Assalamualaikum =)
Apa erti sahabat
bagi engkau? Adakah sahabat itu umpama anak patung? Bila engkau bosan baru kau nak cari aku, baru
nak call and mesej segala bagai? Aku
cuba layankan juga walau sesibuk manapun sebab engkau adalah sahabat. Kau umpama anak kecil yang bila bosan akan
selongkar kotak/stor untuk cari anak patung untuk berhibur. Masa tu lah baru kau
nak susukan anak patung itu, baru nak dodoikan anak patung itu.. Ah! Bahagia
sungguh anak patung itu kalau dia bisa mengerti.. Kalau tak kerana engkau bosan
pasti saja sudah berdebu anak patung itu. Kalau aku layan kau macam tu kau
marah. Kalau aku call kau tanpa sebab
kau maki hamun aku. Kalau mesej pun ikut mood nak balas. Hmmm.. Kalau anak
patung takpa lah tapi bezanya aku ni ada hati, punya perasaan.
![]() |
jangan sampai anak patung mengamuk! haha |
Apa erti sahabat
bagi engkau? Adakah sahabat itu umpama Maggie? Bila dah terdesak baru kau nak cari? Ibarat macam
orang lapar ditengah malam cari Maggie untuk hilangkan rasa kebulur. Kalau
Maggie takda malam tu mahu di maki hamunnya kabinet tuh. Memang benar Maggie tu
makanan segera tapi aku bukan sahabat segera!
![]() |
tak minat perencah ayam, kari lagi sedaap =) |
Apa erti sahabat
bagi aku? Bagi aku sahabat ibarat
L'Oreal, pencuci muka yang mampu membersihkan wajah sahabatnya dari
segala kerisauan dan mengembalikan keyakinan diri. Moto L'Oreal - "Kerana dirimu begitu
berharga". Ya, memang sahabat-sahabatku begitu berharga buat diri
ini. Kalau takda sahabat tak tahu la macam mana hidup ini, mungkin sepi tak
berteman.
![]() |
aku lagi hensem! |
So konklusinya,
tolonglah jangan layan aku macam anak
patung, Maggie or Chipsmore
- kejap ada kejap takda. Layanlah aku seperti L'Oreal, kalau tak nak L'Oreal, layan macam Astro pun boleh, haha. Kan orang kata
Astro tu "macam-macam
ada" so aku nak jadi sahabat yang "macam-macam ada" untuk
kau. Aku nak sentiasa ada disaat kau bosan, saat kau sedih, saat kau gumbira
dan tak kira apapun perasaan kau, aku mahu sentiasa ada disitu. "Kerana dirimu begitu
berharga" wahai sahabat..
![]() |
macam-macam ada! |

0 comments:
Post a Comment