Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit2. Muda sebelum tua3. Kaya sebelum miskin4. Lapang sebelum sempit5. Hidup sebelum mati.
'Sihat sebelum sakit', ungkapan itu terlintas difikiran ini ketika dalam perjalanan menuju ke PKU (Pusat Kesihatan Universiti) sebentar tadi. Lagu kumpulan Raihan berkenaan dengan tajuk entri ini turut bermain diminda. Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat (peringatan untuk diri sendiri juga).
Alkisahnya, sudah hampir sebulan aku menghidap tonsilitis (tonsil yang bengkak). Pada mulanya aku memandang ringan sakit ini dan mengambil jalan mudah dengan hanya minum air mineral dengan harapan bengkaknya nanti akan surut dan aku akan sembuh. Tiap kali gosok gigi, aku akan tengok keadaan tonsil itu. masih bengkak seperti biasa dan makin lama dibiarkan inflamation tu makin besar dan merebak. whitish dot kelihatan dan boleh nampak dengan jelas sekali. Aku biarkan saja. Ya, memang aku tidak nafikan ego aku untuk makan ubat dan pergi ke klinik itu agak tinggi. Lagi-lagi selepas masuk kelas Immunology and Pharmacology sem ini, bajet immune system aku itu akan bertindak dengan sendirinya. Cuma perlu bagi ia masa. Tapi sampai bila aku kena tunggu? itu kekal menjadi persoalan hinggalah hari ini soalan itu terjawab. Bab pharmacology lak, aku allergic sikit bab amek ubat nih, takut kesan negatif dari ubat tu a.k.a toxicology lah katakan. Aku teringat kata-kata kawan aku tempoh hari, "cuba kau try makan ais krim vanilla sebab hari tu adik aku macam kau jugak, tonsil dia bengkak. Lepas dia makan ais krim vanilla tu terus susut bengkak tu, bila dia stop makan tonsil tu bengkak balik. Terus kena surgery". So pagi tadi aku pun try la ais krim vanilla sebagai breakfast. Balik dari kelas aku tengok dalam cermin, tonsil tu masih bengkak macam biasa cuma whitish dot macam nak tertanggal! aku try minum air mineral sebanyak yang mungkin pastu tengok balik keadaan tonsil tu. Getting worst! Salah satu whitish dot tu dah tertanggal dan meninggalkan kesan luka kat tonsil aku! kesan luka tu seakan macam koyak kena toreh dengan pisau. Dalam dan jelas kelihatan. Tunggu masa darah nak keluar je dari luka tu.
Akhirnya aku mengalah dengan ego aku untuk bergegas ke PKU..
Doktor: Dah berapa hari kena ni?
Pesakit: Dah hampir sebulan..
Doktor: Sebulan?? kenapa hari ni baru nak datang?
Pesakit: Sebelum ni saya try minum air je tapi still tak susut jugak so saya datang lah sini.
Doktor: Takpe, kita periksa dulu. Nanti ambil antibiotik. Kalau dalam masa 3 hari tak sembuh juga, awak datang balik. Kita buat surgery.
Pesakit: 'SURGERY?!!'
7 jenis ubat untuk sembuhkan tonsil yang hanya sebesar ibu jari? -_- |
0 comments:
Post a Comment