AMARAN : entri ditulis dalam mood hati tengah bahagia
berbunga-bunga. So kalau tak larat nak baca tak payah baca, cepat-cepat hold
butang Ctrl + W. Ini sekadar untuk renungan sendiri je.
Mentari dhuha
memancar gagah pada pagi itu. Hari ini hari sabtu, sehari menjelang hari
lebaran. Baru aku teringat ada persiapan raya yang belum ku beli, lantas aku
mempersiapkan diri menuju ke destinasi pilihan disaat-saat akhir iaitu Jalan
TAR ; tempat tumpuan ramai menjelang perayaan. Ketika dalam perjalanan tetiba
handset ku berbunyi memberi isyarat mesej masuk. Nombor yang tidak dikenali
terpapar di skrin talipon. Diakhir mesej ringkas itu disertakan nama seseorang,
ringkas tapi bermakna. Baru teringat pagi tadi aku ada ajak dia turun sekali
memandangkan dia duduk area KL. 'Ah! Mana
mungkin dia mau pergi', bisik hatiku. Yelaa.. Dah lama aku kenal dia dan
tiap kali ajak pape je pasti jawapanya
tak seperti yang diharapkan, sentiasa mengecewakan. Maklum laa EGO tinggi!
![]() |
Jalan Tar- A history to remember.. |
Masa dalam tren,
sekali lagi handset ku meraung, tanda mesej masuk.
" I'm going…", terkesima seketika aku melihat paparan skrin
handset saat itu. ADUH!! Gurauan apa ni??
Aku main-main jela mesej pagi tadi sebab aku ingat dia takkan nak punya.
Ternyata aku silap, tak sangka lak dia ambil series mesej tu. Banyak persoalan
yang bermain di minda aku masa tu. Tiba-tiba hati jadi tak keruan. Mahu taknya,
dah hampir setahun lebih tak jumpa macam-macam boleh jadi kan. Hmmm.. Macam mana la keadaan dia sekarang ni, masih
seperti dulu ke dah berubah ke arah yang lebih baik. Macam mana la aku nak mula
berbual balik dengan dia sejak peristiwa gadoh besar yang berpunca dari aku,
peristiwa yang menyebabkan kami lost contact untuk sekian lamanya. Takkanlah
aku nak buat slumber je.. 'AH!, jauh pula aku
melilau, terlepas perhentian kang baru kau tau!', bentak hati kecil ini.
Pastu aku pandang diri ini dari atas sampai bawah. 2-3 kali kepala aku dongak
atas bawah. Spoil! Macam ni gaya aku nak
jumpa dia?? Dengan selipar jamban + jeans + t-shirt tido , pastu rambut kusut
masai ditambah dengan beg pusher aku tuh. Haha.. Apalah tanggapan dia nanti..
Mesti dia ingat aku dah berubah sebab dulu aku selalu utamakan penampilan. Dia
ni pun satu, bukannya nak konfirmkan awal-awal, kalau tak boleh la aku pakai
elok sikit.
Jam menunjukkan
hampir pukul 2 petang, time ni la tren terasa lambat, bukan main lama lak
berhenti. Hmm.. Aku ingat kalau sampai awal boleh la aku shopping dulu, tak
payah nak tunggu dia. Malu kowt shopping dengan perempuan, tak pernah dalam
sejarah aku shopping dengan perempuan. Hari ini bakal menjadi sejarah. Kalau
nak diikutkan aku lebih gemar pergi shopping sorang-sorang, sebab aku bebas
pergi ke mana saja tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Lagi pun aku ni
jenis yang kuat berjalan, bayangkan minggu lepas aku singgah jalan TAR gak,
hampir 3 jam aku dok pusing-pusing semata-mata nak cari sehelai jeans. Amekkau!
Larat ke korang nak ikut? Mahu tercabut kaki tu. Hari ini mungkin pergerakan
aku agak terbatas sebab kena consider juga perempuan tuh, ntah larat entahkan
tidak dia tuh. Setelah sampai di perhentian Bank Negara, aku selesaikan dulu
solat zuhur then baru sambung balik misi hari ini. Misi mencari samping untuk
dikenakan dengan baju melayu. Sebelum ke jalan TAR, aku singgah SOGO dulu sebab
tertarik dengan tawaran diskaun sehingga 70% tuh tapi aku hanya pandang
sepintas lalu sambil mata tak lari dari melihat jam. 'Aku kena cepat ni sebab dia kata dia dalam perjalanan', aku
bergegas ke jalan TAR sebab aku nak cari dulu barang yang aku nak sebelum dia
sampai. Dalam hati asyik berdoa, 'lambat la
sikit ko sampai, bagi aku dapat samping dulu', haha.. Sampai je kat
jalan TAR, aku terus ushar kedai-kedai berdekatan pastu aku pandang handset,
ada mesej masuk dan dah lama dah mesej tu; "Dok
mano?".. 'Ah, takkanlah dia dah
sampai..' getus hati ini. Takpe ramai orang ni mesti susah nak cari. Aku
teruskan misi aku ni, banyak kedai yang aku masuk tapi masih tak jumpa yang
berkenan di hati. Jam hampir pukul 3 petang tapi aku still tak nampak kelibat
dia lantas dicapai talifon.. "tak sampai lagi,
still kat putra, tunggu tau.. Jauh orang datang ni".. Fuhh!! Berita
gembira, aku sambung balik misi aku tapi still
fail juga. Hmmm.. Terpaksa akui
aku memang tak reti nak pilih samping yang sesuai.. Ni first time aku beli
samping, sebelum ni abang aku yang belikan. Aku ni jenis memilih sikit, tak nak
kaler hitam yang dah biasa guna tuh, nak juga sama kaler sama dengan baju
melayu pastu nak kain yang selesa lak, memang taklah kan. KRINGG!! Talifon aku berdering, "Kat mane?", aku pun sibuk dok cari kat mana
laa aku ni.. "err.. Kat depan SEMUA HOUSE tuh,
ntah laa kat mane", "owh, jauhnya..
Takpe laa orang tunggu kat balai polis, tau kan?", "owh, ok.. Tahu tahu", aku pun
terkebil-kebil mencari balai polis. Cakap je tahu tapi sebenarnya aku tak tau
pun, haha..
********bersambung*******

0 comments:
Post a Comment