skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ▼ June (6)
      • jangan mencari terlalu sempurna..
      • tugas bermula..
      • sesungguhnya aku bukan photogenic
      • Selamat Hari Bapa
      • jawapan..
      • BIOMED FAMILY DINNER
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 18 June 2012

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

*entri khas Hari Bapa (rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada)

Ini kisah Ali (watak rekaan)..

***************************************************

Hari ini  merupakan hari bapa. Sejujur-jujurnya Ali seperti tidak tahu pun bila Hari Bapa ini diraikan dan kebetulan saat itu dia  dalam perjalanan menuju ke rumahnya yang telah lama ditinggalkan sejak pemergiannya ke mesir. Radio pada waktu itu sedang rancak di mainkan. Kemudian kedengaran suara DJ radio mencelah lalu membaca ucapan-ucapan khas sempena Hari Bapa. Detik itu baru Ali seakan-akan dihantuk oleh objek keras.. Ohh! Hari ini hari bapa rupanya.. Seolah-olah hari ini kurang memberi makna buat dirinya. Suasana di dalam kereta tiba-tiba menjadi senyap, hanya kedengaran suara DJ menyampaikan ucapan-ucapan khas itu. Detik itu jua lah kenangan lalu menyinggah pada waktu yang tidak diundang. Di tengah-tengah perasaan yang masih kecewa + sedih selepas kecundang di medan peperiksaan. Kenapa kau harus hadir menambahkan pilu wahai KENANGAN?? Kali ini dia pejam mata, cuba menghalau KENANGAN itu. Hormon prolaktin dirembeskan. Matanya terasa panas dan mula berair. Dia seluk poket, ah spoil! Takda tisu! Air mata jernih mulai kelihatan..

Kini Ali sudah berusia 20-an dan sudah hampir 10 tahun dia ditinggalkan oleh insan yang bergelar 'AYAH'. Namun insan itu masih segar diingatannya. A.Y.A.H.,perkataan yang acap kali disinggah di telinganya saat bersama dengan rakan-rakan. 'Ayah aku ajar aku bawak moto', 'Ayah aku bawa aku pergi memancing' dan bla-bla.. Jauh disudut hatinya, dia cukup cemburu dengan rakan-rakannya.. " Bagaimana dengan AYAH aku??" bisik hati kecilnya. Dia akur walaupun kian meningkat dewasa dan bakal mendirikan rumah tangga, dia masih dahagakan kasih sayang seorang AYAH. Dahaganya seperti perantau yang kehausan di tengah-tengah padang pasir. Ditenungnya tingkap kereta dengan pandangan kosong. "aku bertekad akan belajar sehabis baik, bila aku dah berjaya kelak akanku cari dirimu wahai AYAH.. Akanku peluk engkau seerat yang mungkin!", janji hatinya.. 'Selamat Hari Bapa wahai ayahku' bisik hatinya lagi.


SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR BAPA DILUAR SANA =)




Posted by khalid kadir at 02:20

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod