skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ▼ 2018 (1)
    • ▼ November (1)
      • Kembali menulis?
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 18 June 2012

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

*entri khas Hari Bapa (rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada)

Ini kisah Ali (watak rekaan)..

***************************************************

Hari ini  merupakan hari bapa. Sejujur-jujurnya Ali seperti tidak tahu pun bila Hari Bapa ini diraikan dan kebetulan saat itu dia  dalam perjalanan menuju ke rumahnya yang telah lama ditinggalkan sejak pemergiannya ke mesir. Radio pada waktu itu sedang rancak di mainkan. Kemudian kedengaran suara DJ radio mencelah lalu membaca ucapan-ucapan khas sempena Hari Bapa. Detik itu baru Ali seakan-akan dihantuk oleh objek keras.. Ohh! Hari ini hari bapa rupanya.. Seolah-olah hari ini kurang memberi makna buat dirinya. Suasana di dalam kereta tiba-tiba menjadi senyap, hanya kedengaran suara DJ menyampaikan ucapan-ucapan khas itu. Detik itu jua lah kenangan lalu menyinggah pada waktu yang tidak diundang. Di tengah-tengah perasaan yang masih kecewa + sedih selepas kecundang di medan peperiksaan. Kenapa kau harus hadir menambahkan pilu wahai KENANGAN?? Kali ini dia pejam mata, cuba menghalau KENANGAN itu. Hormon prolaktin dirembeskan. Matanya terasa panas dan mula berair. Dia seluk poket, ah spoil! Takda tisu! Air mata jernih mulai kelihatan..

Kini Ali sudah berusia 20-an dan sudah hampir 10 tahun dia ditinggalkan oleh insan yang bergelar 'AYAH'. Namun insan itu masih segar diingatannya. A.Y.A.H.,perkataan yang acap kali disinggah di telinganya saat bersama dengan rakan-rakan. 'Ayah aku ajar aku bawak moto', 'Ayah aku bawa aku pergi memancing' dan bla-bla.. Jauh disudut hatinya, dia cukup cemburu dengan rakan-rakannya.. " Bagaimana dengan AYAH aku??" bisik hati kecilnya. Dia akur walaupun kian meningkat dewasa dan bakal mendirikan rumah tangga, dia masih dahagakan kasih sayang seorang AYAH. Dahaganya seperti perantau yang kehausan di tengah-tengah padang pasir. Ditenungnya tingkap kereta dengan pandangan kosong. "aku bertekad akan belajar sehabis baik, bila aku dah berjaya kelak akanku cari dirimu wahai AYAH.. Akanku peluk engkau seerat yang mungkin!", janji hatinya.. 'Selamat Hari Bapa wahai ayahku' bisik hatinya lagi.


SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR BAPA DILUAR SANA =)




Posted by khalid kadir at 02:20 0 comments

Monday, 4 June 2012

jawapan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entri kali ini merupakan kesinambungan daripada entri sebelum ini ;  to be or not to be

"Kringggg!!!!!!!!", deringan telefon memecah keheningan malam. Tertera nama dan nombor telefon Dr yang aku kenal terpapar di skrin telefon. Tiba-tiba hatiku berdebar untuk menganggat panggilan tersebut. Deringan telefon terus berbunyi seolah meronta-ronta untuk diangkat. Debaran kian terasa. Bermacam persoalan mula bermain diminda. Ku biarkan deringan itu mati begitu saja. Kemudian diriku diselubungi rasa bersalah berbuat demikian lantas ku menghubungi kembali si pemanggil. "assalamualaikum khalid, nie Dr nie, busy ke??..  Bla bla bla (xingat apa yg Dr cakap).. Saya letak awak kat blok la ea, blok xsusah kan? Lagi satu awak nak apa?" "ikut Dr la apa yang terbaik untuk saya, untuk yang kedua tu ICT pun boleh (pe mimpi terkeluar lak Ict)".. Saat itu aku teringat tempoh 24jam yang diberikan oleh Dr untuk aku membuat keputusan. Aku biarkan tempoh itu berlalu begitu saja tanpa sebarang jawapan. Ku kira mereka akan menganggap jawapan ku masih sama sewaktu temuduga tapi ternyata sangkaan ku silap.

Selepas menamatkan perbualan aku terkesima seketika.. Sedetik kemudian  aku terus menjerit ," OOOHH TIDAKKK!!" kearah housemate2 ku.. Aku terus menceritakan kepada mereka. "kan, engkau mengelak macam mana sekali pun benda tu tetap akan ke arah engkau juga, dah takdir kau.. Terima jela" kawan ku berbicara. Saat itu aku teringat kembali solat istikharah yang aku lakukan semalam. Jawapan yang aku terima cenderung untuk aku menerima namun aku cuba nafikan juga. Kini semuanya sudah terjawab. Dengan melarikan diri dari masalah bukanlah pilihan dan jalan penyelesaian. Entah mengapa setelah semuanya terjawab hatiku kembali tenang, TENANG yang aku kurang mengerti ertinya. Mungkin tenang kerana tidak perlu lagi aku mengelak dari persoalan yang kerap memburu aku seperti sang harimau yang sedang mengejar mangsanya. Adakah aku sudah berjaya menjinakkan sang harimau?? Itu belum pasti.. Aku Cuma agak sedikit kecewa dengan sikap beberapa sahabat2 ku. Saat aku menyatakan "TIDAK", keesokan harinya merupakan hari yang 'menyeksakan' bagi aku, mahu taknya. Mereka seolah tidak boleh menghormati keputusan aku lantas tidak mahu bertegur, bersapa dan segala bagai. Ada yang membuat muka masam mencuka seolah-olah aku ni buat kesalahan yang tidak boleh dimaafkan sampaikan aku nak keluar rumah pun rasa tak selesa. Detik itu hati kecil ini berbicara, 'inikah sikap pemimpin? Tidak menghormati keputusan orang? Jikalau aku ditempat mereka sebolehnya harap dijauhkan sikap sebegitu' . Saat getir itu juga lah hanya segelentir yang memahami aku dan menasihati aku, malah turut mendoakan yang terbaik bagiku.terima kasih wahai teman. Engkau ada disaat aku perlukan sokongan.



************* hari watikah perlantikan ***********


Saat ikrar dilafazkan ketika watikah, bahu terasa dihempap oleh batu besar dek kerana besarnya tanggungjawab yang bakal dipikul. Tika diumumkan aku menerima jawatan sekretariat sukan, aku seakan sukar untuk percaya dan hanya mampu menarik nafas sedalam yang mungkin. Seminggu sebelum watikah perlantikan, aku ada mendengar khabar angin yang aku akan mendapat jawatan ini,  ini dikukuhkan lagi pabila sahabat ku memberi beberapa hind mengenai sukan. Aku ni jenis yang cepat tangkap so senang je aku dapat meneka dan sememangnya ia betul. Tapi aku cuba untuk nafikan seboleh-bolehnya. Mana mungkin orang macam aku yang jarang bersukan boleh dapat jawatan sebegitu rupa dan aku cuba berpegang dengan kata-kata Dr tempoh hari ~ "saya letak nama awak dekat blok la ea, blok tak susah kan?..."  tapi ternyata aku terpedaya, haha..  Aku pun tak tahu dari sudut mana mereka-mereka ini melihat yang aku ni boleh buat kerja. Sedangkan masa orentasi hari tu dah terang lagi bersuluh yang aku gagal jalankan tugas sebagai seorang penghulu. Memang benar ada yang menyatakan itu baru minggu pertama aku disini tapi macam mana plak kat peringkat kelab? Kat peringkat kelab pun aku dah gagal,lagi-lagi pasal baju kelab tu haa. SATU KEGAGALAN! Yang ku kira berpunca dari aku dan ini bukan minggu pertama aku disini..

Saat aku menoleh ke belakang, aku melihat banyak KEGAGALAN yang telah tercipta dan belum ada satu pun sinar KEJAYAAN disitu. Aku mulai pasrah.. Kegagalan- kegagalan ini seperti menghantui aku sehingga aku meragui kemampuan diri sendiri.  Ramai yang kata ini proses pembelajaran. BELAJAR, BELAJAR dan BELAJAR.. Itulah perkataan yang acap kali diucapkan tika menempuh sesuatu yang baru lagi asing. Sedetik kemudian aku berfikir, bila berbicara mengenai amanah dan tanggungjawab, ia sesuatu yang amat berat untuk dipikul. Semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Cukupkah hanya sekadar menjawab ' ini proses pembelajaran??' disana kelak..  Seriesly aku tidak memandang enteng benda nih dan menjadi satu cabaran bagi aku untuk mengekalkan rekod terbaik kolej diperingkat sukan saat ini. Aku sahut cabaran ini (saja nak sejukkan hati sendiri )

Aku hanya mampu berdoa kepada Ilahi agar ditabahkan hati ini dalam menempuh hari-hari mendatang. Agar kesibukan yang  akan berlaku tidak menjauhkan aku kepada pencipta malah mendekatkan lagi diri ini kepada-NYA. Harap dipermudahkan segala urusan..
  


Posted by khalid kadir at 16:37 3 comments

Saturday, 2 June 2012

BIOMED FAMILY DINNER


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan izin-NYA program yang dianjurkan oleh Kelab Bioperubatan iaitu Biomed Family Dinner 2012 telah berlangsung dengan lancar walaupun ada sedikit cacat cela.  Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program samada secara langsung mahupun tidak.  Ini adalah julung-julung kalinya kelab Bioperubatan mengadakan makan malam bersama di hotel bertaraf 3 bintang!



Nak dijadikan cerita pada 31 mei yang lepas Biomed Family Dinner telah berlangsung di The Mines Wellness Hotel yang turut dihadiri oleh beberapa Prof dan Dr dari Jabatan Bioperubatan. Makan malam ini bertemakan 'RAINBOW DELIGHT'. Objektif utama makan malam ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir Bacelor Sains Bioperubatan disamping mengeratkan hubungan diantara pelajar dan pensyarah. 


Antara gambar-gambar malam kejadian:

Biomed FAMILY!!


ni la senior-senior kami, time makan sempat lagi bergambar tuh..

persembahan istimewa dari mereka yang identitinya dirahsiakan, haha
kek simbolik Kelab Bioperubatan disponsor khas oleh senior kami, cantik dan sedap!!

pelajar tahun akhir: mereka yang diraikan

senior tahun 3 =)


penyambut tetamu??? yang rambut afro tu pelajar paling popular =)

tahun 1 + tahun 2

pemenag king and queen of the night; abg syami and kak temah 

bertopi: pojie, tengah : Dr Suhaili, dan yang sorang lagi tu, fikri (seorang yg pemalu, huhu)



Akhir kata, kami dari barisan ajk yang menganjurkan program memohon ribuan kemaafan  sekiranya terdapat silap dan salah sepanjang program berlangsung.


antara ajk yang menjayakan program =)


NOTA RINGKAS BUAT KELUARGA BIOPERUBATAN:
harap perjumpaan kita tidak terhenti di sini dan sangat-sangat berharap kita dapat berkumpul lagi seperti ini dan pada saat itu kita betul-betul sebagai satu KELUARGA yang terdiri daripada semua pelajar tanpa mengira tahun pengajian serta pensyarah-pensyarah. Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita =)





Posted by khalid kadir at 10:48 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod