Assalamualaikum dan
salam sejahtera.. Masa untuk menulis lagi.. Kali ini ingin bercerita mengenai E.G.O. Apa itu EGO?? Ego yang dimaksudkan
disini bukanlah mengambarkan skuter yamaha EGO yang kecik molek dan comel itu
tetapi ego yang dimaksudkan disini boleh diumpamakan sebagai suatu sikap. Sukar
nak ungkap ego ini dengan kata-kata. Mungkin bila anda berdepan dengannya baru
anda mengerti. Namun sesukar mana pun ego itu didefinisikan, ia amat mudah
ditafsir dengan dengan tingkah laku dan perbuatan seseorang. Sikap EGO ini
kalau kena pada tempat dan masa yang sesuai, ia amat membantu malah bisa
dijadikan perisai buat diri kita agar tidak dipijak-pijak oleh orang lain. Tapi
AWAS!! Kalau silap percaturan sikap EGO mampu membuat orang disekeliling anda
rasa meluat! Analoginya mudah, bayangkan sikap EGO itu umpama skuter yamaha EGO
yang kecik molek itu kalau dibawa oleh orang yang juga kecik dan molek pasti
tidak punya banyak masalah. Namun bayangkan kalau skuter EGO yang kecik dan
molek itu dibawa oleh orang yang berbadan 3-4 kali ganda lebih besar dari
skuter itu pasti banyak masalah yang timbul. Kalau naik bukit entah lepas
entahkan tidak. Ngerti kamu?? Itu sekadar analogi, kalau tak paham juga tak
tahu lah nak explain camna.
![]() |
skuter EGO |
Ok, itu baru
pendahuluan.. Disini kisah EGO sebenar bermula.. Nak dijadikan cerita, suatu
ketika dahulu aku ada seorang kenalan.. Sahabat yang terkenal dengan sikap ego
nya yang setinggi gunung Everest. Kawan aku ni boleh digambarkan macam analogi
yang aku terangkan kat atas tu, nampak ayu je kat luar tapi ego dia..
PERGHHHH!!! Kalau A jawabnya maka A lah ia, tidak pernah menjadi B mahupun a.
Rayulah air mata darah sekalipun dia tetap dengan keputusannya. Memang perlukan
kesabaran yang tinggi untuk menghadapi orang sebegini rupa. Andai engkau hilang
kesabaran dan pertimbangan pasti engkau dah memaki hamun insan sebegini. Jelas
disini betapa pentingnya tahap kesabaran disini. Kalau ego dah setinggi gunung
Everest bayangkanlah betapa tingginya tahap kesabaran yang harus ada pada waktu
itu. Tapi kawan aku ni pelik sikit, dia hanya merealisasikan sikap EGOnya itu
pada insan-insan yang ber'tuah' saja dan aku antara insan yang ber''tuah' itu.
Entah dari mana aku dapat kesabaran yang tinggi saat itu. Kesabaran yang hampir
mampu menawan gunung Everest itu. Mungkin dia aku anggap agak 'istimewa' pada
waktu itu sehinggakan keistimewaan itu memberi kesabaran yang luar biasa. Suatu
ketika dahulu aku pernah berazam untuk melunturkan segala EGOnya yang setinggi
gunung Everest itu dan hanya masa yang menjadi penghalang tika itu.
Kalau nak diikutkan
banyak juga perkara yang dia buat yang betul-betul menguji kesabaran aku.
Pernah sekali tu aku dah plan something untuk kawan aku ni dan dia pun ok je
tapi bila tiba masanya tak jadi lak, alasan susah nak terima. Aku hanya mampu
kecewa menonggeng je kat bawah. Kalau nak diikutkan dalam banyak perkara,
rasanya hanya sekali je aku berjaya mengatasi EGOnya, kisah mengenai COKELAT,
haha.. Masih segar diingatan peristiwa itu dan biarlah peristiwa itu tinggal
sebagai kenangan. Mungkin disebabkan beberapa perkara dan dikukuhkan lagi
dengan peristiwa COKELAT itu aku terlalu yakin dan pasti dapat menawan Gunung
Everest itu. Namun sangkaan aku silap sama sekali, sesungguhnya aku silap
percaturan disaat-saat akhir. Mungkin dikecam dengan KEHILANGAN menjadi punca
aku tersilap langkah. Langkah yang memakan diri sendiri.. Langkah yang
membuatkan aku tergolek-golek terjatuh dari puncak Gunung Everest itu. Dan kini
semua tiada apa-apa.. Hanya kenangan yang tinggal sebagai renungan dan teladan
untuk bekalan hari-hari yang mendatang. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan
kepada kawan aku ni kerana secara tidak langsungnya dia telah melatih aku
dengan KESABARAN.
Tapi apa yang pasti
setelah aku gagal dalam misi menawan Gunung Everest itu, aku dapat rumuskan
bahawasanya orang yang EGOnya tinggi ini sebenarnya jiwanya SUNYI dan KOSONG.
Ya KOSONG seperti lagu Najwa Latif tuh~ Segala Ego yang engkau miliki.. Hanya
pada luaran.. Sesungguhnya hatimu KOSONG, KOSONG, KOSONG... Sesungguhnya EGO
itu hanya nampak tinggi pada luarannya namun dari segi dalamannya,
EMO(emosional) menguasai diri.. EGO hanyalah perisainya. Tapi percayalah orang
yang EGO tinggi diluar dan EMO tinggi didalam biasanya ambil kesah setiap apa
yang anda luahkan dan lakukan terhadap mereka. Mereka mampu melawan dengan
EGOnya pabila diluar dan mereka juga mampu menangis pabila EMO menguasai diri.
Ini terjadi kat kawan aku. Kalau apa-apa je yang orang buat kat dia.. Dia
seolah-olah nampak macam kool je tapi pastu dia akan masuk tandas atau
bersendirian dan dia akan menangis sepuas hatinya.. Mengenangkan peristiwa
itu.. Dan dia akan menyembunyikan kembali tangisan itu dengan sikap EGOnya.
Mungkin enggan kelihatan lemah menjadi
punca. Tapi percayalah mereka jenis ini cepat tersentuh. Awas dengan setiap
langkah anda, dekati mereka dengan cara yang betul. Bila kena dengan cara nya,
ego nya mudah dikawal dan itu maknanya anda sudah berjaya menambat
kepercayaannya. Bila kepercayaan sudah diberikan, mereka akan mula bercerita
dengan anda satu persatu masalah yang dihadapinya. Dengarilah walau nampak
remeh kerna jiwa mereka KOSONG dan anda harus cuba mengisi kekosongan itu.
Curahkanlah nasihat dan pendapat kerna mereka dahagakannya. Sedikit demi
sedikit anda akan lebih mengenali mereka. Memang seronok berkawan dengan orang
yang EGO nya tinggi kerna macam-macam perkara lawak yang mereka akan buat yang
mampu membuat anda tersenyum sendiri bila memikirkannya. Namun awas! Andai
tersilap langkah, anda ibarat mencurahkan minyak di atas bara dan EGO nya yang
mampu merebak bagai api membakar anda.
Ok, cukup kisah EGO
sampai disini.. Semakin lama aku menulis semakin melalut lak. ~ sekian.

0 comments:
Post a Comment