skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ▼ May (5)
      • Matang bukan pada usia..
      • SWEAT, SACRIFICE, SUCCESS
      • LAIN KALILAH JAWABNYA
      • Bahang Politik
      • SIHAT SEBELUM SAKIT
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 25 May 2013

Matang bukan pada usia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. diberi sedikit waktu untuk menulis sedikit perkongsian. Terdetik untuk menulis entri 'Matang bukan pada usia' ini bila acap kali menyambut ulang tahun kelahiran kawan-kawan baru-baru ini. Bila tiba ulang tahun kelahiran, usia kian meningkat. Namun sudah matangkah kita? ''Semua orang membesar tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, selagi itu juga hidup dewasa bersama usia''- Hlovate says

Matang bukan pada usia so aku masih muda, haha


Matang bukan pada usia.. Kematangan bukan sahaja diukur dari segi perkembangan fizikal sahaja. Apa gunanya kalau usia 40 tahun andai akal baru berusia 15 tahun kan? Usia hanyalah angka, age ain't nothing but just a number. Sudah berusia tidak semestinya matang dan muda tidak semestinya masih mentah. Matang mempunyai "jirim" yang tidak boleh di timbang oleh neraca bernombor. Ia hanya boleh diukur dengan sesuatu yang subjektif namun mampu dinilai melalui tindakan yang terhasil daripada kematangan tersebut. Dalam entri ini dikongsikan sedikit ilmu daripada majalah Gen-Q mengenai "Matang bukan pada usia"..

Aspek Matang
Remaja yang matang cukup bijak memberi yang terbaik untuk diri mereka:
  1. Fizikal: Cergas dan sihat
  2. Akal: Cerdas
  3. Emosi: Stabil
  4. Spiritual: Mantap!
Ciri-ciri remaja yang matang:
  1. Memikul beban
  2. Bersusah-susah dahulu. Bersenang kemudian
  3. Kurang pantauan
  4. Bijak memilih
  5. Pengeluar vs pengguna
  6. Aku --> kita
  7. Tahu bila perlu jadi kanak-kanak
P/s: Malas nak huraikan. Kalau nak tahu detail bacalah Gen-Q isu 19 ye

"Percaya atau tidak. Remaja yang kerap solat berjemaah akan membentuk aura kematangan dalam dirinya secara automatik. Ini kerana solat berjemaah juga menjadi platform membentuk diri ndividu ke arah satu tahap kematangan"- Gen-Q says. Jom amalkan solat berjemaah =)

Akhirkata, bantulah diri memahami erti menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah yang berperanan dengan usaha menjadi cepat matang. Matang menjadi indikator, yang kita sudah bersedia memikul tanggungjawab penuh dan bukan lagi separuh-separuh. Sekian ~




Posted by khalid kadir at 15:21 0 comments

SWEAT, SACRIFICE, SUCCESS

Salam =)

Sekian lama menyepi, kini masa untuk kembali menulis.. kembali mencoret pengalaman indah itu. Pengalaman yang akan kekal sebagai memori terindah =)

Alkisahnya pada 19hb Mei yang lalu telah berlangsungnya acara sukan terakhir dalam tempoh aku berkhidmat sebagai 'menteri sukan' kolej 17. 'Sweat, Sacrifice, Success', itu moto 17 Sport department lagaknya.. Sejurus selepas acara sukan ini, diadakan terus majlis penutup Sukan Kolej (SUKOL) untuk sesi 2012/2013. Majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua 'menteri sukan' kolej-kolej upm. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Dengan limpah kurnia-NYA dan setelah berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya kami berjaya menjulang 5 trofi kejuaraan dan yang paling membanggakan turut dinobat sebagai JOHAN keseluruhan Sukan Kolej untuk kategori wanita dan tempat ke-3 untuk kategori lelaki. Pencapaian yang memberansangkan. Segala penat lelah akhirnya terbalas juga. Akhirnya hasrat untuk membuktikan bahawa kolej 17 yang dibarisi atlet daripada jurusan perubatan dan sains kesihatan mampu bersaing hebat dengan kolej-kolej sukan di persada sukan UPM. Kini kami tidak lagi dicop sebagai Kolej yang NERD. Harapan dengan kejayaan ini  menjadi batu loncatan dan akan lebih banyak kejayaan yang akan tercipta kelak. Insya Allah =)

Terharu bila dapat naik pentas banyak kali sambil julang trofi JOHAN keseluruhan bersama pengetua

Glory K17


5 Piala kejuaraan + 1 Piala JOHAN keseluruhan..  =)

Sedih pula bila dikenangkan kembali kesibukan yang melampaui batas dalam menguruskan sukan yang akhirnya dibalas dengan piala-piala ini. Terharu owh.. huuu.. Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu secara langsung mahupun tidak. Tanpa anda mungkin kami tidak berjaya lakukannya. Thanks juga kepada rakan seperjuangan; Aini dan Jira. Memori ini akal kekal dalam ingatan =)

Posted by khalid kadir at 14:34 0 comments

Monday, 6 May 2013

LAIN KALILAH JAWABNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tepat pukul 12.55 pagi pada 6.5.2013 dengan rasminya keputusan PRU13 diumumkan. BN menang dengan majoriti 133 undi untuk kerusi parlimen. Ini bermakna BN kekal sebagai kerajaan untuk tempoh 4-5 tahun lagi. Tahniah buat BN, harap dengan kejayaan  yang diperoleh dimanfaatkan sebaiknya bagi meneraju negara tercinta ini kearah yang lebih baik dan kearah kecemerlangan ummah khususnya. Agak sedikit kecewa sebenarnya bila hasrat untuk melihat pimpinan baru tidak tercapai, hasrat untuk melihat permulaan baru bagi empayar ISLAM tidak tercapai. Bukan nak kata yang BN tak boleh menaikkan martabat agama ISLAM tapi mungkin ideologi PAS dan BN berbeza. PAS mungkin lebih diyakini kerana dibarisi oleh ulamak dan ustaz yang mempunyai fahaman yang lebih mendalam dalam bidang ini. Memang tidak dapat dinafikan gelombang hijau  amat memukau dan mengerunkan  menjelang PRU13 ini. Ini terbukti betapa kuatnya sokongan anak muda masa kini ketika Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya yang diadakan baru-baru ini. Ini terbukti dengan kunjungan ramai penyokong PAS ketika bertandang ke Putrajaya. PAS masa kini telah berjaya menarik ramai minat generasi muda. Putrajaya hampir berjaya ditawan namun nasib tetap menyebelahi BN untuk kerusi ini. Hasilnya hanya 3 negeri kekal menjadi milik PR iaitu Kelantan (kubu kuat PAS), Selangor dan Penang (kubu kuat DAP). Aku tidak pasti samada gelombang hijau ini mampu bertahan untuk tempoh 4-5 tahun yang akan datang. Mampukah gelombang hijau ini meruntuhkan tembok BN dalam PRU yang akan datang. Adakah Tuan Guru Nik Aziz akan bersama PAS untuk PRU yang akan datang? Sesungguhnya PAS kuat kerna beliau dan sahabatnya merupakan tulang belakang parti ini. Itu semua kekal menjadi persoalan.. Sama-samalah kita nantikan kebangkitan ummah untuk PRU14 nanti.

Tak kalah cuma belum menang je =)
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan ketika menunggu keputusan PRU ni. Pengalaman aku sebagai pelajar dalam menghadapi detik yang mendebarkan ini.
Mungkin ramai yang menghadapi situasi serupa, excited terlebih nak tahu update terkini keputusan PRU semasa. Dipendekkan cerita, lepas maghrib kami berkumpul di rumah kawan kiteorang. Menghadap tv untuk mengetahui update terkini. Tapi berita kat tv cam haram tak ley pakai! Berita BN lah katakan. So sebagai alternatif 3-4 laptop dikeluarkan. Masing-masing  buka website yang berbeza untuk mengetahui status semasa. Ternyata website lagi cepat update daripada berita di tv yang asek pok pek pasal BN pastu result keluar secemput je. Sekali pandang kawan-kawan aku ni macam hackers pun ade. Mahu takya,dengan 3-4 bijik laptop terbentang kt ruang tamu, then menghadap tv lak tu. Haha, hackers lah sangat ye. Bila 2 kali pandang macam tengah tengok bola pun ada. Antara dialog yang keluar; "Berapa dah sekarang?", "Seri", "PR 76, BN 67", "BN lebih satu", "Kita dah berapa?". Perkataan KITA tu sumpah buat aku tergelak guling-guling cam tenggiling. KITA? Nampak sangat kiteorang ni anti-kerajaan ye. Haha.. Stay sampai pukul 1 pagi sebab nak tunggu keputusan rasmi keluar di kaca tv. Bila diumumkan.. Ramai yang kecewa. Hasrat untuk melihat kerajaan baru besoknya tidak tercapai. Redha jela jawabnya kalau itu dah keputusannya.

P/s: Malas nak bebel pasal ketidakadilan, pasal isu Bangla Nasional, pasal blackout, dan segala macam penipuan yang mungkin berlaku dalam PRU13 ini. Pendek kata.. KECEWA !!


Posted by khalid kadir at 18:17 0 comments

Friday, 3 May 2013

Bahang Politik


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

5 Mei 2013 merupakan tarikh Pilihan Raya Umum yang ke-13. Bahang pilihan raya kian terasa hari demi hari. Tomahan dan fitnah berleluasa. Aku menulis bukan untuk menyebelahi mana-mana parti politik tapi sejujurnya agak sedih dan kecewa bila tengok keadaan negara kita sebegini, keadaan dimana fitnah berleluasa. Memetik kata-kata khatib dalam khutbah jumaat semalam, 'politik itu merupakan suatu kewajipan. Islam juga tidak menghalang umatnya untuk berpolitik tapi biarlah selari dengan syariat Islam'. Tapi politik yang di amalkan kini dah terpesong dari yang sepatutnya. Dengan mudah meng-aibkan orang, dengan mudah memfitnah orang itu dan ini semata-mata ingin meraih undi rakyat. Come on laa.. Generasi sekarang dah bijak pandai dalam menilai sesuatu. Kalau kau dah fitnah ustaz dan alim ulama terlibat dengan porno segala bagai pastu kutuk lak sunah Rasulullah yang dia amalkan, ingat dengan cara macam tu kau boleh raih undi? Hanya orang buta mata dan hati je mudah terpedaya. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang benar.

Bila dikaji balik sejarah pasal politik.. Pada asalnya falsafah politik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Uthamaniah (kalau tak silap- rujukan buku the Arrivals) merupakan seni kuasa pemerintah yang suci dan qudus. Politik ditegakkan atas sistem demokrasi yang sudah diterima ramai. Kemudian falsafah politik ini dimanipulasi dengan mencampurkan unsur fitnah, manipulasi, dan kecurangan seolah-olah menjadi racun dalam madu. Individu yang bertanggungjawab mencipta falsafah baru politik ini ialah Niccolo Machiavelli. Dialah individu yang mengubah falsafah politik menjadi kotor dan bersifat haiwan yang kini menjadi ikutan dengan mencadangkan politik harus dibebaskan dari nilai moral klasik. Sejarahnya, dia pernah belajar di sekolah berasaskan Rosicrucian, dialah calon perintis fraternity (sekolah freemason).

Niccolo Machiavelli, bapa politik barat, politik yang kini menjadi ikutan

P/s: terkilan juga bila dah daftar tapi tak boleh mengundi T_T  teringin rasanya bila negara ini bernaung dibawah pimpinan ISLAM. Hanya doa yang dapat dipanjatkan ke hadrat ilahi agar PRU13 ini berjalan dengan lancar, bersih dan adil.

Posted by khalid kadir at 22:02 0 comments

Wednesday, 1 May 2013

SIHAT SEBELUM SAKIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

'Sihat sebelum sakit', ungkapan itu terlintas difikiran ini ketika dalam perjalanan menuju ke PKU (Pusat Kesihatan Universiti) sebentar tadi. Lagu kumpulan Raihan berkenaan dengan tajuk entri ini turut bermain diminda.  Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat (peringatan untuk diri sendiri juga). 

Alkisahnya, sudah hampir sebulan aku menghidap tonsilitis (tonsil yang bengkak). Pada mulanya aku memandang ringan sakit ini dan mengambil jalan mudah dengan hanya minum air mineral dengan harapan bengkaknya nanti akan surut dan aku akan sembuh. Tiap kali gosok gigi, aku akan tengok keadaan tonsil itu. masih bengkak seperti biasa dan makin lama dibiarkan inflamation tu makin besar dan merebak. whitish dot kelihatan dan boleh nampak dengan jelas sekali. Aku biarkan saja. Ya, memang aku tidak nafikan ego aku untuk makan ubat dan pergi ke klinik itu agak tinggi. Lagi-lagi selepas masuk kelas Immunology and Pharmacology sem ini, bajet immune system aku itu akan bertindak dengan sendirinya. Cuma perlu bagi ia masa. Tapi sampai bila aku kena tunggu? itu kekal menjadi persoalan hinggalah hari ini soalan itu terjawab. Bab pharmacology lak, aku allergic sikit bab amek ubat nih, takut kesan negatif dari ubat tu a.k.a toxicology lah katakan. Aku teringat kata-kata kawan aku tempoh hari, "cuba kau try makan ais krim vanilla sebab hari tu adik aku macam kau jugak, tonsil dia bengkak. Lepas dia makan ais krim vanilla tu terus susut bengkak tu, bila dia stop makan tonsil tu bengkak balik. Terus kena surgery". So pagi tadi aku pun try la ais krim vanilla sebagai breakfast. Balik dari kelas aku tengok dalam cermin, tonsil tu masih bengkak macam biasa cuma whitish dot macam nak tertanggal! aku try minum air mineral sebanyak yang mungkin pastu tengok balik keadaan tonsil tu. Getting worst! Salah satu whitish dot tu dah tertanggal dan meninggalkan kesan luka kat tonsil aku! kesan luka tu seakan macam koyak kena toreh dengan pisau. Dalam dan jelas kelihatan. Tunggu masa darah nak keluar je dari luka tu.

Akhirnya aku mengalah dengan ego aku untuk bergegas ke PKU.. 
Doktor: Dah berapa hari kena ni?
Pesakit: Dah hampir sebulan..
Doktor: Sebulan?? kenapa hari ni baru nak datang?
Pesakit: Sebelum ni saya try minum air je tapi still tak susut jugak so saya datang lah sini.
Doktor: Takpe, kita periksa dulu. Nanti ambil antibiotik. Kalau dalam masa 3 hari tak sembuh juga, awak datang balik. Kita buat surgery.
Pesakit: 'SURGERY?!!'

7 jenis ubat untuk sembuhkan tonsil yang hanya sebesar ibu jari? -_-
PENGAJARAN : Kepada kawan-kawan yang diluar sana tu, janganlah bertangguh untuk ke klinik andai anda sakit, tak kisahlah sakit kecik ke besar ke. Cepat-cepat lah ye, nanti getting worst baru kau menyesal tak ingat dunia.

Posted by khalid kadir at 23:34 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod