Assalamualaikum dan
salam sejahtera pembuka bicara..
Masa untuk menulis
lagi dan lagi. Coretan daripada pengalaman kini kembali. Entri kali ini
merupakan pengalaman 2 minggu lepas, sesi bergambar untuk mtm yang baru
dilantik. Haa.. Bila bercakap pasal gambar ni memang aku akui aku ni tak reti
nak 'beraksi' didepan kamera dan sesungguhnya aku bukan photogenic! Aku ni agak
fobia sikit bila berdepan dengan kamera atas alasan gambar2 aku tak pernah nak
menjadi dan kalau jadi pun sebab nasib.
Nak dijadikan
cerita, bermula lah perjalanan kami pada petang yang agak tenang menuju ke
destinasi 'bergambar'..
Saat di kedai
gambar, semua cam eksited terlebih nak bergambar kecuali aku dan aku kira
hormon adrenaline sudah terlebih-lebih dirembeskan! Berdebar bukan main dan kalau boleh biarlah
aku menjadi orang terakhir sekali yang bergambar namun apakan daya, huhu.. Bila
tiba time aku, gelabah bukan main. Yela,
bayangkan aku naik moto dan semestinya pakai helmet dan bila pakai helmet
rambut jadi kusut masai dan bila rambut kusut masai, paham2 la macam mana
gambar itu bakal terhasil. Dan bila gambar itu terhasil nanti, semua orang akan
tengok gambar aku yang terpampang kat board kafe selama setahun! Oh!! Tak boleh
nak bayangkan macam mana keadaan itu nanti. Haha.. Aku nie terlampau memandang
ke hadapan kan. Gambar aku, so haruslah! :p
Seriesly aku memang
losseerrr giler bila bab bergambar. Orang lain snap 3 kali je. Sampai giliran
aku sampai 7-8 kali kena snap, hoho nasib baik tak kena bayar lebih. Snap
banyak kali tapi yang menjadi 2 je, yang lain tu hancuss.. Mahu taknya, aku dah
tak reti nak posing2 ni, pastu boleh pula camera man suruh pusing, dongak dan
senyum. Senyum menjadi masalah besar bagi aku sebab aku tak reti nak senyum2
pakse depan kamera nie.. Its come naturally okay.. Bila flash je aku pejam mata
(silau meyh), haha.. Mahu tak hancur gambar tuh.
Inilah hasilnya:
![]() |
ini dia gambar mtm sukan, lawak! takde ciri sukan langsung, haha |
komen gambar:
- Rambut kusut masai
- muka senyum tak jadi sebab tak reti nak senyum, haha
- muka skema gilerrr! lawal lol, aku sendiri tengok pun dah tak boleh blah

0 comments:
Post a Comment