Assalamualaikum dan
salam sejahtera pembuka bicara..
Alhamdulillah
bersyukur kehadrat ilahi dengan izin-NYA program yang dianjurkan oleh Kelab
Bioperubatan iaitu Biomed Family Dinner 2012 telah berlangsung dengan lancar
walaupun ada sedikit cacat cela. Terima
kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program samada secara langsung
mahupun tidak. Ini adalah julung-julung
kalinya kelab Bioperubatan mengadakan makan malam bersama di hotel bertaraf 3
bintang!
Nak dijadikan cerita
pada 31 mei yang lepas Biomed Family Dinner telah berlangsung di The Mines
Wellness Hotel yang turut dihadiri oleh beberapa Prof dan Dr dari Jabatan
Bioperubatan. Makan malam ini bertemakan 'RAINBOW DELIGHT'. Objektif utama
makan malam ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir
Bacelor Sains Bioperubatan disamping mengeratkan hubungan diantara pelajar dan
pensyarah.
Antara gambar-gambar
malam kejadian:
|
Biomed FAMILY!! |
|
ni la senior-senior kami, time makan sempat lagi bergambar tuh.. |
|
persembahan istimewa dari mereka yang identitinya dirahsiakan, haha |
|
kek simbolik Kelab Bioperubatan disponsor khas oleh senior kami, cantik dan sedap!! |
|
pelajar tahun akhir: mereka yang diraikan |
|
senior tahun 3 =) |
|
penyambut tetamu??? yang rambut afro tu pelajar paling popular =) |
|
tahun 1 + tahun 2 |
|
pemenag king and queen of the night; abg syami and kak temah |
|
bertopi: pojie, tengah : Dr Suhaili, dan yang sorang lagi tu, fikri (seorang yg pemalu, huhu)
|
Akhir kata, kami dari barisan ajk yang menganjurkan program memohon ribuan
kemaafan sekiranya terdapat silap dan salah sepanjang program
berlangsung.
|
antara ajk yang menjayakan program =)
NOTA RINGKAS BUAT KELUARGA BIOPERUBATAN:
harap perjumpaan kita tidak terhenti di sini dan sangat-sangat berharap kita dapat berkumpul lagi seperti ini dan pada saat itu kita betul-betul sebagai satu KELUARGA yang terdiri daripada semua pelajar tanpa mengira tahun pengajian serta pensyarah-pensyarah. Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita =)
|
1 comments:
seronok nye ko... kat sini kitorg mcm terpinggir... mentang-mentanglah kitorg sikit... bahagia ko kat sana...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/06/kutemu-cinta-nya.html
Post a Comment