skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2013 (33)
    • ▼ November (2)
      • Sifat Mulia Anjing
      • Hujan
    • ► September (5)
      • Kesan zikir
      • THE END..
      • Tips belajar
      • Cerita si kecil
      • The reason WHY..
    • ► August (2)
      • Masalah time Raya
      • Te-booooo..
    • ► July (1)
      • Semanis kurma, seindah Ramadhan..
    • ► June (3)
      • Guideline untuk bakal suami
      • Salah faham
      • Sensitiviti kian pudar :'(
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 4 November 2013

Sifat Mulia Anjing

Assalamualaikum =)
Sekiranya terserempak dengan anjing/dog, usahlah dibaling dengan batu dan buanglah pandangan jijik mu itu terhadap binatang ini. Pandanglah dari kaca mata seorang muslim, mesti ada hikmah setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Sesungguhnya Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing itu ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin. Read and head..

Pertama :
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya
-Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
-Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris
-Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
-Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
-Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja.
-Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.
-Inilah tanda-tanda orang yang susah.


Kesimpulan yang harus kita ambil dari petikan di atas. Walaupun anjing ni dikategorikan sebagai najis berat, tapi ada juga hikmah dijadikan oleh-Nya supaya kita ambil iktibar. Hebatnya ciptaan Allah.


Posted by khalid kadir at 15:00 0 comments

Sunday, 3 November 2013

Hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, masa untuk menulis dan berkongsi kini kembali setelah sekian lama menyepi. Gunakan waktu terluang ini sebaiknya =)
Terdetik untuk menulis entri mengenai hujan setelah acap kali titisan hujan gugur menyembah bumi membuktikan kebesaran yang maha Esa..

AL QURAN BUKTIKAN KEBENARAN KEJADIAN HUJAN

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur (24) ayat 43 iaitu "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak pelahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya betompok-tompok, lalu engkau lihat dari celah-celahannya dan Dia menurunkan hujan baru dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-ganang, maka ditimpaNya (butiran-butiran hujan batu) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya daripada siapa yang yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir menghilangkan penglihatan".

Hujan terjadi kepada tiga tahap

Tahap pertama : Awan-awan kecil yang ditiup angin. 
Tahap kedua : Awan-awan kecil bergabung lalu membentuk awan lebih besar
Tahap ketiga : Awan-awan itu bergerak itu kemudian bergerak ke atas, bahagian tengah kumpulan awan itu bergerak lebih kuat daripada bahagian tepi. Gerakan ke atas ini menjadikan awan-awan berkumpul secara menegak, awam itu sampai ke bahagian langit atmosfera yang sejuk, lalu awan bertukar menjadi titisan air dan mula jatuh dalam bentuk hujan.

Ayat "dan Dia menurunkan hujan baru dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-ganang" menunjukkan kawasan gunung itu adalah kawasan tempat tinggi, iaitu kawasan sejuk. Hanya dari kawasan yang sejuk inilah akan membentuk titisan hujan. Untuk membentuk titisan hujan, awan harus beada di kawasan tinggi, paling rendah ialah 2000 meter daripada arus laut dan yang paling tinggi ialah 14 000 meter dari aras laut.

Surah ini diturunkan di Madinah Al-Munawwarah oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Sudah terbukti kebenaran wahyu Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang pendusta. Maka, mengapa ramai yang masih berpaling?


Posted by khalid kadir at 23:17 0 comments

Saturday, 21 September 2013

Kesan zikir

Assalamualaikum =)
Jom Baca! , Kesan Zikir Terhadap Otak! 

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. 

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. 

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. 
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. 

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. 

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. 

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Mari kita sama-sama mengamalkannya =)


C&P~


Posted by khalid kadir at 03:59 0 comments

Monday, 16 September 2013

THE END..

Assalamualaikum =)
Read and heed ~

Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung; terbukti melalui Teori Catur Yahudi

KETIKA ini umat islam diseluruh dunia menumpu perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin sebaliknya TANAH SUCI MEKAH dan MADINAH. Tanpa kita sedari ARAB SAUDI kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran).

TURKI Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin Islamik Erdogan, hakikatnya beliau hanya dapat bersuara tapi tidak dapat bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib dengan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN sebuah negara mundur dan miskin yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'. Rakyatnya dihasut untuk 'BANGKIT' dan dibantu dengan 'Bersungguh-sungguh' oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah@Dajjal dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun 'DISERAHKAN' kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin dan dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

Lihatlah dipeta, semua negara-negara di sekeliling Arab Saudi telah di tawan dengan secara sistematik. kesemua "buah catur" hampir ditewaskan serta MEKAH DAN MADINAH lah buah catur Raja dan Permaisuri yang akan jatuh kerana di situlah kota jantung dan hati Islam.


Telah tertulis di dalam hadis, pada akhir zaman kelak KIBLAT umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh seorang LELAKI yang berasal dari HABSYAH dan diberi kepercayaan memerintah Rom.

SIAPA LELAKI HABSYAH INI ? 

Semua sedia maklum ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya. Satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini USA iaitu BARRACK OBAMA. Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani :

"DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN. "

SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEBANGKITAN KHILAFAH DAN KIAMAT......!!!

Wallahua'lam. Tanda-tanda akhir zaman dah lama muncul dan akhir-akhir ini semakin nampak tanda-tanda kiamat kubra.

Semoga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai oleh Allah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.


Pasted from <https://www.facebook.com/KhalifahIslamMuda?ref=stream> 


Posted by khalid kadir at 15:24 0 comments

Friday, 13 September 2013

Tips belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semester baru dah selamat tiba. Mood untuk study masih slow macam budak yang baru nak belajar berjalan. Selamat menempuh semester baru buat semua yang sedang belajar diluar sana. Entri kali ni nak share sedikit tips belajar kepada semua. Harap membantu ye. Selamat beramal!

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas



C&P~

Posted by khalid kadir at 20:35 0 comments

Wednesday, 11 September 2013

Cerita si kecil

Salam.. cerita ini dipetik daripada fb seseorang. Mohon share untuk tatapan abang-abang dan kakak-kakak yang ada adik kecil. Jangan pandang rendah kemampuan anak kecil dalam berimaginasi ye.

*****************************************************
“Abang Arul?”

“Hmm?”

“Tu apa?” Suara Wawan menyuruhnya meneka.

Asrul mengalih arah pandangan dari tengah langit kosong tanpa awan ke arah hala tuju hulung telunjuk Wawan pada pasir. “Tu apa?” Dia mengulang dengan kening sedikit berkerut.

Wawan angguk dengan sengih. “Apa?”

Asrul kembali memandang serpih cengkerang laut yang hanya tinggal separuh dari jasad asalnya tu. “ Cengkerang siput laut yang dah pecah.” 

Tak ada apa yang istimewanya pun.Dah pecah.Warna dah pudar kusam.Dah nak makin menjadi serpih yang bakal bersatu dengan pasir pantai.Tak ada makna,tak ada erti.

Giliran dari Wawan pula yang berkerut. “Apa la Abang Arul ni.” Dia menjuihkan bibir. “Tak pandai la Abang Arul ni.”

Ek ena....Nak terjatuh rahang Asrul merenung Wawan.Suka-suki je dia mengata aku.Tau tak aku ni nak sambung Master?Ingat tak payah perah otak arkitek aku ni ke nak dapat sambung belajar tu?

“Tu...sebenarnya.....Coco the Crab punya kulit.” Wawan mengangguk-anggukkan kepala.Mengalahkan gaya pensyarah tengah bagi kuliah.

What the.....Coco the Crab?Coco the Crab mana pulak ni?Berkerut dahi Asrul merenung Wawan. “Coco?”

Wawan masih merenung pantai. “Coco tu duduk dalam laut dengan ummi dan babah dia.” Wawan memberitahu gaya penglipurlara buka cerita. “Ummi dengan babah dia sangat sayang Coco.Umi dengan babah dia bagi dia makan banyak-banyak tiap-tiap hari sebab nak dia cepat besar.Coco pun jadi cepat je besar.Lepas tu kan kulit dia jadi tak muat.Dah jadi ketat.”

Asrul merenung Wawan yang masih bersungguh-sungguh bercerita.Berbelah-bahagi sama ada nak terguling ketawa atau pitam mendengar cerita yang entah datang dari mana asal-usulnya tu.

“Bila kulit dia dah ketat tu,dia kena la salin kulit.Bila dia salin kulit baru,ombak dalam laut tu pun bawak lari kulit lama dia.” Wawan menuding telunjuknya ke arah ombak yang berkejaran menghempas pasir pantai di hadapan mereka. “Ombak air laut tu bawak kulit lama Coco tu jauuuuhhh dari dalam laut.” Muncung-muncung mulut Wawan nak menekankan betapa jauhnya rumah Coco tu. 

“Jauh mana?” Asrul menahan ketawa.

“Jauh la.” Wawan buat muka masam tanda tak mahu perjalanan ceritanya diganggu.

“Okay...okay....” Asrul angkat kedua belah tangan.

“Lepas tu.....” Wawan terhenti. “....kat mana tadi kita berhenti?” Dia menggaru kepala.

Uh....“Kat rumah Coco yang jauh?”

“Haa...” Wawan mengangguk-angguk. “Rumah Coco tu sangat jauh kat dasar laut.Lepas tu ombak pun bawak kulit lama Coco tu naik ke atas pantai.Masa nak naik tu habis berlanggar dengan batu karang dengan batu semua tu.Lepas tu kulit lama tu pun tersagat hancur-hancur sikit.Yang hancur-hancur tu la yang jadi pasir.” Wawan mendepangkan kedua belah tangannya menunjukkan pasir yang terbentang luas di hadapan mereka tu.

Dari serpih halus tak ada makna tu,ada cerita panjang di sebaliknya dari kaca mata seorang anak kecil rupanya.

Orang yang dah lama hidup hanya nampak pasir biasa.

Ironi.

Asrul hanya mampu memejamcelik mata.Coco the Crab,indeed.

___________________
Hanya kerana kita bernama dewasa,
tak bermakna kaca mata kita ini benar belaka.
Imaginasi dan mimpi, 
membentuk realiti.
Terima kasih kerana mendidik,
adik Wad Pediatrik.

[Hlovate]

Posted by khalid kadir at 05:03 0 comments

Tuesday, 3 September 2013

The reason WHY..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali di kopipes daripada fb seseorang dan entri ini berkait rapat dengan entri sebelum ini, sensitiviti kian pudar.. kalau malas sangat nak baca karangan yang panjang ni, terus baca perenggan terakhir. 

Once,a friend was raving about Prosperity Burger with so much enthusiasm.It was however cut short with my noncommittal,equally unenthusiastic response. 

Said friend asked for the reason behind the zombie-esque persona. And I quietly replied, 'I've never had those,and haven't had their other products in years.'

To which the said friend counter-asked, 'Oh,you're one of those who joined the boycott-bandwagon thingy,eh?'

The answering smile was tight with barely restrained emotions, 'They took away my brother.Literally'

And I am writing this,with the hope that all of you guys out there will understand.The reason WHY.
_________________________________________

Had a bad day,so bad that it was not even funny.

When I got home,a mail from Manchester was waiting in the mailbox.Unexpected.And it got the recipient misty-eyed while clutching the said mail,barely even moving from the car.

It was from the kids.
My kids.

Eiad.Eiad was the youngest.He was only 6. He looked cheeky in the picture,as any boy his age would. His orange shirt loudly stated 'All Superstars Are Girls' (made me wonder who was the one dressing him up for the photo-op), and I couldn't help the chuckles that escaped my lips.His birthday was in May 2007.His hobbies are arts,games,and watching TV.He walked to school.The distance is less than a mile. His aspiration,was to be a teacher.

The family's accommodation standard was average.And the means of support was from handouts.His father....his father died in the war.The so-called Israeli-Palestine 'conflicts' In September 2006.

Eiad was in Palestine.Still is.A young boy,aspiring to be a teacher.

I got to the next page.Dalal was looking back at me with solemn eyes.Haunted eyes that should not belong to a 10-year old.Dalal,she was the second youngest. Her birthday was in November. She loved watching TV and playing with the computer.Like Eiad, she too, wanted to be a teacher. Her teacher's comments were 'hoping that she will progress and succeed'. She walked to school, and the distance was less than a mile.

The family's accommodation standard was quite good,but the means of support from the family was also from handouts,like Eiad's.Her father died from cancer in February 2008.

Dalal was too in Palestine.Still is. With her solemn haunted eyes.

Then I got to the last one.

Aya. She was the second youngest of the three actually.Her birthday was in June.Unlike Dalal's solemn look, she had an intense,serious gaze that screamed a thousand dreams.Her hobbies were the computer and horse-riding.

Unlike Eiad and Dalal,her family did not own the house. They rented a flat. And the accommodation standard was poor.Again,the means of support for the family was from handouts.Her father died in an accident in February 2009.

Like the other two,she too walked to school. Her aspiration was to be a doctor. Her teacher enclosed her examinations results in the mail. She got As for Arabic,Art,Computing,English,Islamic Studies,Psychology,and Sports. The only B that marred the score was Science.I could barely read the next line.My lacrimal glands had vetoed emotions over vision. I was so proud of her. So proud. So so proud.

Aya,was also in Palestine.Still is.Aya, who wants to be a doctor,armed with monumental inner-strength no other average and ordinary 10-year olds possess, and armored with gargantuan determination. Aya, who scored almost a perfect score despite being against the odds in a war-torn country,despite living in a poor condition.Aya,who throws the proverbial cold bucket of water onto yours truly to snap out of the blues.

Which reminded me to the other one,the one that was not included in the mail.

Zanon.

I first saw him in November 2008.17th November 2008 to be exact.He was 15 back then.Bright-eyes,full of dreams and potential.He was smiling in the picture.A smile full of hopes for the future.His birthday was in August 1993.

Barely weeks after, on December 27th 2008,Israeli forces declared The Gaza War.Also known as Operation Cast Lead by the Israeli military forces.We called it the Gaza Massacre.Also known as the Battle of Furqan.It went on and on for weeks.Only ended in January 2009 with barely there ceasefire.

And I never heard a thing from Zanon.Ever.

They,took away my brother.

You don't have to sponsor an orphan to acknowledge them as other kids who has aspirations and dreams.They are human too.They deserve to live,happy.As much as you do.

And it is quite hard to bit back the remarks when people are gushing about the products that are contributing to the deaths of the people that you hold dear.
Your mother.Your father.Your sister.Your brother.
I've lost one.Were you the ones paying for the bullets?
If you are in my shoes,
Would you forget?Would you forgive?

May Allah bless.


Pasted from <https://www.facebook.com/hlovatehood> 

Mari boikot! Di matamu cuma remeh namun disisi Allah siapa tahu? Selamatkan dirimu dari menjadi pembunuh

Posted by khalid kadir at 11:54 0 comments

Saturday, 17 August 2013

Masalah time Raya

Assalamualaikum :-)

Selamat hari raya Aidilfitri untuk kesekian kalinya. Entri ini ditulis sebagai pengajaran dan panduan untuk diri sendiri dan umat Islam khususnya. Di kala umat Islam sedang sibuk meraikan Aidilfitri, tatkala semua orang sedang bergembira menikmati hidangan dan jamuan di rumah-rumah terbuka dan tatkala semua sanak saudara saling ziarah menziarahi bagi mengeratkan hubungan silaturahim.. Terselit disitu satu masalah.. Masalah yang aku percaya bukan aku saja yang mengalaminya. Masalah yang mungkin ramai yang pandang remeh namun ia amat berat di sisi Islam.

Masalah ni sebenarnya dah lama wujud dalam masyarakat kita dan kewujudannya kian terserlah bila tiba musim perayaan ibarat batu permata yang baru lepas kena gilap dan memantulkan cahaya yang bersinar-sinar. Begitulah bersinarnya masalah ini bila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri ini. Aku percaya ramai yang perasan akan sinaran pantulan masalah ini, namun tidak ramai yang mengambil endah akan ia malah begitu sedikit yang berani menegur membetulkan keadaan. Pokok pangkal masalah ni mudah iaitu salam. Ya, its all about salam. Walaupun perkataannya mudah namun Islam tidak pernah mengambil mudah perihal salam dalam umatnya, lagi-lagi bila berkait rapat dengan perihal bukan mahram.

Masalah ni aku dengan suka sukinya beri nama sindrom "salam-tak-ikut-hukum". Dah banyak rujukan aku rujuk, dah banyak orang aku tanya. Kononnya nak mempersiapkan diri bagi menghadapi sindrom yang dah lama menular ni namun masih jua praktikal tak semudah teori. Sekali lagi aku tewas.. Dalam kepala otak kau dah set dah yang kau tak boleh salam dia sebab dia bukan mahram bagi kau dan dia juga. Tapi bila dia hulur tangan, apa kau nak buat? Aku selalu kantoi disitu. Buat senyum kambing tengok dia pastu dia tengok kau balik sambil tak paham bahasa. Boleh pula main pandang-pandang jeling-jeling macam cerita hindustan. Dalam hati dah mencarut tak ingat dunia. 'Kau tahu tak kita tak boleh salam? Sesungguhnya menyentuh perempuan bukan mahram itu lebih hina dari menyentuh khinzir..', namun ayat itu tak mampu diluahkan.. Hanya tersangkut di kerongkong. Akhirnya dengan berat hati, salam itu bersambut. Pergh!! Sakitnya bukan kepalang kau tau. Sakit bila benda yang kau dah tahu salah tapi still tak dapat elak. Sakit bila kau cakap kau muslim tapi still tak boleh adapt dengan cara Islam yang sebenar. Sakit sampai kau rasa nak kasi potong je tangan tu supaya kau terlepas dari sindrom "salam-tak-ikut-hukum" tu.



Well, kadang-kadang kepala otak aku ni ligat jugak berfikir macam mana nak lepaskan diri dari sindrom ni. Bila tiba majlis salam bersalaman ni, aku akan buat-buat busy. Contoh kalau aku jadi tuan rumah, aku akan cuba membusykan diri di dapur, buat-buat hipokrit rajin nak basuh pinggan bagai, buat-buat isi biskut/kuih raya kat dalam balang ataupun jalan paling mudah, buat-buat sakit perut pastu masuk tandas. So far cara itu menjadi. Bukan nak tunjuk biadap ke apa tapi sekurang-kurangnya boleh elak daripada menambah dosa. Tapi aku takde lah apply cara ni tiap kali ada tetamu datang rumah. Takkanlah tiap kali orang datang, aku nak kena menyorok bagai. Kena tengok orang jugak. Alhamdulillah, so far kawan-kawan aku paham dan mengerti bab salam ni. Sindrom ni aku selalu dapat bila berdepan dengan makcik-pakcik dan adik-adik yang mungkin bagi aku kurang mengambil perhatian bab ni. Kalau makcik-makcik dan akak-akak yang tak berapa nak paham ni aku sound kang ada yang kecik hati terguris perasaan ibarat tercucuk duri sembilu dan aku taklah sekejam itu. Entah kenapa aku lebih utamakan perasaan orang lain daripada perasaan sendiri even orang kata kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk ditelan.

Sebelum idea hilang di mamah masa, sebelum tangan berhenti menulis dan sebelum masa berdetik meninggalkan kita.. Aku akhiri entri kali ini dengan video yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai masalah seperti aku. Sekian ~ selamat beramal !

kalau tak boleh tengok cuba try tengok kay youtube ~ 20 cara stylo elak salam ketika raya ~

Posted by khalid kadir at 00:49 1 comments

Sunday, 4 August 2013

Te-booooo..


Salam..

Ini entri pasal tebu.. Pasal air tebu, pasal mesin tebu, pasal kupas tebu dan segala pasal tebu yang popular kat bazaar Ramadhan sekarang nih. Kalau berbuka dengan air tebu yang sejuk dan fresh pastu waktu air tu lalu kat kerongkong, pergh! Rasa nikmat tak terhingga kan. Itu bagi kau, engkau dan peminat tebu khususnya. Tapi bagi orang macam aku.. Dah biasa, bosan, jemu dengan air tebu sebab dah hari-hari asyik menghadap air tebu sampai tahap kalau nak mandi air tebu pun boleh dah. Haha.. Mahu takya, berbuka dengan air tebu, sahur dengan air tebu, mengeteh pun dengan air tebu owh.

Alkisahnya, sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni, aku tolong orang berniaga air tebu di bazaar Ramadhan. Lepas fail interview kerja hari tu so aku takde choice lain nak isi duit poket nih. So kerja jela janji HALAL kan =)
Ini bukan pengalaman pertama aku berniaga air tebu. Kalau baca balik entri aku "Pengalaman kerja" yang dah basi tu, memang ada aku bebel kat situ pasal bisnes nih. Well, kalaulah ada kursus pasal bisnes air tebu kat universiti, rasanya aku dah bergraduat pun rasanya. Haha.. Bukan nak berlagak ke apa tapi so far aku ada pengalaman berniaga air tebu 2 tahun (waktu form 2 & 3) then dah join almost  4 bazaar Ramadhan dalam bisnes tebu untuk 4 tahun yang berbeza termasuk tahun ni, 2 tahun lepas and waktu zaman sekolah dulu. So bab selok belok peniaga air tebu ni aku dah agak expert sikit. Kalau setakat nak suruh aku beza air tebu yang fresh and tak fresh sekali pandang pun aku dah tahu dah. Kalau setakat nak suruh aku kupas and mesin tebu tu dah biasa sangat. Kalau nak suruh aku bungkus tebu pun lagi lah biasa sangat dan macam mana nak bagi air tebu tu tak cepat masam and macam mana nak kasi tebu tu banyak air waktu kita nak mesin tu pun aku tahu. Haha.. Berlagak gila ye dak.

tebu hitam
tebu biasa/ hijau


Well, memandangkan dah ada sedikit ilmu pasal tebu tu so apalah salahnya kalau dikongsikan. Okay, kita bermula dengan mengenali tebu. Basically tebu yang aku tahu ada 2 jenis; tebu hitam dan tebu hijau yang biasa nampak tu. Tebu hitam biasanya lebih manis dari tebu hijau dan air nya pun sedikit gelap berbanding tebu biasa. Biasanya kalau kat bazaar ramadhan atau mana-mana bisnes air tebu, orang jarang guna tebu hitam lainlah kalau dah darurat kehabisan tebu, mungkin sebab faktor kaler yang gelap tu kut. Next, kita masuk macam nak bezakan air tebu yang fresh dengan yang tak fresh. Benda ni paling mudah sekali dan bagi sesiapa yang fanatik gila dengan air tebu tu bolehlah jadikan ini sebagai panduan waktu membeli nanti ye. Kalau nak tahu air tebu tu fresh ke tidak cuba tengok colour air tu. Air tebu yang fresh, yang masih hangat baru lepas kena perah dengan mesin tebu, airnya akan berwarna hijau cerah seperti hijau epal. Selepas 20- 30 minit air tu akan bertukar warna seperti hijau kehitaman. So kalau nak rasa air tebu yang fresh kat bazaar belilah air tebu yang kaler nya hijau epal ye. Pelanggan aku pun bijak gak lagi-lagi kalau bangla, tak mahu dia tebu yang dah siap bungkus.. Nak jugak yang baru lepas mesin -_-!
Next, macam mana nak tahu batang tebu tu baru dikupas ke dah lama kupas. Bab ni susah sikit nak beza. Kalau nak tahu cuba korang pergi kat pakcik yang jual tebu tu then cuba perhatikan batang tebu dia yang dah kupas. Kalau kat bahagian hujung tebu tu ada kaler merah tu maknanya dia kupas tebu tu semalam atau awal lagi. Sama jugak dengan tebu yang dah rosak ataupun masam. Warna merah akan jelas kelihatan kat mana-mana bahagian tebu tu.





Next, tips macam mana nak kupas and mesin tebu dengan betul. Bagi yang baru nak berkecimpung bolehlah baca ye. Untuk kupas tebu kita perlukan pisau khas. Pisau dia lebih kurang macam pisau yang korang buat kupas kulit kentang tu tapi saiznya lagi besar laa. Teknik mengupas tebu pun kena betul supaya air dan kemanisannya tak banyak hilang. Just buang lapisan atas kulit and akar-akar yang dekat ruas tebu tu dah cukup. Tak perlu buang tebal sangat kulit tebu tu, lagi nipis lagi bagus sebab manis tebu pada kulitnya bak kata sifu aku laa. Bab ni masalah sikit bagi yang guna pisau tebu yang baru dibeli, biasanya sifu aku akan ketuk sikit bahagian pisau tu nak kasi rapat sikit dia punya ruang antara pisau tu so bila guna nanti takde lah dalam sangat tebu tu kena toreh. Dan masuk pula ke bahagian nak mesin tebu tapi sebelum tu ada teknik yang perlu dibuat nak bagi tebu tu banyak air. Teknik ni aku pasti semua penjual tebu pun buat iaitu merendam tebu ataupun simbah tebu-tebu tu dengan air nak bagi tebu tu serap sedikit air tapi awas bagi yang rendam tebu. Jangan rendam lebih dari setengah bahagian tebu tu ataupun rendam lama sangat, khuatir kemanisan tebu tu akan berkurangan walaupun banyak air. Ok, berbalik kepada nak mesin tebu. Sebelum memasukkan tebu untuk diperah oleh mesinnya, pastikan hujung tebu yang nak kena masuk dulu tu tirus atau dalam istilah lainnya, kena bagi tajam supaya senang nak masuk. Then hampas pertama yang keluar tu jangan dibuang lagi sebab masih ada air so lipat dua atau setebal sesedap rasa untuk dimesin lagi. Biasanya orang akan mesin sebatang tebu tu 2-3 kali nak bagi airnya betul-betul keluar. Kalau ada tebu yang tersangkut ketika mesin tu, jangan gunakan jari anda untuk menjolok tebu tu ye, gunalah tebu lain untuk menolak tebu tu dan waktu nak masukkan tebu tu pun jangan guna jari, gunakan telapak tangan untuk menolakkan batang tebu tu. Lainlah kalau korang nak mesinkan sekali jari tu, nanti dapat air tebu berdarah owh. Huuu..

pisau tebu bersaiz kecil

Last but not least, kita masuk bab macam mana nak elak air tebu cepat masam. Jawapannya cukup mudah dan ringkas, simpan air tebu tu ditempat yang sejuk seperti peti ais. Haaa.. Kan mudah tu. Air tebu tak boleh tahan lama kalau simpan kat suhu bilik. Kalau nak simpan air tebu tu untuk korang minum besok pun boleh, Cuma sejukkan air tebu tu sampai jadi ais. Then kalau nak minum besoknya cairkan jela. Selamat mencuba! :)

Okey lah, cukup sampai disini perkongsian kali ni. Panjang pulak bila bebel pasal tebu nih. Ntah betol ntahkan tidak, haha.. Chau ~


Posted by khalid kadir at 22:30 0 comments

Sunday, 21 July 2013

Semanis kurma, seindah Ramadhan..

Assalamualaikum..

                Pejam celik pejam celik. Peperiksaan dan cuti datang silih berganti. Membuatkan masa yang berlalu tidak terasa. Sibuk dengan itu, sibuk dengan ini. Sibuk dengan assignment, sibuk dengan kerja kolej, sibuk dengan segala macam benda. Dan kini dah hampir dua tahun disini. Peperiksaan akhir tahun dah selamat tiba dan pergi. Habis sudah berlalu malam-malam tanpa lena bahana stay up tak ingat dunia, habis sudah berlalu malam-malam yang mengigau pun keluar senarai dadah farmakologi, habis sudah berlalu hari-hari yang kalau melatah pun keluar formula pengiraan teori yang dah tak ingat dah subjek pe, habis sudah berlalu hari-hari dimana telur mata kerbau pun nampak macam struktur sel manusia, habis sudah berlalu hari-hari periksa yang membuatkan orang sakit jiwa apabila dihantui soalan yang menuntut jawapan.

"alahai!! Part yg aku tak baca tu la pun yg nak keluar!"
"adeh.. Aku silap pakai formula la masa nak kira nilai tadi!"
"soalan jenia apa yang keluar tu? Aku rasa tak pernah masuk syllabus pun!"
"T.E.N.S.E.N !! Jom keluar tengok wayang"
"...betul aku dah baca.. Tapi waktu tengah exam tu la pun aku tak boleh nak ingat balik!!"
Akhirnya.. Dah aman merdeka!

Bibir mengukir senyum tawar di bawah sedar. Dalam seketika ini sejenak semua orang melupakan kerja yang bertingkat-tingkat menunggu di kolej. Dalam seketika ini sejenak semua orang terlupa akan bulan Ramadhan yang makin marak bahangnya. Dalam seketika ini semua orang enjoy bersama-sama.

Kembali semula ke dunia nyata. Setelah berlalunya tugasan terakhir yang menuntut untuk diselesaikan.. Kini Ramadhan sudah hampir setengah usianya, dah masuk fasa pertengahan. Mungkin agak terlambat nak ucapkan tapi tak nak terlepas so Selamat menyambut bulan Ramdhan ye kawan-kawan sekalian. Harap ramadhan kali ini semanis kurma yang kita makan ketika berbuka. Bersama-samalah kita mencari kemanisan itu. Mungkin untuk kesekian kalinya blog ini akan sepi dah hanya ditemani oleh lagu-lagu yang acap kali berulang. So enjoy your Ramadhan to the fullest! Selamat beramal!

Semanis kurma, seindah Ramadhan



Posted by khalid kadir at 21:41 0 comments

Wednesday, 19 June 2013

Guideline untuk bakal suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki.

“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6.Wanita Syadaqah:

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali.

sumber : fb Malaysia Footbll Team -bagus! fb pasal bola pun boleh post benda cmnie, anda bila lagi? =) 

Posted by khalid kadir at 09:55 0 comments

Tuesday, 18 June 2013

Salah faham

Salam..

Takde angin, takde hujan dan ribut segala bagai.. Tiba-tiba dapat mesej sebegini rupa.. Imagine if you are in my shoes, apa yang korang rasa? Sedikit sentap -_-


Sesuka suki dan sesedap mulut dia je cakap aku ni kaki ngorat ye.. Memang pedas tuh. Bila difikirkan balik tak pernah lak aku rapat dengan perempuan coursemate aku. Aku punyalah gigih flashback balik apa yang berlaku since nama perempuan yang dia subjek kan ni bukan seorang malah 2,3 orang yang nama sama dalam batch aku nih. Aku terpaksa rapat dengan perempuan pun bila tiba bab presentation dan report segala bagai. Tu pun bila dah kena paksa dengan lecturer wajibkan setiap group kena ada lelaki. Kalau nak ikutkan hati nih, allergic sikit kerja dengan perempuan but no choice kan. Tambahan kalau kita orang buat discussion pun tak pernah lagi dalam sejarah aku berdua je, paling kurang berlima! Dan kadang-kadang aku pun ponteng discussion, huhu dan aku tak kesah pun dorang nak bagi aku tugasan apa, yang penting aku siapkan kerja aku. That’s it! Abes discuss and present segala bagai, tamatlah segala-galanya. No point pun aku nak p gatal nak ngorat dorang der. Perempuan ni pun satu, kalau betul lah apa yang laki ni cakap.. Haish.. Aku tegur pun tidak, tup tup.. Kuar statement camnih.. Lantak p korang lah. Masalah rumah tangga korang p setelkan sendiri ye, takde maknanya aku nak campur tangan pun. Tak ingin :p
Banyak lagi benda aku nak fikirkan. Lepas aku reply mesej dia, dia terus disable akaun fb dia. Mesti dia malu gila kut, haha. Chill bro  =)

Pesanan untuk lelaki yang sebegini diluar sana:
Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan,
Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan.

Posted by khalid kadir at 00:00 0 comments

Sunday, 2 June 2013

Sensitiviti kian pudar :'(

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa erti sensitiviti bagi anda? Kalau berdasarkan Mr.Google, sensitiviti boleh merujuk kepada kekuatan reaksi fizikal atau emosi dalam seseorang atau keupayaan organisma atau organ untuk bertindak balas terhadap rangsangan luar (stimuli). Terdetik untuk menulis entri mengenai hal ini setelah puas memerhati masyarakat kini atau lebih tepat lagi masyarakat muslim khususnya yang kian pudar sensitiviti dalam jiwa mereka. Teringat kembali ceramah yang pernah dihadiri suatu ketika dahulu. Ceramah mengenai boikot barang Israel. Analogi Ustaz tu lebih kurang macam ni; "Kalau ahli keluarga kita kena bunuh lah kan. Lepas tu orang yang bunuh ahli keluarga kita tu buat kenduri sambil jemput semua orang datang termasuk jiran-jiran kita. Kita mesti lah takkan datang sebab dia dah bunuh ahli keluarga kita ye dak tapi apa perasaan kita bila tengok jiran-jiran kita datang kenduri tu? Apa perasaan kita bila kawan-kawan kita yang sama-sama sedih bila ahli keluarga kita kena bunuh pastu datang kenduri tu sambil menjamu makanan yang dihidangkan? Marahkah kita? Sedihkah kita? Begitulah perasaan saudara Islam kita di Palestin bila kita sokong barangan ISRAEL".



Aku menulis bukan beerti aku ni baik sangat sebab boikot barang ISRAEL tapi tengah cuba untuk menjadi muslim yang mungkin lebih baik. Aku kadang-kadang terlepas pandang juga bab ni since produk yang sokong ISRAEL tu bukan satu dua malah beratus dan mungkin beribu. Mungkin ada yang beranggapan bahawa kalau setakat seciput je muslim yang boikot tapi yang lainnya sokong produk ISRAEL so no point kita nak boikot pun. Negligible kononnya.. Cuma satu je aku boleh pesan, jangan pertikai apa yang orang lain buat. Cukup untuk pertikaikan perbuatan diri sendiri sebelum nak judge orang lain. Kalau orang lain pergi sokong pun, itu bukan alasan atau 'green light' untuk korang ikut sekali pergi sokong. Bak kata pepatah jangan jadi seperti LALANG, ikut je ke mana arah angin bertiup.

Ke mana hilangnya sensitiviti muslim kini? Adakah telah hilang dimamah arus pembangunan? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Sekali lagi, aku menulis bukan bermaksud aku muslim yang baik sampai boleh nampak salah orang lain. Aku menulis sekadar untuk peringatan kita bersama (termasuk diri sendiri). Kebetulan tadi teman seorang sahabat pergi ke McDonald. Jiwa rasa terpukul bila sahabat yang kita rasakan akan sama-sama memboikot produk ini berpaling arah. Mungkin mereka tak rasa kut apa yang aku rasa. Tatkala itu aku hanya mampu perhatikan dari luar. Sambil itu sempat juga mata meliar mencari siapa yang turut berkunjung ke situ. Sedih bila tengok ada juga segelintir muslim yang dengan pakai tudungnya sedang enak menikmati makanan bersama pasangannya. Hmmm.. Di mana hilangnya sensitiviti? Kemudian mata tertarik dengan papan tanda diluar; "DI TANGGUNG HALAL" ~ . Sesuaikah perkataan HALAL digunakan untuk premis ini? Soalan itu bermain diminda. Mungkin HALAL dari segi suratan tapi HALAL kah dari segi tersiratnya? HALAL kah bila keuntungan yang diperoleh itu nanti digunakan untuk membeli peluru yang bakal menusuk ke setiap tubuh saudara muslim kita di Palestin? HALAL kah bila keuntungan itu bakal membunuh saudara ISLAM kita disana? Pelik.. Kenapa kita sebagai saudara semuslim takde rasa sensitif, takde macam bila paha kanan kena cubit paha kiri turut terasa sakitnya. Hmmm.. Time ni jugalah kata-kata kak Ana menerjah diminda. Ingat lagi kata-kata dia masa perjumpaan itu; ''Kalaulah Rasulullah masa hidup sekarang ni dan bertanya pada kita, apa perjuagan yang telah kita lakukan untuk agama ISLAM? Apa kita nak jawab masa tuh?". Tersentak dengan soalan itu. Sesungguhnya tiada apa yang boleh aku banggakan dalam perjuangan demi agama. Mungkin dengan memboikot produk ISRAEL ini atleast nanti kita boleh jawab, "Saya berjaya boikot barangan musuh Islam". Semuanya bermula dengan diri sendiri. Its what we call domino's effect. Bermula dengan diri sendiri, kemudian kawan-kawan, keluarga, masyarakat dan negara.Mungkin impak kepada negara itu nampak jauh dan mustahil tetapi always bear in your mind that there always a first step in everythings.


Ok, cukup sampai di sini.. Panjang pula aku membebel pasal boikot memboikot nih. Maaf kepada kawan-kawan yang mungkin terbaca entri ini. Mungkin ada yang tersentap dan terasa hati. Memang nak bagi korang terasa hati pun :p
Haha.. Bagi sedar sikit ye dak. Kut-kut nak kena ketuk sikit baru nak tersedar. Sama-samalah kita boikot produk-produk ISRAEL ye, atleast ada sedikit usaha yang kita lakukan untuk saudara kita disana. Kalau nak harapkan kita pergi berperang kat sana memang harapan lah ye. Meminjam kata-kata Ustaz; "Kalau liat sangat nak boikot McDonald tu kan, cuba waktu kita makan tu.. Kita order air strawberry sekali dengan burger. Time kita minum tu cuba tengok air strawberry yang kaler merah tu, imagine tu darah saudara kita disana. Pastu time makan burger tu cuba nikmati daging burger tu. Imagine tu daging saudara kita. Sedap ye darah dan daging saudara kita sendiri".. Renung-renungkan lah dan selamat beramal! Sekian, harap ada yang terkesan. PEACE! ~


Posted by khalid kadir at 10:32 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod