skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ▼ April (7)
      • STRATEGI SYAITAN
      • Dimanakah 'AKU' dihati mu?
      • Kisah HATI..
      • JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
      • Tips berdepan dengan ujian
      • Analogi kosongkan gelas..
      • Golden moment with them =)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 27 April 2013

STRATEGI SYAITAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah sekian lama sunyi menyepi.. Kini coretan daripada pengalaman kini kembali. Kembali untuk berkongsi sedikit pengisian yang diperolehi dari majlis ilmu yang dihadiri sedikit waktu dahulu.. Strategi syaitan untuk mencegah kita dari melakukan ibadah/kebaikan. Kita perlu tahu strategi ini agar kita bisa menolak segala ajakan musuh kita ini. Mungkin banyak lagi strategi yang syaitan guna tapi pada malam itu cuma ada 3 yang ustaz itu kongsikan dan fokuskan.

3 Strategi syaitan :

            1. Menerapkan sifat malas dalam diri kita.
Malas merupakan kunci yang paling mudah. Acap kali bila kita ingin beribadah perkataan 'MALAS' pasti dijadikan alasan. Kalau tidak pun pasti kita memilih untuk bertangguh untuk melakukannya. Tidak ada cara lain, kita kena cantas perasaan MALAS itu. Andai kita tumbang dengan sikap malas. Sesungguhnya kita termasuk dalam kalangan orang yang rugi.

2. Berasa jemu dan bosan dengan ibadah yang dilakukan.
Rasa bosan dan jemu dengan ibadah yang kita lakukan? Tepuk dada tanyalah iman. Andai itu yang kita rasa, awas! Itu juga merupakan tipu daya syaitan. Kadang-kadang kita rasa macam kita dah buat banyak sesuatu ibadah itu berulang kali sampaikan kita jemu. Jemu dan bosan itu kemudiannya dijadikan alasan untuk tidak meneruskan amalan itu. Nampak tak permainan syaitan disitu? Andai kita berhenti untuk melakukan ibadah, mereka pasti gembira kerana berjaya mencegah kita dengan jayanya!
Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya.
Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:

"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.

 3. Ditiupkan roh kita dengan penyesalan dengan ibadah yang telah kita lakukan.
"Menyesal aku qiam semalam.. Kalau aku fokus study pasti aku boleh buat yang terbaik test tadi".. Nampak tipu daya syaitan disitu? Bila penyesalan berjaya diterapkan dalam diri kita pasti kita akan liat untuk melakukannya kembali dengan alasan 'nak fokus study'..

Sama-samalah kita renungkan. Aku bukan insan yang penuh ilmu didada untuk berbicara lebih mengenai bab-bab sebegini. Harap sedikit perkongsian ini bisa membuat kita TERJAGA dari LENA. Bukalah mata dan terangilah jiwamu wahai sahabat.



P/S: Kalau anda rasa input ni tak mencukupi, try this --> http://alongpunyablog.blogspot.com/2011/09/7-strategi-syaitan-menipu-orang.html> 

Posted by khalid kadir at 19:33 0 comments

Saturday, 20 April 2013

Dimanakah 'AKU' dihati mu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Alhamdulilllah diberikan sedikit ruang dan peluang untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari majlis ilmu semalam. Al-kisahnya semalam telah berlangsungnya Forum 'Dimanakah 'AKU' di hatimu?'. Forum yang cukup memberi kesan sanubari kepada setiap yang hadir.

'AKU' di dalam forum ini merujuk kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya wahai kawan-kawan sekalian, dimanakah Allah di hati kita? Siapakah yang kini berada di hati kita? Soalan ringkas dari ahli panel ini cukup membuatkan mata terasa panas dan air mata jernih mengalir tanpa sedar. Gugurnya air mata ini bukan tanda syukur kerana Allah berada kukuh di dalam hati. Gugurnya air mata ini bukan bermaksud Allah no 1 di hati tetapi gugurnya air mata ini kerana sedar akan kekhilafan diri. Gugurnya air mata ini kerana sedar di manakah sepatutnya tempat Allah di hati ini. Gugurnya air mata ini kerana sedar bahawa sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambanya.

Siapakah berada di hati kita wahai sahabat? Tepuk dada tanyalah hati. Andai Allah jawapannya, syukurilah dan andai ada yang lain selain dari Allah, ubahlah ia wahai sahabat. Memang kalau sekali imbas soalan ini, mungkin ramai yang bagi jawapan 'Parent' di hati saya, mungkin ada juga yang mengutamakan 'boyfriend or girl friend' di hati mereka. Sesungguhnya kita lupa bahawa Allah telah meniupkan rasa kasih dan sayang kepada mereka, Allah telah mewakilkan mereka untuk mendorong kita mengecapi sesebuah kejayaan sampai kita lupa akan hakikat bahawa Allah S.W.T sepatutnya berada di hati kita. Allah tidak pernah lupa akan hamba-NYA walau sesaat, namun kita bagaimana? Adakah kita sentiasa mengingati-NYA seperti mana DIA mengingati kita? Sekali lagi tepuk dada tanyalah hati wahai sahabat.

Marilah sama-sama kita bersihkan kembali hati ini agar Allah berada di tempat yang sepatutnya.

Posted by khalid kadir at 17:48 0 comments

Friday, 19 April 2013

Kisah HATI..


Suatu petang SABAR melihat HATI sedang menangis dibangku di tepi tasik. Dari jauh SABAR cukup menegenali HATI dan esakan kecilnya bisa saja kedengaran. Lantas dia cuba untuk mendekati HATI..

SABAR : HATI.. Are you ok ?

HATI hanya menjawab dengan esakan kecilnya dan sedikit anggukan. Kelihatan air mata jernih mengalir pantas di wajahnya.

SABAR : HATI.. Please dont be like this..

HATI : I'm not okay but I'll be fine..

SABAR : You'll never be fine if you stay like this. Come on laaa.. Ni bukan HATI yang aku kenal. Kau kuat kan. Dulu kau pernah cakap 'you're sick of it!', sekarang mana pergi kata keramat kau tuh? Takkan dah mengalah kut. Let it all out my dear.

HATI : Aku tak sekuat macam yang kau lihat. Aku nampak kuat kat luaran je tapi hakikatnya dalaman aku sangat fragile. Now its like broken into pieces.

SABAR : Sabarlah wahai hati.. Sekarang bukan masanya lagi. One fine day the time will come Cuma kita tak tahu bila.

HATI : tapi sampai bila aku nak tunggu? Aku Cuma tak boleh terima kenapa PERASAAN buat aku macam ni. Aku tak boleh terima kenapa PERASAAN seksa aku macam ini. Its really hurt me a lot.

SABAR : So pangkalnya kau tak puas hati dengan PERASAAN lah ni? Nama pun PERASAAN kan, dah memang kerja dia. Kau pun janganlah diturutkan sangat PERASAAN tu. Kerna PERASAAN, HATI binasa tau. Always bear in your mind.

HATI : Then how about CINTA ?

SABAR : same goes with CINTA, its not the time yet. Sekarang kau biarkan aje PERASAAN dan CINTA itu bercouple. Dah memang diorang bagai pinang dibelah dua kan. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk kau rapat dengan PERASAAN dan CINTA. PERASAAN dan CINTA yang hadir sekarang Cuma LUST !

HATI : LUST ?

SABAR : Ini semua permainan LUST wahai HATI. Engkau kena bijak uruskan diri kau supaya selamat dari tipu daya LUST.

HATI : tapi macam mana? Kau tahu kan yang aku ni fragile.

SABAR : maaf HATI.. I cant teach you how to handle with LUST. LUST sangat licik, penuh dengan tipu muslihat. Aku pun kadang-kadang kecundang di tangan LUST. Kuatkan diri kau ya HATI.. Jaga diri hiasi peribadi..

SABAR kemudiannya meninggalkan HATI yang masih diselubungi dengan persoalan LUST. Mampukah HATI berdepan dengan LUST? Biarlah ia menjadi rahsia antara HATI, PERASAAN, SABAR, CINTA dan LUST.



"Uruskan perasaanmu dengan kewarasan, kebijaksaan, kecermatan dan pengetahuan. Agar kamu mapan sebagai remaja yang pintar mengawal perasaan. Lantas jiwamu menjadi perkasa di mata insan dan terpuji di sisi tuhan"

Posted by khalid kadir at 22:56 0 comments

Wednesday, 17 April 2013

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Coretan daripada pengalaman kini kembali.. kali ni nak tulis entri yang agak santai sedikit. Bukan tulis tapi re-post ayat yang lebih tepat agaknya. Terjumpa nota ni dalam simpanan akaun yang dah lama terperam dan berhabuk. Entah dah berapa tahun agaknya nota ini tersimpan rapi disitu. Bila dibaca kembali agak menarik untuk dikongsi bersama.. nota ini bertajuk JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA.. 

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA.. 

Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga.. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.. Akhirnya ia dibuang..  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU,  MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....



p/s: bila baca balik nota nih, nak termuntah pun ada rasanya. ayat jiwang karat gila! Entah dari mana datang nota ni pun aku sendiri tak ingat. Tapi cuba fahami isi tersirat nota ini, cukup mudah.. JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA..

Posted by khalid kadir at 11:11 0 comments

Thursday, 11 April 2013

Tips berdepan dengan ujian


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

           Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi diberi sedikit waktu untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu hasil daripada pembacaan baru-baru ini. Terdetik untuk menulis entri "tips berdepan dengan ujian'' ini setelah  result test 1 masih hangat dan panas diperkatakan. Ramai yang kecewa sebab result tidak mencapai target yang dikehendaki malah ada yang turut kecundang dalam medan tempur itu. Penulisan entri ini bukan beerti aku tidak tergolong dalam mereka yang kecundang itu. Honestly, I'm one of them. Ujian bisa hadir dalam pelbagai bentuk. Result yang tidak memuaskan juga merupakan satu ujian. Kadang-kadang kita rasa kita sudah pulun sehabis baik di medan peperiksaan.. Tapi bila keluar result, hampeh! Rasa macam dunia ini tidak adil, rasa macam ''I-learn-Nothing'' , rasa macam dunia upside-down dan macam-macam lagi pemikiran yang negatif timbul meracun minda.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? - Al-'Ankabuut : 2



Ketika berdepan dengan ujian, bagaimana menangani perasaan kala itu?
Here some tips.. 

Tips berdepan dengan ujian:

  1. Membaca Al-quran
  2. Solat sunat dan puasa sunat
  3. Kerap berada dalam majlis ilmu, usrah atau kuliah agama
  4. Bergaul dengan rakan-rakan yang sentiasa berkata-kata yang positif sahaja
  5. Sentiasa ingat, kehidupan yang hakiki ialah kehidupan akhirat. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan ujian.

Jika kita mendapat pelbagai ujian, tak kisahlah banyak mahupun sedikit, ini adalah kerana Allah mahu kita mencari titik optimum daya kemampuan kita di tengah-tengah segala kepayahan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dan benarlah janji Allah, setiap kesusahan akan ada kesenangan seperti firman Allah dalam surah al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan), sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Sumber inspirasi : Gen-Q isu 19





Posted by khalid kadir at 20:41 0 comments

Tuesday, 9 April 2013

Analogi kosongkan gelas..


Bahan-Bahan :
  1. Gelas
  2. Air kosong

Cara :
  1. Isikan gelas dengan air sehingga penuh. Hati-hati, jangan sampai tertumpah.
  2. Setelah hampir penuh, isikan lebihan air yang sama ke dalam gelas tersebut.


Pemerhatian :

Adakah gelas yang telah penuh mampu dituang lagi air ke dalamnya? Jawapannya semestinya TIDAK. Jika air yang baru ingin diisi ke dalam gelas, maka air yang sedia ada perlu dikeluarkan terlebih dahulu, barulah air yang baru boleh diisi.

Apa kaitan gelas dan air ini dengan kehidupan pelajar? Bagi pelajar, konsep mengosongkan gelas ini boleh digunakan dalam menuntut ilmu. Ketika ingin menerima pelajaran baru, kosongkan minda dari virus 'SAYA SUDAH TAHU'. Dengan meletakkan mindset bahawa ada benda baru yang kita belum tahu dan perlu mempelajarinya, kita sedang menyediakan minda untuk menerima ilmu baru tersebut. Ibarat seperti gelas kosong yang dahagakan air untuk mengisinya.. Same goes here..

Apa bahayanya virus 'SAYA SUDAH TAHU'?
Pelajar zaman sekarang terlalu cepat berasa bahawa mereka ''sudah tahu''. Baru sekali mendengar sesuatu ilmu, dia menyangka telah benar-benar menguasainya. Setiap kali guru ingin menjelaskan ilmu tersebut, mereka enggan mendengar. Mereka inginkan yang baru padahal yang lama belum benar-benar dikuasai. Seorang pelajar seharusnya selalu terbuka untuk menerima ilmu sama ada ilmu itu lama mahupun baru. Apabila mendengar yang lama, ia digunakan untuk mengukuhkan hafalan dan kemahirannya. Apbila mendengar ilmu baru, ia akan berusaha untuk mempelajarinya dan menguasainya.

Berasa "sudah tahu" ialah helah syaitan untuk menghalang langkah kita daripada menuju jalan menjadi seorang pakar. Pakar dalam sesuatu bidang ilmu sinonim dengan tindakan mengulang ilmu itu berpuluh kali dalam perbincangan, bacaan, ceramah dan sebagainya. Hanya dengan mendengar sekali sahaja tidak mampu mencipta kepakaran dalam diri.

Cukup sampai disini. Sekian ~

Analogi Gelas dan Air


Sumber inspirasi : Gen-Q isu 19


Posted by khalid kadir at 06:52 1 comments

Golden moment with them =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Sejenak bersama mereka..

Dari kiri : Imam muda Nuri, Imam muda Faris dan Imam muda Najdi

Imam muda Nuri - Seorang yang lawak dan bijak menyampaikan pengajaran dalam lawak jenakanya
Imam muda Najdi - Ilmu agama yang dimilikinya tidak semuda usianya. Bijak mengupas isu semasa yang diselitkan dengan hadis
Imam muda Faris - seorang yang tegas tika berhujah. Bijak mengaitkan ilmu sains dan Al-Quran


p/s: Diri ini terasa kerdil bila berada disamping mereka. Sedetik itu terasa ingin jadi seperti mereka. Sedetik kemudian rasa macam mustahil untuk berada di tempat mereka. Sedetik itu aku keliru.. Ahhh.. =(

Posted by khalid kadir at 06:42 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod