Assalamualaikum.. Salam persahabatan, salam inspirasi dan salam 1 Malaysia..( bajet nk tiru Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah )
Bertemu lagi kita di sini dalam entri kali ini yg bertajuk 'MENGAPA MESTI ADA RUANG DI ANTARA KITA??' Pergh!! Tajuk ni da macam tajuk novel daa, kantoi pengaruh novel kuatkan, haha.. Sekali pandang tajuk ni mesti ramai yg akan fikir entri kali ni pasal cintan cintun kan?? Hah!! Kalau itu yg korang fikirkan, memang korang silap sama sekali.. 'KITA' yg dimaksudkan dalam tajuk di atas bukan lah merujuk kepada pasangan yg tengah hangat bercintan or pasangan romantik seperti Romeo n Juliet ataupun kisah cinta yg dramatis seperti Titanic. 'KITA' yg ku maksudkan di sini lebih merujuk kepada insan yg mempunyai pertalian darah atau lebih tepat lagi kalau ku katakan 'KITA' ini merujuk kepada diriku dan adik-adik ku.. (attention: adik-adik ku di larang utk mbaca sama sekali, ini 1 arahan!!)
hmmm.. Memandangkan blog ku ini lbih berkisar kan coretan daripada pengalaman, so apa yg terkandung kat dalam nie semuanya berdasarkan pengalaman penulis.. Sekadar untuk berkongsi dan harap korang boleh ambil iktibar daripadanya. Berbalik kepada cerita di atas.. 'RUANG' di antara 'KITA' ini bukanlah sekadar ruang yg sempit seperti ruang di antara kuku dengan jari tetapi 'RUANG' ini terlampau lah besar seperti terpisahnya tanah semenanjung dengan Negeri Sarawak.. 'RUANG' ini mungkin terhasil tanpa ku sedari setelah hampir 7 tahun kami terpisah.. 7 tahun beb!! Lame tuuu.. Macam2 boleh buatkan dalam tempoh 7 tahun.. Al-kisahnya bermula 7 tahun yg lalu, dimana detik bermulanya kaki ku memijak bumi semenanjung ini. Tatkala saat itu kami terpisah secara biologi nya di panggil Allopatric Speciation ( xsure betol ke x term nie, huhu), terpisah dari segi geografinya. Yela, kan Sarawak dengan semenanjung ni terpisah dengan lautan yg terbentang luas.
Sepanjang tempoh 7 tahun ni, aku lupa akan hakikat bahawa aku mempunyai 2 orang adik yg nun jauh di bumi kenyalang. Mungkin sikap ku yg acuh tak acuh dengan adik-adik ku menyebabkan 'RUANG' yg kecil ini terus membesar. Sepanjang tempoh ini juga lah aku secara tidak sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang abang.. Bayangkanlah mereka itu perempuan, banyak kemungkinan yg mungkin berlaku. Selamatkah mereka?? Jangan nak harap kan kol, sms pun aku jarang. Mungkin masa tu ego ku mengunung sebagai seorang abang. Hmm.. Malang betul kalau dapat abang macam aku kan.
kan bahagia kalau mcm nie..
Setelah dipertemukan kembali setelah sekian lama terpisah, terasa janggalnya untuk melayani adik-adik ku. Bayangkan lah pada kali pertama berjumpa, rupa mereka pun hmpir saja aku tidak kenal, banyak sungguh perubahan yg berlaku dalam tempoh 7 tahun tu. Setiap kali bertemu, mereka akan bersalaman dengan ku sambil mencium tangan ku tanda hormat kepada seorang abang dan perkataan 'abg' tidak pernah hilang setiap kali memanggil nama ku. Pergh!! Time tu terharu kowt, terasa nikmatnya mempunyai adik.. Dari segi negatif nye, terasa tamparan yg hebat buat diriku dengan sikap mereka. Layakkah aku di panggil 'abg' setelah hampir 7 tahun ku abai kan mereka??? Sekarang baru ku sedar tanggungjawab yg ku pikul. Aku perlu memainkan kembali peranan ku sebagai 'abang' yg telah sekian lama ku tinggalkan dan aku rasa ini perlu lagi2 dengan kedua adik-adik ku kian meningkat remaja, aku akan cuba sebaik mungkin untuk me-menimise kan ruang yg besar ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini kami tidak 'lost contact' seperti dahulu. Kalau tidak call or sms, bertegur di fb pun jadi lah, haha.. Yg penting aku tahu apa yg diorang buat and aku akan cuba untuk mengawasi mereka sebaik mungkin. Abang yg baik soon to be, hihihi..
Moral of the story, bagi yg mempunyai adik di luar sana, hargailah mereka sebelum apa-apa terjadi kepada mereka, aku kira beruntung lagilah sebab sepanjang aku mengabaikan adik-adik aku ni, mereka baik-baik saja. Jangan sampai ada yg passed away baru korang nak menyesal seribu bahasa. Bak kata orang, yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Sama-sama lah kita menyayangi mereka =)
Pesanan drpd penulis: terima kasih kerana sudi membaca, rajin-rajin la komen dan beri pendapat bagaimana untuk menambah baik kan blog ku ini. Jasa anda di hargai =)
6 comments:
wah~ adik no berapa ni khalid? so diorang dulu kt srwak tgl dgn sapa? bole ke tanya menda cmni kt sini? ehe..
khalid,adik ko umor bpe ye???
untung la dorg ad abg yg sedar.
ad tu ta egt lgsg pt fmily ag.. ;DD
khalid... kite ni bruntung sb ad adik bradik... kite x bersorngn... diorg ni pntg utk kite klu2 kite kesusahn di kmudian kelak... ko abg, aq pn abg jgk... ko ad 2 adik tp aq ad 3 adk... semua pmpuan... 2 org spm thn ni... sorg lg bru darjah 3... ko bayangkn mcm mane nk jage pmpuan yg sdg meningkat naik ni... mcm2 bole brlaku... kite nk harapkn mak bpk 100% pn x bole... sb kite ni ad tgjwb jgk... aq brperanan sbg wali kpd adk aq jika bpk aq tlh tiada nti... bg aq adk2 aq adlh prmata wat aq... so, hargai la adk2 walaupn diorg buruk di mata kita...
waah.. mcm wartawan lak korg menanye ea, hahaha
ruang nk perbaiki diri sentiasa ade... just perlukan kesedaran n ko akan dapat..wishing u all da best n aq doakan ko selalu...=p
Nice story juga your entry. Bermakna.. :)
Post a Comment