"Kringggg!!!!!!!!", deringan telefon
memecah keheningan malam. Tertera nama dan nombor telefon Dr yang aku kenal
terpapar di skrin telefon. Tiba-tiba hatiku berdebar untuk menganggat panggilan
tersebut. Deringan telefon terus berbunyi seolah meronta-ronta untuk diangkat. Debaran
kian terasa. Bermacam persoalan mula bermain diminda. Ku biarkan deringan itu
mati begitu saja. Kemudian diriku diselubungi rasa bersalah berbuat demikian
lantas ku menghubungi kembali si pemanggil.
"assalamualaikum khalid, nie Dr nie, busy ke??.. Bla bla bla (xingat apa yg Dr cakap).. Saya
letak awak kat blok la ea, blok xsusah kan? Lagi satu awak nak apa?"
"ikut Dr la apa yang terbaik untuk saya, untuk yang kedua tu ICT pun boleh
(pe mimpi terkeluar lak Ict)".. Saat itu aku teringat tempoh 24jam
yang diberikan oleh Dr untuk aku membuat keputusan. Aku biarkan tempoh itu
berlalu begitu saja tanpa sebarang jawapan. Ku kira mereka akan menganggap
jawapan ku masih sama sewaktu temuduga tapi ternyata sangkaan ku silap.
Selepas menamatkan
perbualan aku terkesima seketika.. Sedetik kemudian aku terus menjerit ," OOOHH TIDAKKK!!" kearah housemate2 ku..
Aku terus menceritakan kepada mereka. "kan,
engkau mengelak macam mana sekali pun benda tu tetap akan ke arah engkau juga,
dah takdir kau.. Terima jela" kawan ku berbicara. Saat itu aku
teringat kembali solat istikharah yang aku lakukan semalam. Jawapan yang aku
terima cenderung untuk aku menerima namun aku cuba nafikan juga. Kini semuanya
sudah terjawab. Dengan melarikan diri dari masalah bukanlah pilihan dan jalan
penyelesaian. Entah mengapa setelah semuanya terjawab hatiku kembali tenang, TENANG yang aku kurang mengerti ertinya.
Mungkin tenang kerana tidak perlu lagi aku mengelak dari persoalan yang kerap
memburu aku seperti sang harimau yang sedang mengejar mangsanya. Adakah aku
sudah berjaya menjinakkan sang harimau?? Itu belum pasti.. Aku Cuma agak
sedikit kecewa dengan sikap beberapa sahabat2 ku. Saat aku menyatakan "TIDAK", keesokan harinya merupakan hari
yang 'menyeksakan' bagi aku, mahu taknya.
Mereka seolah tidak boleh menghormati keputusan aku lantas tidak mahu bertegur,
bersapa dan segala bagai. Ada yang membuat muka masam mencuka seolah-olah aku
ni buat kesalahan yang tidak boleh dimaafkan sampaikan aku nak keluar rumah pun
rasa tak selesa. Detik itu hati kecil ini berbicara, 'inikah sikap pemimpin? Tidak menghormati keputusan orang? Jikalau aku
ditempat mereka sebolehnya harap dijauhkan sikap sebegitu' . Saat getir
itu juga lah hanya segelentir yang memahami aku dan menasihati aku, malah turut
mendoakan yang terbaik bagiku.terima kasih wahai teman. Engkau ada disaat aku
perlukan sokongan.
************* hari
watikah perlantikan ***********
Saat ikrar
dilafazkan ketika watikah, bahu terasa dihempap oleh batu besar dek kerana
besarnya tanggungjawab yang bakal dipikul. Tika diumumkan aku menerima jawatan
sekretariat sukan, aku seakan sukar untuk percaya dan hanya mampu menarik nafas
sedalam yang mungkin. Seminggu sebelum watikah perlantikan, aku ada mendengar
khabar angin yang aku akan mendapat jawatan ini, ini dikukuhkan lagi pabila sahabat ku memberi
beberapa hind mengenai sukan. Aku ni
jenis yang cepat tangkap so senang je aku dapat meneka dan sememangnya ia
betul. Tapi aku cuba untuk nafikan seboleh-bolehnya. Mana mungkin orang macam
aku yang jarang bersukan boleh dapat jawatan sebegitu rupa dan aku cuba berpegang
dengan kata-kata Dr tempoh hari ~ "saya
letak nama awak dekat blok la ea, blok tak susah kan?..." tapi ternyata aku terpedaya,
haha.. Aku pun tak tahu dari sudut mana
mereka-mereka ini melihat yang aku ni boleh buat kerja. Sedangkan masa orentasi
hari tu dah terang lagi bersuluh yang aku gagal jalankan tugas sebagai seorang
penghulu. Memang benar ada yang menyatakan itu baru minggu pertama aku disini
tapi macam mana plak kat peringkat kelab? Kat peringkat kelab pun aku dah
gagal,lagi-lagi pasal baju kelab tu haa. SATU
KEGAGALAN! Yang ku kira berpunca dari aku dan ini bukan minggu pertama
aku disini..
Saat aku menoleh ke
belakang, aku melihat banyak KEGAGALAN
yang telah tercipta dan belum ada satu pun sinar KEJAYAAN
disitu. Aku mulai pasrah.. Kegagalan- kegagalan ini seperti menghantui aku
sehingga aku meragui kemampuan diri sendiri.
Ramai yang kata ini proses pembelajaran. BELAJAR,
BELAJAR dan BELAJAR.. Itulah
perkataan yang acap kali diucapkan tika menempuh sesuatu yang baru lagi asing.
Sedetik kemudian aku berfikir, bila berbicara mengenai amanah dan
tanggungjawab, ia sesuatu yang amat berat untuk dipikul. Semuanya akan
dipersoalkan di akhirat kelak. Cukupkah hanya sekadar menjawab ' ini proses pembelajaran??' disana
kelak.. Seriesly aku tidak memandang
enteng benda nih dan menjadi satu cabaran bagi aku untuk mengekalkan rekod
terbaik kolej diperingkat sukan saat ini. Aku sahut cabaran ini (saja nak
sejukkan hati sendiri )
Aku hanya mampu
berdoa kepada Ilahi agar ditabahkan hati ini dalam menempuh hari-hari
mendatang. Agar kesibukan yang akan
berlaku tidak menjauhkan aku kepada pencipta malah mendekatkan lagi diri ini
kepada-NYA. Harap dipermudahkan segala urusan..
3 comments:
bila kita fikir tentang tanggungjawab memang berat kita nak bwk.... tp, kita cuba utk lakukan yg terbaik... yg penting kita dah cuba utk lakukan... jgnlah kita terus mengabaikan apa yg telah di beri kpd kita...
lg satu, jgn ko anggap yg kegagalan tu akan terus menimpa diri ko... jdkan kegagalan itu satu motivasi buat ko utk terus menempa kejayaan... aku tahu ko boleh...
Allah tak akn mmbebani hmbaNya dgn sesuatu di luar kmampuannya :) All the best!
thanks kawan2 =)
Post a Comment