Assalamualaikum dan
salam sejahtera..
Dugaan, cubaa dan
ujian tidak pernah lari dari erti sebuah kehidupan. Malah perkataan dan istilah
inilah yang mencorak warna warni kehidupan. Apa makna kehidupan tanpa dugaan
dan cubaan? Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan
sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang
terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata
pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)
. Dugaan memang agak pahit untuk ditelan. Lagi-lagi bila ia hadir saat
yang tak diundang, saat-saat genting, saat ketika mahu menyambut kedatangan
hari lebaran. Memang ada betulnya kata pepatah
'malang tidak berbau', kalau malang itu berbau pasti semua orang akan mengelak
daripadanya.
Bercerita mengenai
dugaan ini, aku punya kisah sendiri mengenainya. Dugaan time nak raya..
Alkisahnya pada hari khamis yang lepas bersamaan dengan 2 hari lagi menjelang
hari lebaran, rumah kami sekeluarga dimasuki penyangak. Kejadian dianggarkan
berlaku sekitar jam 3 petang dan pada hari kejadian hanya adik-adik aku je yang
ada di rumah; seorang darjah 4 dan seorang pra-sekolah. Gambaran situasi
(diringkaskan):
Seorang lelaki
menaiki motosikal berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah dengan membuka
pagar (lagak macam rumah sendiri!), dan membuka sedikit sliding door.
PENYANGAK: ayah mana?
ADIKKU: ayah kat kedai.
PENYANGAK: emak mana?
ADIKKU: emak kerja.
PENYANGAK: saya ni kawan ayah, nak masukkan
barang..
*lantas dia masuk ke
rumah tanpa diundang..
PENYANGAK: tolong turunkan semua barang-barang
yang dekat dapur tu, saya nak masukkan barang. Dekat bilik air belakang sekali
yaa..
*adikku dengan lurus
bendulnya pun menurut apa yang dipinta.
*ketika adikku sibuk
mengemas di dapur.. Dia pula sibuk 'mengemas' di depan. Bilik aku merupakan
destinasi pertamanya, wang tunai RM500 ringgit yang abang aku baru tukar malam
tadi jadi habuannya. Kemudian bilik mak aku, semua barang kemas mak dan adik-adik
aku habis disapunya. Termasuk kamera digital
aku dengan chargernya sekali pun dirembatnya. Aku kurang jelas lagi apa
yang hilang tapi itu yang pasti.
*semuanya berlaku
dengan pantas, bila adikku keluar dari dapur, dia sudah lesap. Dia seolah-olah
sudah 'mengenali' rumah ini. Sudah expert dengan setiap tempat menyimpan barang
berharga. Bayangkanlah, biasanya kalau pencuri masuk mesti rumah bersepah bagai tapi tidak untuk kali ini. Semuanya seperti
sedia kala Cuma yang nampak beralih hanya make up mak aku.
Sebaik saja mak aku
pulang dari kerja, mak aku ternampak adikku tengah menangis dan dia
menceritakan segalanya kepada mak aku. Tanpa membuang masa mak aku terus
membuat laporan polis dan tika itulah aku mendapat panggilan daripada mak aku
menyatakan hal kejadian. Ah! Memang bikin panas berita itu. Kalau aku ada kat
tempat kejadian mahu saja dipatah-patahkan tulang penyangak itu! Time-time nak
raya ni la ko nak buat kacau!
Setelah soal siasat
polis, suspek kemungkinan berbangsa India berdasarkan warna kulitnya tapi dia
fasih berbahasa melayu. Umur dianggarkan dalam usia 40-50 tahun. Menaiki
motosikal berwarna hitam. Peristiwa ini sedikit sebanyak menjejaskan mood raya
kami sekeluarga. Sekian kat abang dan mak aku, duit yang baru ditukar malam itu
untuk dijadikan duit raya hilang begitu saja. Barang kemas mak dan adik-adikku
turut hilang. Tapi syukurlah adik-adikku tidak di apa-apakan. Biarlah dia nak
curi apa sekalipun asalkan dia tak curi nyawa adik-adikku cukuplah. Adik-adikku
baru nak mengenal dunia kalau diapa-apakan saat itu pasti aku cari penyangak
itu sampai ke lubang cacing sekali pun!

0 comments:
Post a Comment