Salam =)
Sekian lama menyepi, kini masa untuk kembali menulis.. kembali mencoret pengalaman indah itu. Pengalaman yang akan kekal sebagai memori terindah =)
Alkisahnya pada 19hb Mei yang lalu telah berlangsungnya acara sukan terakhir dalam tempoh aku berkhidmat sebagai 'menteri sukan' kolej 17. 'Sweat, Sacrifice, Success', itu moto 17 Sport department lagaknya.. Sejurus selepas acara sukan ini, diadakan terus majlis penutup Sukan Kolej (SUKOL) untuk sesi 2012/2013. Majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua 'menteri sukan' kolej-kolej upm. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Dengan limpah kurnia-NYA dan setelah berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya kami berjaya menjulang 5 trofi kejuaraan dan yang paling membanggakan turut dinobat sebagai JOHAN keseluruhan Sukan Kolej untuk kategori wanita dan tempat ke-3 untuk kategori lelaki. Pencapaian yang memberansangkan. Segala penat lelah akhirnya terbalas juga. Akhirnya hasrat untuk membuktikan bahawa kolej 17 yang dibarisi atlet daripada jurusan perubatan dan sains kesihatan mampu bersaing hebat dengan kolej-kolej sukan di persada sukan UPM. Kini kami tidak lagi dicop sebagai Kolej yang NERD. Harapan dengan kejayaan ini menjadi batu loncatan dan akan lebih banyak kejayaan yang akan tercipta kelak. Insya Allah =)
Terharu bila dapat naik pentas banyak kali sambil julang trofi JOHAN keseluruhan bersama pengetua |
Glory K17 |
5 Piala kejuaraan + 1 Piala JOHAN keseluruhan.. =) |
Sedih pula bila dikenangkan kembali kesibukan yang melampaui batas dalam menguruskan sukan yang akhirnya dibalas dengan piala-piala ini. Terharu owh.. huuu.. Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu secara langsung mahupun tidak. Tanpa anda mungkin kami tidak berjaya lakukannya. Thanks juga kepada rakan seperjuangan; Aini dan Jira. Memori ini akal kekal dalam ingatan =)
0 comments:
Post a Comment