Usai solat maghrib, kami pun bergerak pulang menuju ke destinasi masing-masing. Dia sarankan aku ambil tren kat KL sentral then baru ke bangi. "tau g KL sentral x? kalau nak orang boleh tolong hantarkan sampai ke ktm tu". Sempat lagi nak perli aku time nak balik ni, setakat KL sentral tu aku tahu la =_=
Aku pun menolak tawaran dia memandangkan dia nak cepat takut terlepas takbir kat rumah nenek dia. Aku lagi laa nak cepat sebab nak kena cari kunci moto yang hilang tu. Masa dalam tren baru rasa bahagia itu hilang dan kini rasa cemas menyelubungi diri. Sampai je kat ktm bangi tu aku berlari ke arah moto, alhamdulillah moto tu masih ada tapi kuncinya tetap takda! Ah! Kepala aku buntu memikirkannya. Kat mana lagi aku nak cari nie.. Aku try cari kat kawasan berdekatan yang agak gelap itu. Aku harus cepat sebab tak nak terlepas takbir raya dirumah. Agak lama juga aku mencari akhirnya aku putus asa lantas dihubungi abang aku mintak tolong dia ambilkan. Pak cik prebet sapu kat situ pun agak baik sebab sampai nak tolong aku pecahkan padlock moto tu then nak sambungkan bateri so that moto tu boleh hidup tanpa kunci, pengalaman dia sebagai mekanik. Aku agak keberatan nak ikut idea pak cik tu so aku just duduk menonggeng kat tepi moto tu mengharapkan keajaiban berlaku. Tetiba…
"ko cari ape tu?", kedengaran suara garau kat belakang aku. Lantas aku menoleh.
"cari kunci moto cik, tercicir kat mana ntah",
Tiba-tiba pak cik tu macam mengamuk, "ko tau ko letak kunci ko kat mane?!!!",
Aku hanya mampu pandang dengan pandangan yang kosong.
"ni haaa" (sambil mengangkat kunci yang ada kat tangannya)
"pak cik jumpa ke?",
"aku jumpa tercocok agi kat atas moto ko tu", - Ah! Macam mana lah aku boleh buat kesilapan bodoh ni..
"lain kali tak payah nak kejar tren tu sangat, dah banyak kali dah orang tertinggal macam ko ni haa.. Kalau orang lain amek moto ko baru ko tau! Moto ko ni baru lagi, jaga elok-elok", pesan pak cik tu.
Setelah berbual sekejap dengan pak cik tu dan ucap ribuan terima kasih, aku pun merembat bagai pelesit. Dalam hati tidak habis mengucapkan ucapan syukur yang tak terhingga. Hari ini macam-macam terjadi kat aku. Gembira, bahagia, penat, cemas dan macam-macam lagi yang tak terucap. Sebelum tidur, aku renung kembali kenangan hari ini, kenangan yang membuatkan aku rasa bahagia sementara. 'Ah! Buangkan jauh-jauh harapan itu. I'll not make the same mistake, enough is enough! I'm SICK of it! Friends will always remain as a friends.. Kemain panjang lak entri aku untuk kali ni. Cukup sampai disini. Selamat bertemu kembali ~
"andai engkau jatuh CINTA terhadap sahabatmu, jangan luahkan kerna perasaan CINTA itu akan membunuh erti sebuah PERSAHABATAN.." pendam jela, lama-lama mati la perasaan tu. That's the solution! haha.. |

0 comments:
Post a Comment