skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ▼ June (6)
      • jangan mencari terlalu sempurna..
      • tugas bermula..
      • sesungguhnya aku bukan photogenic
      • Selamat Hari Bapa
      • jawapan..
      • BIOMED FAMILY DINNER
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 4 June 2012

jawapan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entri kali ini merupakan kesinambungan daripada entri sebelum ini ;  to be or not to be

"Kringggg!!!!!!!!", deringan telefon memecah keheningan malam. Tertera nama dan nombor telefon Dr yang aku kenal terpapar di skrin telefon. Tiba-tiba hatiku berdebar untuk menganggat panggilan tersebut. Deringan telefon terus berbunyi seolah meronta-ronta untuk diangkat. Debaran kian terasa. Bermacam persoalan mula bermain diminda. Ku biarkan deringan itu mati begitu saja. Kemudian diriku diselubungi rasa bersalah berbuat demikian lantas ku menghubungi kembali si pemanggil. "assalamualaikum khalid, nie Dr nie, busy ke??..  Bla bla bla (xingat apa yg Dr cakap).. Saya letak awak kat blok la ea, blok xsusah kan? Lagi satu awak nak apa?" "ikut Dr la apa yang terbaik untuk saya, untuk yang kedua tu ICT pun boleh (pe mimpi terkeluar lak Ict)".. Saat itu aku teringat tempoh 24jam yang diberikan oleh Dr untuk aku membuat keputusan. Aku biarkan tempoh itu berlalu begitu saja tanpa sebarang jawapan. Ku kira mereka akan menganggap jawapan ku masih sama sewaktu temuduga tapi ternyata sangkaan ku silap.

Selepas menamatkan perbualan aku terkesima seketika.. Sedetik kemudian  aku terus menjerit ," OOOHH TIDAKKK!!" kearah housemate2 ku.. Aku terus menceritakan kepada mereka. "kan, engkau mengelak macam mana sekali pun benda tu tetap akan ke arah engkau juga, dah takdir kau.. Terima jela" kawan ku berbicara. Saat itu aku teringat kembali solat istikharah yang aku lakukan semalam. Jawapan yang aku terima cenderung untuk aku menerima namun aku cuba nafikan juga. Kini semuanya sudah terjawab. Dengan melarikan diri dari masalah bukanlah pilihan dan jalan penyelesaian. Entah mengapa setelah semuanya terjawab hatiku kembali tenang, TENANG yang aku kurang mengerti ertinya. Mungkin tenang kerana tidak perlu lagi aku mengelak dari persoalan yang kerap memburu aku seperti sang harimau yang sedang mengejar mangsanya. Adakah aku sudah berjaya menjinakkan sang harimau?? Itu belum pasti.. Aku Cuma agak sedikit kecewa dengan sikap beberapa sahabat2 ku. Saat aku menyatakan "TIDAK", keesokan harinya merupakan hari yang 'menyeksakan' bagi aku, mahu taknya. Mereka seolah tidak boleh menghormati keputusan aku lantas tidak mahu bertegur, bersapa dan segala bagai. Ada yang membuat muka masam mencuka seolah-olah aku ni buat kesalahan yang tidak boleh dimaafkan sampaikan aku nak keluar rumah pun rasa tak selesa. Detik itu hati kecil ini berbicara, 'inikah sikap pemimpin? Tidak menghormati keputusan orang? Jikalau aku ditempat mereka sebolehnya harap dijauhkan sikap sebegitu' . Saat getir itu juga lah hanya segelentir yang memahami aku dan menasihati aku, malah turut mendoakan yang terbaik bagiku.terima kasih wahai teman. Engkau ada disaat aku perlukan sokongan.



************* hari watikah perlantikan ***********


Saat ikrar dilafazkan ketika watikah, bahu terasa dihempap oleh batu besar dek kerana besarnya tanggungjawab yang bakal dipikul. Tika diumumkan aku menerima jawatan sekretariat sukan, aku seakan sukar untuk percaya dan hanya mampu menarik nafas sedalam yang mungkin. Seminggu sebelum watikah perlantikan, aku ada mendengar khabar angin yang aku akan mendapat jawatan ini,  ini dikukuhkan lagi pabila sahabat ku memberi beberapa hind mengenai sukan. Aku ni jenis yang cepat tangkap so senang je aku dapat meneka dan sememangnya ia betul. Tapi aku cuba untuk nafikan seboleh-bolehnya. Mana mungkin orang macam aku yang jarang bersukan boleh dapat jawatan sebegitu rupa dan aku cuba berpegang dengan kata-kata Dr tempoh hari ~ "saya letak nama awak dekat blok la ea, blok tak susah kan?..."  tapi ternyata aku terpedaya, haha..  Aku pun tak tahu dari sudut mana mereka-mereka ini melihat yang aku ni boleh buat kerja. Sedangkan masa orentasi hari tu dah terang lagi bersuluh yang aku gagal jalankan tugas sebagai seorang penghulu. Memang benar ada yang menyatakan itu baru minggu pertama aku disini tapi macam mana plak kat peringkat kelab? Kat peringkat kelab pun aku dah gagal,lagi-lagi pasal baju kelab tu haa. SATU KEGAGALAN! Yang ku kira berpunca dari aku dan ini bukan minggu pertama aku disini..

Saat aku menoleh ke belakang, aku melihat banyak KEGAGALAN yang telah tercipta dan belum ada satu pun sinar KEJAYAAN disitu. Aku mulai pasrah.. Kegagalan- kegagalan ini seperti menghantui aku sehingga aku meragui kemampuan diri sendiri.  Ramai yang kata ini proses pembelajaran. BELAJAR, BELAJAR dan BELAJAR.. Itulah perkataan yang acap kali diucapkan tika menempuh sesuatu yang baru lagi asing. Sedetik kemudian aku berfikir, bila berbicara mengenai amanah dan tanggungjawab, ia sesuatu yang amat berat untuk dipikul. Semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Cukupkah hanya sekadar menjawab ' ini proses pembelajaran??' disana kelak..  Seriesly aku tidak memandang enteng benda nih dan menjadi satu cabaran bagi aku untuk mengekalkan rekod terbaik kolej diperingkat sukan saat ini. Aku sahut cabaran ini (saja nak sejukkan hati sendiri )

Aku hanya mampu berdoa kepada Ilahi agar ditabahkan hati ini dalam menempuh hari-hari mendatang. Agar kesibukan yang  akan berlaku tidak menjauhkan aku kepada pencipta malah mendekatkan lagi diri ini kepada-NYA. Harap dipermudahkan segala urusan..
  


Posted by khalid kadir at 16:37

3 comments:

Unknown said...

bila kita fikir tentang tanggungjawab memang berat kita nak bwk.... tp, kita cuba utk lakukan yg terbaik... yg penting kita dah cuba utk lakukan... jgnlah kita terus mengabaikan apa yg telah di beri kpd kita...

lg satu, jgn ko anggap yg kegagalan tu akan terus menimpa diri ko... jdkan kegagalan itu satu motivasi buat ko utk terus menempa kejayaan... aku tahu ko boleh...

5 June 2012 at 08:17
Afifah Ahmad said...

Allah tak akn mmbebani hmbaNya dgn sesuatu di luar kmampuannya :) All the best!

7 June 2012 at 11:01
khalid kadir said...

thanks kawan2 =)

8 June 2012 at 04:01

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod