Assalamualaikum, salam sejahtera, salam
perkenalan, salam aidiltifri dan salam satu Malaysia. Saya Mohamad Khalid B Abd
Kadir selaku penghulu kolej 17 terlebih dahulu ingin memohon maaf terutama
sekali kepada barisan fasilitator dan rakan-rakan baharu sekalian kerana saya
gagal menjalankan tugas sebagai seorang penghulu dengan baik sepanjang Minggu
Perkasa Putra ini berlangsung. Jujur saya katakan memang saya kurang pengalaman
dalam memimpin sesebuah organisasi. Ketua kelas pun saya tak pernah jadi apatah
lagi jadi penghulu. Saya tidak salahkan barisan fasilitator kerana memilih
saya tetapi saya salah kan diri sendiri
kerana sanggup menerima jawatan ini. Masa pemilihan hari tu, saya cuba sahut
cabaran untuk menjadi penghulu dan saya cuba cabar diri saya sendiri untuk
menjadi pemimpin. Ternyata saya memang gagal dalam cabaran ini dan banyak lagi
yg perlu saya belajar untuk menjadi pemimpin. Mohon maaf sekali lagi kerana
saya telah menghilang kan 'nikmat' orentasi anda, anda dan anda sekalian.
Bayangkanlah saya yang cetek pengalaman ini harus memimpin beratus-ratus
pelajar baru yang terdiri daripada pelbagai kursus, mahu tak goyang lutut ni.
Saya ni boleh di umpamakan seperti hammer lah kan, bila di ketuk baru nak
berjalan. Bila di suruh baru nak buat kerja. That’s why kita punya cheers
hancur, sebab saya gagal memimpin anda (student baru). Bila dalam dewan
besar,kolej-kolej lain semuanya buat cheers tapi kolej kita pula senyap menyepi
macam tak wujud je. Secara tidak langsung ini mengukuhkan lagi statement "Kolej 17 Kolej nerd". Mohon ribuan
kemaafan kepada barisan fasilitator kerana banyak menyusah kan akak-akak dan
abang-abang sekalian sebab saya tak menjalankan tugas sebagai penghulu seperti
kumpulkan pelajar and so on, kasihan barisan fasilitator terpaksa menjalankan
tugan yg seharusnya dijalankan oleh seorang penghulu. Ternyata saya ni good for nothing , apa pun tak boleh daa,
suruh buat cheers pun hancur, suruh kumpulkan pelajar pun tak boleh. Series
betul2 kecewa dengan diri sendiri, kalau boleh putarkan masa ini nak aje betul
kan semua kesalahan tu tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Akhir kata,
sekali lagi saya memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak lansung dalam menjalan kan Minggu Perkasa Putra bagi Kolej 17, harap anda
dapat maafkan diri ini. Sekian terima kasih.
p/s : ini adalah
teks ucapan yang telah sekian lamaku siapkan
tapi sayang ucapan ini tidak mampuku ucapkan.
Mode: budget nak sedih
+ tacink2 sikit.
1 comments:
xpe la khalid... blaja dr pengalaman... siape kate jd ketua ni mudah??? aq da bnyk mengalaminye... 1st time jd ketua mmg teruk... tp, kite blaja dr kesilapan...
Post a Comment