit tiket ktm pun dia nak ungkit. Haha, sumpah gelak kalau dengar dialog diorang bertekak tuh.. Lebih kurang camni laa :- (aku tak reti sangat nak describe)
Si adik : ko hutang aku 18 rengget!
Si abang: asal lak 18?? 10 dah laa..
Si adik : yelaa, spec ko tu da 10, pastu tiket ktm tadi dah 8 rengget.
Si abang : amboii, tiket ktm pun ko nak berkira, lau cmtuh duit minyak moto pun aku nak kira gak la
p/s : dialog ni aku da ringkas kan, ni ending je, yang sebelum tu pe diorang merapu pun aku tak paham.
Memang seronok lihat gelagat adik beradik ni time shopping. (nampak diorang rapat). Beli specs nak sepesen, pastuh kalau si adik ni nak kan something, si abang mesti bersungguh nak carikan yang terbaik untuk adik nya. Penyudahnya beli barang tak de la banyak mana, aku dapat 2 seluar, 1 baju je tapi yg penting aku dapat beli capal!! Haha.. Lama dah tak pakai capal ni. Yg tak best nya, dua2 seluar yg aku beli tu sepesen cam member aku (member aku yg tiru) dah la sama jenis pastu sama saiz lak, kat kedai yg sama lak tuh, hahaha.. (kawan sejati katakan).
Peristiwa berlaku time balik (dalam tren), boleh pula berlaku drama gaduh sebabak antara seorang negro dan seorang cina. Dah la berlaku kat sebelah aku lak tu (dalam hati berdoa, jgnlah korang gadoh kat sini, kang aku yg kena tempias kang*siku negro tu tajam!). Si negro tu tak abes2 mencarut (konon gangster ar). At last, selamat sampai dalam keadaan yang agak exhausted ( sebab kena berdiri sepanjang dlm tren). Kesian kat adik beradik tuh, !st time naik dah kena berdiri, lama lak tuh. Okey, sampai disini saja entri kali ni, bagi sesiapa yang rasa cerita ni tak lawak jangan lah gelak ea, ni sekadar untuk berkongsi je. Penutup bicara : terima kasih kerna sudi singgah dan SELAMAT HARI RAYA!!