skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ▼ October (4)
      • KELUARGA 17
      • SAY A FEW THINGS ABOUT YOUR PAST
      • Amanah Dalam Bersahabat
      • Hipokritkah Aku??
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Tuesday, 4 October 2011

Amanah Dalam Bersahabat


                 Assalammualaikum , salam sejahtera, salam inspirasi dan salam 1 Malaysia. Entri kali ini agak terpesong sedikit daripada tema blog , kali ni nak berkongsi dengan anda sekalian mengenai satu artikel  yang terdapat dalam sebuah buku yang baru dibaca baru-baru ini. Artikel ini berjudul 'Amanah Dalam Bersahabat' agak bermakna sebab perkataan sahabat bukan suatu yang asing buat kita hari ini. Ikutilah artikel ini yang di-copy sejibik seperti yang terdapat di dalam buku.

                                                              ***************************************
Amanah Dalam Bersahabat.

Amanah sememangnya sering dikaitkan dengan kepercayaan. Ia juga amat rapat dengan iman sesorang Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman.

        Lawan bagi amanah ialah khianat, iaitu salah satu ciri kemunafikan dan secara langsungnya termasuk dalam ciri kekafiran. Bahasa Inggeris disebut sebagai betray dan perbuatan ini adalah hina di sisi Allah s.w.t.
        Memperkatakan tentang amanah ini sebenarnya adalah luas skopnya. Ambil satu sahaja contoh yang rapat dengan kita iaitu amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya jiwa untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat.
         Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "seseorang itu adalah bersama dengan orang yand dikasihi." sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
          Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, "Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai 2 sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."
          Jadi sebagai seoarng Mukmin yang memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, usah berlebih juga usah berkurang, Insya-Allah.-copied from GenQ Isu 2

                                                   ***********************************************

sumber rujukan

Sebagai penutup bicara, sama-samalah kita renungkan sejenak mengenai artikel di atas. Adakah kita sudah cukup Amanah Dalam Bersahabat? Terima kasih kerna sudi singgah, sekian~

Posted by khalid kadir at 21:51

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod