Dalam meredah
kesibukan, akhirnya aku nampak kelibat balai polis, tak jauh dari lokasi aku
berada. Aku gagahkan diri untuk terus berjalan menghadap balai polis sambil
mata mencari-cari si dia, entah aku ingat lagi ke tak rupa dia. Sambil berjalan
aku terpandang sebuah kedai, nampak seseorang tengah membelik-belik baju.
Ditenung tajam wajah orang itu sambil otak ligat menganalis.. 'Itu Dia!!!', jerit hati ini. Dia pun
ternampak aku dan terus berjalan dengan konfidennya ke arah aku, seolah-olah
dia cam aku dengan mudah. "Hai, long time no
see", terpacul lak ayat tu secara spontannya dari mulut aku. "a'ah, long time no see". Aku terasa janggal
yang amat, tak tahu dari mana harus mula. Sempat juga aku melihat penampilannya
sepintas lalu, dah berubah sikit. Alhamdulillah.. Mungkin tuah dia duduk Ganu. ''err.. Dah pergi mane dah?", aku mulakan
bicara dengan slumbernya.. "tak ke mana agy pown,
sampai-sampai terus cari dia lah", serba salah lak aku dengar. Aku
kalau boleh nak dia sampai lagi lambat tapi dia terus mencari aku, haha..
DIA: so
dah beli ape je?
AKU:
tak beli apa pun, just beli ni (sambil mengangkat plastik kecil mengandungi
butang baju melayu)
DIA: nak
beli ape lagi?
AKU:
sebenarnye nk beli samping tapi still tak jumpe. Tau tak kat mana nak cari?
DIA: jom
tapi kena redah sikit laa..
Kami pun meredah
kesibukan jalan TAR sambil masing-masing bertanyakan khabar. Satu persatu kedai
yang berkaitan tidak terlepas untuk diterjah. Entah kenapa dengan dia aku senang
berlaku jujur, jujur je cakap kalau aku tak suka kain tu. Mungkin sebab aku dah
lama kenal dia kowt. Dia pun jujur je cakap yang mana tak cantik. Senang kerja
aku. De satu benda yang aku sedikit kagum dengan kawan aku ni; kesungguhan dia. Sampai kan satu tahap tu dia
pergi kat abang kedai tu, "abang, kalau baju melayu kaler ni sesuai ngan
samping yang mane?", (sambil menunjukkan
kaler tudung dia) , aku terkedu seketika. Then dalam pukul 4 camtu,
akhirnya aku jumpa samping pilihan aku tapi spoil time nak bayar tu, boleh lak
duit aku tak cukup. Dia dengan slumbernya keluarkan duit dia dan tolong tambah
duit aku yang tak cukup tu. AADUH!! Malu
kowt! Aku memang pantang kalau perempuan belanja ni, jatuh maruah aku! Jam baru
menunjukkan sekitar 4 lebih, masih awal. Memandangkan aku takde apa nak beli
dah dan memandangkan dia masih belum beli baju kurung untuk raya so aku pun
rasa cam nak balas balik jasa dia sebab temankan aku. So misi seterusnya,
mencari baju raya!! Misi bermula dengan memasuki kedai-kedai yang menjual baju
kurung. Ni la julung-julung kalinya aku temankan perempuan shopping baju kurung
even adik perempuan aku sendiri pun aku tak pernah nak temankan. So kekok tu
memang terasa lah kan. Nasib dia agak malang sebab banyak baju takda saiz kalau
ada pun kaler pula yang tak berkenan. Habis jalan TAR, kami redah Masjid
India.. Tak jumpa kat situ then kami redah SOGO dan Maju Tower pula. Baru aku
tahu betapa penatnya ikut perempuan bershopping, rasa macam nak tercabut kaki
ni haa.. aku tarik balik kata-kata aku yang dia ni tak larat jalan tapi hakikatnya aku yang penat. Lebih dari 20 kedai juga yang kami masuk tapi tetap keluar dengan
tangan kosong. Dia seeolah-olah macam dah give up, "abes besok nak guna
baju pe? Atleast cari laa satu", aku cuba pujuk dia beli baju gak tapi dia
dengan slumber je cakap, "takpe, guna baju kuliah jee..", aku hanya
mampu geleng kepala je, tang tu dia still tak berubah, sama je macam dulu,
haha.
"habes ni nak berbuka kat mane?", tiba-tiba
aku diajukan dengan soalan tu. Aku tengok jam, dah pukul 6 lebih. Minggu lepas
aku balik time-time macam ni memang berbuka atas moto la jawabnya. "entah la", hanya itu yang mampu aku
jawab. "jom kita cari tempat berbuke, nak berbuke
kat mane? Fast-food?". "err..tak
nak laa fast-food, nak makan nasi!",
"nasi?? Entah la mana nak cari, kalau fast-food tu tau laa.. Hmm. Takpe,
kite g ampang park, kalau tak pun kampung baru". Sesungguhnya aku ni memang jahil selok belok KL
ni, kalau setakat jalan TAR, SOGO dan yang dekat-dekat tu tau laa. So aku pun
ikut je la mana dia nak bawa. Setibanya di Lrt masjid Jamek, dia suruh aku beli
tiket untuk aku sorang sebab dia dah ada kad. Aku mulai resah, mata aku
terkebil-kebil melihat mesin tiket tuh. Kalau nak diikutkan aku naik benda alah
ni 2-3 kali je, tu pun kawan aku yang tolong belikan. Jam dah pukul 7, ah! Pedulikan rasa malu ni, "errr.. Sebenarnya tak biase guna benda alah
ni..", KANTOI disitu! Muka
aku dah merah padam. Dia hanya mengukir senyuman pastu dia dengan pantasnya
menekan apa yang patut, tau2 dah keluar token tu dan dia pas kat aku. Kami pun
bergerak ke Kampung Baru sebab dia cakap kat situ banyak kedai yang
sedap-sedap. Tapi malangnya bila sampai semua kedai kat situ tutup! Pastu boleh
pula dia ni ajak aku jalan sana sini kat kampung baru semata-mata nak cari
kedai makan. Kaki aku dah rasa nak tercabut, perut aku dah berkeroncong. Tahu
la dia ni ada energy lebih sikit tapi paham la sikit, aku tengah berpuasa ni.
Aku hampir give up dan bila nampak ada satu kedai buka ; "kita makan kat sini jela..", "JANGAN!! Nampaak macam kotor je, nanti ade yang tak
raye besok sebab cirit". Ok, kat situ aku kagum sikit sebab dia
utamakan kebersihan. Dalam hati mula la nak perasan, 'caring juga ko kat aku ea, haha.. 1st time ko tunjuk sikap tu'. "so nak berbuke kat mane ni? Bagi la idea", "err.. Tak tahu laa, dia dok KL patut lebih
tahu..", "Dah bape lame dok selangor
ni? Orang dok Ganu pun tahu..",
"ello, orang bukan orang KL macam dia ok! Mane la tau selok belok KL
nih", kemain sodap dia perli aku.
"ok last choice, makan kat klcc
jela..". Kami pun bergerak menuju ke klcc tapi kali ni dia
cepat-cepat belikan aku tiket Lrt tu, macam dah mengerti situasi aku, haha.
Sampai je, kami bergegas ke food court dan beli makanan memandangkan hampir
masuk waktu berbuka. Dalam waktu itu, aku sempat mencari sesuatu dalam beg
pusher aku tu, terasa macam ada sesuatu yang hilang. Aku selongkar lagi beg
itu, sah! Memang ada yang hilang dan yang hilang itu adalah KUNCI MOTO aku!! Otak aku ligat memikirkan
dimana aku tercicirkannya. Selalunya beg
aku tu lah tempat yang paling selamat. Bila dah puas fikir, ada satu je
kemungkinan. Aku mungkin tertinggal kunci tu kat atas moto. Aku cuba sembunyikan
kekalutan itu dan menghargai setiap detik-detik berbuka puasa untuk kali
terakhir. Baru perasan untuk berbuka hari terakhir ni agak istimewa sedikit,
semuanya hadir tanpa dirancang. Hari ini memang dalam sejarah. Entah kenapa
rasa bahagia semacam walaupun kunci moto dah hilang. Mungkin inilah kali
pertama aku spent masa dengan dia hampir 6 jam. Kalau nak diikutkan tak pernah
aku jumpa dia lebih dari 10 minit, kalau lebih pun atas dasar study, tu pun
ramai-ramai. Buat julung-julung kali jugalah aku keluar dengan dia, memang
sebelum ni tak pernah langsung keluar dengan dia apatah lagi makan macam ni,
memang tak pernah. Patutlah masa makan masing-masing asyik control, tipu lah
kalau tak segan kan. Tapi atleast aku habiskan apa yang aku makan sedangkan dia
tu control sangat sampai tak habes. Nak aje aku amek pinggan dia tu and campak
kat muka dia! Tak payah nak control-control sangat laa, haha.