skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ▼ February (7)
      • KETERLAMPAUAN 'MAMA & PAPA'
      • 2013: REBIRTH INTO REALITY
      • "Kerana beg, badan dapat nama" (-_-!)
      • AKU, DIA & KL (episod 3)
      • AKU, DIA & KL (episod 2)
      • AKU, DIA & KL (episod 1)
      • HADIAH
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 23 February 2013

KETERLAMPAUAN 'MAMA & PAPA'


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dunia hari ini seperti tidak normal andai lelaki atau si gadis tidak langsung memikirkan soal CINTA atau perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Itu adalah hakikat dan pastinya satu tuntutan naluri manusia.

Tapi yang lebih jadi tak normal apabila usia ingin bercinta datang terlalu awal, masih setahun jagung, masih bersekolah rendah dan lebih kroniknya, berkasih sayang mengalahkan pasangan suami isteri ketika beruniform sekolah lagi.

'Mama dan Papa', memang nak termuntah mendengarnya namun itulah hakikat realitinya apabila sebilangan remaja hari ini yang masih di bangku sekolah sudah membahasakan kekasih hati dengan panggilan sebegini rupa.

Mungkin ada yang tersenyum sendiri membacanya kerana itulah refleksi diri sendiri dan mereka yang sudah jauh merencana kerjaya pula mengelengkan kepala kerana bimbang senario hari ini akan terjadi pada anak muda mereka.

Meminjam kata-kata seorang penceramah bebas: "Bila tengok couple berjalan berpegang tangan ibarat teh dan gula. Kedua-duanya minta untuk dijirus dengan air panas". Katanya lagi menyindir secara terang-terangan, "Gambar peluk 'bf' siap tulis semoga bahagia Till Jannah sedangkan Till Jannah ini untuk pasangan suami isteri, tapi untuk pasangan 'couple', Till Jahanam!".

Walaupun kasar, rasanya itu saja jalan terbaik untuk menjentik sikap kebanyakan remaja hari ini yang sudah tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya. Bukan sahaja agama Islam yang melarang bahkan mengetepikan aspek budaya dan hukuum alam.

Ada betulnya juga frasa agama ada menyebut, kahwin awal itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kerana golongan muda hari ini semuanya sudah terlalu 'gatal' ingin bersama, cuma masalahnya duit dan tanggungjawab.

Sumber: Harian metro (edisi tak ingat)

kalau tengok couple dok pakai baju cmnie pon dah cukup menimbulkan rasa  meluat

Posted by khalid kadir at 15:15 0 comments

Sunday, 17 February 2013

2013: REBIRTH INTO REALITY


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam tahun baru.

Tahun baru 2013 telah hampir 2 bulan usianya. "SELAMAT TAHUN BARU!", "HAPPY NEW YEAR!", itulah ungkapan yang sering kali menerjah kita setiap kali tiba tahun baru. Teringat zaman di bangku sekolah dulu, bila tiba je tahun  baru mesti kena topup handset dan sering berbalas sms dengan kawan-kawan semata-mata untuk ucapan tahun baru. Forward sms sudah menjadi perkara biasa bagi sms yang macam perghh tu kan. Sms tu kemudiannya disimpan erat sebagai renungan di hari kelak. Haha, kelakar pula bila kenangkan kembali zaman beruniform tu. Kini bila meningkat dewasa, rutin sebegitu ditinggal dan biarlah kenangan itu tersemat sebagai memori di dalam cerebellum. Hanya ucapan ringkas sudah cukup. Yang penting IKHLAS!!

Sejak di bumi upm ni timbul lak rutin baru menyambut tahun baru dengan tengok bunga api bersama kawan-kawan. Tahun lepas, tengok bunga api kat atas bumbung fakulti. Indah sungguh waktu itu yang berlatar belakangkan twin towers. Tahun ini pula berkesempatan menyambutnya bersama kawan-kawan kat area Putrajaya. Tak tahu lah apa nama tempatnya, yang pasti kat situ ada pantai buatan. Memang seronok menyambutnya bersama kawan-kawan disamping dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.

Bila tiba tahun baru semua orang mesti ada azam tahun baru yang tersendiri. Aku juga tidak terkecuali dari mereka yang typical ini. Saat countdown dan tika bunga api gagah memancarkan sinarnya, "Aku ingin berubah..", tak semena-mena terpacul keluar ungkapan itu tatkala sedang menikmati permandangan di tepi tasik. Ya, bersaksikan bintang, cahaya bunga api dan tasik itu.. Aku ingin berubah, berubah demi kebaikan.. Usia dah menjangkau 20-an.. Sampai bila aku harus berada di takuk yang lama? Soalan itu kerap kali bermain di minda.

'Aku ingin berubah..', entah untuk keberapa kalinya sudah hati aku membisikkan ungkapan itu.. Entah sudah untuk keberapa kalinya pintu hati ini diketuk dengan ungkapan itu. Analoginya seperti seorang pemuda yang tinggal di sebuah rumah yang kecil. Kemudian pintu rumahnya diketuk berulang kali. Lantas dibukanya pintu itu, kelihatan seorang pemuda berjubah putih berdiri di muka pintu. Mukanya putih berseri, bercahaya dan menyejukkan pandangan. "Ayuh berubahlah wahai sahabat.. Berubah ke arah kebaikan.. Berubah demi redha-Nya", seru lelaki itu dan entah untuk keberapa kalinya dia mengucap seruan itu. "Masih terlalu awal untuk engkau berubah..", kata teman serumahnya yang sering berpakaian hitam. "Come on laaa...masa muda.. Masa untuk engkau bersuka ria wahai teman.. Fully utilised it! Bila dah tua nanti, bila dah punya keluarga.. Barulah kau berubah..", kata teman serumahnya itu membuntukan fikirannya. "Berubah ke arah kebaikan?", soal pemuda itu.. 'Apa erti baik bagi kau?',.. Teringat kembali soalan itu yang pernah di ajukankannya kepada seorang kenalan.  "Baik tu subjektif, kau tak boleh tanya orang. Setiap orang ada pendapat masing-masing", terngiang kembali jawapan temannya itu. Demi kebaikan.. Pemuda itu mengikut lelaki berjubah putih itu.. Di luar rumah, jalan penuh berliku.. Segala macam dugaan, cubaan dan ujian datang menguji. Acap kali dia jatuh namun dia gagahkan diri untuk bangkit meneruskan perjalanan. Memang susah untuk berubah pada usia sebegini dan dia sering kali berdoa agar diberikan kekuatan. Ya, berdoalah kerana doa itu wireless dan coverage nya masuk satu universe.

Azam ini dikukuhkan lagi setelah baca novel VERSUS by Hlovate. Novel yang berkisahkan seorang pemuda yang berjuang melawan diri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik. Berubahlah walaupun perlahan. It takes more than a day kalau bunga nak kembang. Even a pearl is not cultured overnight   =)



mula nak berjinak-jinak dgn pakaian mcm ni
  

Posted by khalid kadir at 06:00 2 comments

Saturday, 16 February 2013

"Kerana beg, badan dapat nama" (-_-!)


Assalamualaikum =)

Kalau pepatah melayu ada mengatakan 'kerana mulut badan binasa' tapi aku ada pepatah baru nak perkenalkan.. Iaitu 'kerana beg, badan dapat nama'. Pepatah ni bukan aku yang bagi tapi orang-orang yang diluar sana tuh. Alkisahnya aku mempunyai satu beg sandang yang kecik atau lebih tepat lagi orang sekarang panggil 'beg pusher'. Niat aku beli beg ni sebab nak letak segala jenis harta benda bagi memudahkan pergerakan ataupun nak buat ala-ala beg doraemon, beg pelbagai guna. Haha. Maklumlah semua sedia maklumkan kalau letak handset dalam poketpun boleh kena penyakit macam kanser, mati pucuk dan pape jela yang berpunca dari radiasi yang terdapat dalam gadget tersebut kononnya. Even beberapa tahun lepas kajian turut menyatakan letak dompet kat dalam poket seluar (terutama bagi lelaki) pun boleh dapat penyakit. Aku tak ingat penyakit apa tapi yang jelas akan bagi kesan kepada Gluteus maximus seseorang itu. Bagi yang tak paham apa itu Gluteus maximus boleh la rujuk buku anatomy ye, kalau nak best rujuk la buku Anatomy, G.Tortora 13 edition (saje promote).

Zaman moden sekarang ni memang mudah nak dapat penyakit. Kadang-kadang benda yang kita selalu buat dan yang selalu dipandang remeh tu la yang akan bagi kesan di hari-hari yang mendatang. Atas sebab ni lah aku beli beg ni. Nak letak handset, dompet, kunci dan segala benda-benda asing yang tak sepatutnya ada kat badan ni bagi mengurangkan risiko terkena penyakit lah katakan dan beg ni aku selalu bawa pergi mana-mana kalau keluar rumah. "Kerana beg, badan dapat nama", pepatah ni terlintas di fikiran aku masa keluar dengan kawan-kawan. Tak kesah la pergi downtown ke, pergi The mines ke dan yang paling latest time pergi PWTC baru-baru ni.. Mesti ada yang bertanya "bang, yang ni berapa?". DUSH!! Sentap owh. Rupa aku ni ada macam tauke kedai ke? Haish, ramai lagi yang pakai beg macam aku kat luar tu, kan sekarang ni tren tapi kenapa mesti aku yang kena? Haha, siot je kan. Sekarang ni kalau aku nak keluar, mesti pikir 2-3 kali nak bawa beg ni sekali. "Kerana beg, badan dapat nama" (-_-!)

ni lah beg pusher aku, meminjam slogan astro; macam-macam ada !

Posted by khalid kadir at 06:00 1 comments

Friday, 15 February 2013

AKU, DIA & KL (episod 3)

****************************


Sambil menjamu selera, mereka sempat berbual. Masing-masing bertanyakan pasal pelajaran dan kehidupan di Universiti. Entah mengapa kali ini Sara seperti senang berkongsi dengan Amri. Berkongsi sebahagian isi hatinya. Dia memulakan bicara dengan bercerita mengenai seorang temannya di tempat pengajiannya di sana. Diceritanya temannya itu yang dianggapnya seperti 'member biasa' mula menaruh hati terhadapnya sampaikan satu tahap 'member'nya itu berhasrat membawanya berjumpa dengan ibunya.. Terkesima Amri mendengar ayat itu. "Masa mak dia call, terus cakap kat mak dia, mak cik..  Mak jangan risau, sebenarnya saya tak minat pun kat anak mak cik ni",  terang Sara. Tersenyum sendiri Amri mendengar penjelasan temannya itu, entah kenapa rasa sedikit tenang selepas mendengarnya. "Haa.. Lupa nak tanya, awek sihat?",  tiba-tiba soalan cepumas itu di ajukan kepadanya. "Sihat je kot", jawab Amri sambil tersenyum sinis. "Tak mesej dia? Dia tak marah ke kita keluar ni?". Amri hanya mendiamkan diri. 'Setiap kali bertemu pasti soalan ini yang di ajukannya. Hmmm.. Kalaulah engkau bisa mengerti.. Jawapannya masih seperti dulu Sara.. Aku dah kunci pintu hati ni kuat-kuat dan kuncinya ada pada engkau je', bicara hati kecilnya.

"Eh, yang dia ni pakwe sihat ke?, dia tak marah kita keluar?", saja di balasnya balik soalan itu. "takde pakwe  laa, lepas dia dah takde orang dah", jawab Sara sambil menundukkan kepala seperti kurang selesa bercerita mengenai kisah lamanya.  "Kalau ye pun dah takde pape, kawan jela.. Ada jumpa dia? Tak try contact?", tanya Amri penuh prihatin. " Tak contact pown. Dah buang, berani pulak dia nak jumpa!", getus Sara yang mula diselubungi amarahnya. "Fine, tukar topik. Lepas ni kita nak ke mana?", cepat-cepat Amri menukar topik perbualan mereka bagi mengelak volcano yang bakal meletup. Dah 2 tahun dia kenal si Sara ni dan ternyata sikap egonya yang setinggi gunung everest itu masih belum mampu ditawan. 'Dia' yang dimaksudkan itu merupakan kawan sepermainan Amri suatu ketika dahulu. Teringat kembali kata-kata Danny ketika mereka bersua dahulu, "Sara tu ego sangat laa, Aku ajak jumpa nak setelkan semua  ni pun dia tak nak". Waktu itu.. mereka sudah lama bergaduh dan Amri cuba untuk mendamaikan kembali kerna dia tahu Sara sangat menyayangi Danny tetapi sikap ego gadis itu penghalang utama.  "Ingat nak g tengok Juvana tapi dah lambat sebab tunggu orang tu 2 jam kan so cancel lah", jawab Sara yang mengembalikan Amri dari khayalannya. "Fine! 2 jam punya pasal jom la kita pergi tengok", geram pula Amri dibuatnya. Asyik bermodalkan '2 jam' point si Sara untuk kenakan Amri.

Mereka kemudiannya menuju ke klcc. Cerita Juvana pada jam 9 malam menjadi pilihan atas persetujuan bersama. Jam masih menunjukkan pukul 5 petang. Usai menunaikan solat Asar, Sara membawa Amri pusing-pusing dalam klcc. Kalau nak diikutkan ini baru kali kedua Amri menjejakkan kaki di sini dan kedua-dua kalinya bersama dengan Sara. Kalau tidak kerana gadis kl ni, memang haram lah dia nak menjejakkan kaki nya disini. Bagi Sara pula entah berapa ribu kali dah dia ke sini. Maklumlah orang Kl katakan dan memang sesuai orang seperti Sara ni jadi tourism guide untuk 'budak kampung' macam Amri.

Amri : kat sini apa yang best?
Sara : Kalau nak shopping kat sini memang mahal. Tak tahu apa yang best kat sini. Galeri je kowt.
Amri : Galeri ???
Sara : Galeri Islamik, jom singgah sana. Best bagi orang yang reti menilai dan bosan bagi yang sebaliknya.

Sara kemudiannya membawa Amri 'cuci mata' di Galeri Seni Khat. Banyak karya-karya agung dipamerkan disini dan yang paling penting masuk adalah percuma! Amri agak kagum dengan penghasilan karya-karya disini dan sejenak kemudian dia berfikir untuk mempelajarinya. Setiap karya diperhatikannya dengan penuh teliti, cuba mencari mesej yang cuba disampaikan. Masing-masing sibuk melayan seni karya yang dipamerkan dan setelah sekian lama mereka disitu, akhirnya mereka beransur bagi menunaikan solat Maghrib. Usai menunaikan tanggungjawab, masing-masing enggan makan malam memandang masih kenyang. Amri kemudiannya meminta Sara membawanya keluar dari bangunan yang dianggapnya seperti igloo itu, sejuk yang teramat  katanya dan lemak yang dimilikinya tidak mampu menhangatkan tubuhnya. Al maklumlah 'orang kampung' seperti Amri ni tak biasa dengan suasana begini. Sara hanya menurut permintaan temannya itu. Dibawanya Amri mengambil udara segar di luar bangunan yang menjadi mercu tanda ibu kota itu.

Sebaik tiba diluar, mereka mencari 'port' untuk duduk bagi meluangkan waktu bersama sementara menunggu jam 9. Disebabkan dipenuhi ramai orang akhirnya tembok di hadapan klcc itu menjadi pilihan. 'Ramai sungguh famili 'camping' kat sini, agaknya mereka pun allergic sejuk macam aku kot', celoroh hati kecil Amri. Permandangan di hadapan klcc malam itu sungguh indah, ramai yang terpegun.. Tak kira rakyat tempatan mahupun foreigner. Masing-masing tidak terlepas dari melihat permandangan yang berlatar belakangkan air pancut yang turut dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Cantik! Di tambah pula dengan kepelbagaian formasi air pancut itu. 'Rasa romantik pula kan Sara.. Duduk camni sambil tengok air pancut, haha', bisik hati nakal Amri namun tidak berani dizahirkannya. Masing-masing membisu seribu bahasa, mencari idea untuk dibicarakan. Sekali lagi Sara memulakan ceritanya..

Sara: Hari tu ada seorang member ni, member lama.. Budak Kl jugak. Ntah tiba-tiba dia confess segala bagai kat Fb, malas nak layan. Sampailah satu hari tu Sara keluar pastu takde transport nak balik. Dia volunteer nak tolong hantarkan. Orang terima jela sebab anggap dia member kan. Bila dia dah tahu rumah kat mana, hari-hari dia datang hantar makanan. Alasan dia sebab dia suka masak.
Amri: Hari-hari datang rumah? Ayah Sara tak tanya?
Sara: Ada juga.. Cakap member kasi je. Pastu ayah complain masin sikit laa, haha
Amri: Asal tak terima je dia? Awesome pe laki yang pandai masak
Sara: Malas nak layan!
Amri: Rasa macam Sara ni  tak pernah nak beri peluang kepada diri sendiri. Seolah-olah  dah tutup pintu hati tu untuk terima seorang lelaki lebih dari seorang kawan dalam hidup.
Sara: Aah, nak jerukkan hati ini!
Amri: Hmmm… Sara, orang nak tanya sikit boleh? Kenapa dulu time kat matrik tak penah cakap pasal dia? I mean Danny? Nasib baik kantoi last day tu kan. Kalau tak sampai ke sudah  tak tahu.

Sara hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah lain seperti malas mahu menjawab soalan Amri itu. Jam menunjukkan hampir pukul 9. "Jom", kata Amri bagi mengembalikan semula mood temannya itu. Mereka kemudiannya pergi menonton cerita Juvana yang kononnya cam best tu. Selesai menonton cerita tersebut, jam menunjukkan pukul 11 malam. Kebanyakkan kedai sudah tutup dan begitu juga dengan bangunan klcc ini. Mereka berdua kemudiannya bergegas ke Kl sentral sebelum kedua-duanya berpecah membawa haluan masing-masing..

Amri: Thanks for everythings.
Sara: Thanks too! And do take care
Amri: Same goes to you. Jaga diri, hiasi peribadi =)

"Jaga diri, hiasi peribadi", itulah famous last words yang sempat Amri titipkan buat temannya itu. Ringkas tapi cukup mendalam maksudnya. Sedetik itu, fikiran Amri melayang jauh.. Banyak persoalan yang bermain di mindanya yang sukar untuk dia sendiri rungkaikan. 'Apa erti Sara bagi aku?', 'Mengapa perlu ada harapan dalam sebuah persahabatan?', 'Ah, spoil! Percintaan bisa saja menghancurkan erti sebuah persahabatan so whats the point here?', getus hatinya sendiri. Dia juga tidak sanggup kehilangan seorang lagi temannya dengan alasan sebegini rupa dan lebih selesa begini. Teringat kembali kata-kata Sara 2 tahun lepas.. "Kawan tetap kawan..", That’s it! Dan itulah yang sebaiknya. Once friends, forever a friends..

citer JUVANA yang kononnya cam best..




~ T.A.M.A.T ~

Posted by khalid kadir at 07:00 2 comments

Thursday, 14 February 2013

AKU, DIA & KL (episod 2)

*********************************

Jam menunjukkan hampir pukul 2 lebih. Perut dah beberapa kali berbunyi, meronta-ronta untuk diisi. Lantas Amri singgah di kedai serbanika, membeli sedikit makanan buat alas perut untuk sementara waktu. Sedang Amri khusyuk membaca buku 'History Of football' di sudut pameran buku tersebut, handset nya berkelip-kelip, tanda ada mesej yang menerjah masuk.

Sara: Kat mane?
Amri: bahagian bawah
Sara: Kejap, kat tangga surau

Amri biarkan saja mesej itu tidak berbalas dan dia meneruskan bacaannya itu. 'The Doctor- 5 min health check' berjaya mencuri tumpuannya namun masih tidak berkenan untuk membelinya walaupun harga yang ditawarkan cukup murah. Dalam waktu itu matanya mencari kelibat temannya itu dan dari jauh dia cukup cam gadis itu. Tudung putih yang dikenakan dengan baju purple dan menyadang beg putih itu tidak menyukarkan Amri untuk mengecamnya. Melihat baju itu sudah cukup buat Amri tersenyum sendiri. Baju yang sama dipakainya sewaktu kali pertama mereka berjumpa di jalan TAR tahun lalu. Sengaja Amri tidak mahu menegur gadis itu terlebih dahulu. Mahu melihat apa tindakannya.. 'Nak tengok berani ke tak dia nak tegur aku', uji hatinya. Makin lama dibiarkan makin tak menjadi plan si Amri ni.  Jam menunjukkan hampir 3 petang, 'Fuhh! Dah naik bosan aku baca buku nie, agaknya dia malu nak tegur kot, takut silap orang'. Lantas Amri dengan konfidennya menuju ke arah temannya itu.

Amri: Eh, dah lama sampai? Tak bagi tahu pun (sambil buat muka tak bersalah)
Sara: Dah lama sangat.. Dah jom pergi shopping buku kat atas.
Amri: Semalam janji jumpa pukul 12 kan , sekali tengok pukul 3 baru jumpa.
Sara: Sape yang lambat? Orang tunggu kat sana 2 jam..
Amri: Sape suruh plan last minit…
Sara: Sekarang sape yang lambat?
Amri: yela-yela, sooorryyy ..

Sambil bertanya khabar, seperti dahulu, Amri sempat menilai penampilan sahabatnya itu. Dari atas sampai bawah, pakaiannya cukup simple, masih seperti dahulu namun tetap menutup aurat sebagai satu tuntutan agama. Bila pandang ke bawah, dulu dia sekadar memakai selipar getahnya.. Kini dia sudah pandai mengenakan sandal yang sesuai dan turut berstokin! Alhamdulillah, dia mampu berubah sampai ke tahap itu dan harap akan jadi lebih baik sejak menapak di bumi Terengganu itu. Aku juga sedang berusaha ke arah itu wahai sahabat. Bisik hati kecilnya.

Sebaik tiba di bahagian atas, Sara giat mencari buku-bukunya seolah-olah telah lama merancang dan seolah-olah semua judul buku tersebut ada dalam kepalanya. Amri sememangnya kurang mahir dalam bab membeli novel dan buku. Memang dia tidak nafikan kemahiran Sara dalam bidang ini. Sesekali dia melihat Sara memandang skrin talifon seperti dalam talifonnya itu ada peta untuk pesta buku ini. "Tolong cari D29", pinta Sara sambil melihat skrin handsetnya. "Ohh, dah kaji dulu ye sebelum datang..", kagum sebentar Amri dengan temannya yang seorang ni. "Tengok online je, takpun member yang bagi tahu", jelas Sara ringkas. Setiap kali tiba di gerai buku, Sara akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menganalisis buku yang hendak dibelinya. Sesekali dia bertanya kepada penjual untuk dapatkan penjelasan. Berbeza dengan Amri, pantang tengok judul buku dan kulit buku yang cantik terus dibelinya tanpa banyak bicara. Ternyata Sara lebih bijak darinya dalam bab ini. Amri yang dari tadinya terasa janggal dan kebosanan menunggu si Sara 'menganalisis' bukunya lantas mengambil kesempatan itu untuk berkunjung ke gerai yang menawarkan buku keagamaan. Entah mengapa akhir-akhir ini dia cenderung ke arah itu.

Sewaktu mereka singgah di gerai Jemari Seni, sedang si Sara rancak berbual dengan penjual bertanya itu  dan ini, Amri mencapai satu novel hasil karya Hlovate. Dia cukup kagum dengan cara penulisan penulis tersebut setelah membaca karyanya yang berjudul VERSUS. Penulisannya masuk dengan jiwa remaja hari ini. "Buku ni semua best!", kedengaran suara Sara yang berdiri di sebelah Amri sambil tangannya menunjuk ke arah karya-karya Hlovate. 'Hmm.. Nampak gayanya dia ni dah baca banyak novel, memang tak boleh nak lawan!', bisik hatinya. Setelah beredar dari situ, Sara borong hampir 10 buah buku. Amri hanya mampu gelengkan kepala melihat gelagat temannya itu. "Ini stok untuk berapa lama?", soalnya merujuk kepada buku-buku yang dibeli oleh Sara. "Seminggu!", jawab Sara dengan penuh yakin.

Amri: Dah lunch?
Sara: Belum.. Tunggu dia lah 2 jam kat sana. So nak makan mana?  Fast food?
Amri: Fine, memandangkan 2 jam punya pasal so u decide.
Sara: Ok, kfc jela ea. Kita g Kl sentral.

Amri hanya menurut temannya itu. Kalau nak diikutkan  memang dia kurang gemar fast food, tidak mengenyangkan baginya tapi kali ini dia terpaksa mengalah. Mengalah sebab dah hutang 2 jam dengan gadis ini.



********************** bersambung ********************** 

Posted by khalid kadir at 07:30 0 comments

Wednesday, 13 February 2013

AKU, DIA & KL (episod 1)


Salam.. Kisah ini kesinambungan entri 'Pertemuan di Jalan TAR' -Rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada, saja nak asah bakat, kot-kot boleh terbit novel satu hari nanti, haha~

Aku, Dia & KL (episod 1)

'Kriiing!!', handset berbunyi tanda ada mesej masuk. "Besok free x?", ringkas dan tersirat. Sender : Sara.. "X", pendek tapi cukup memberi makna balas Amri.

5 hari kemudian.. Amri menghantar mesej kepada temannya itu, mungkin rasa bersalah tempoh hari atas ajakannya.

Amri : weekend ni free?
Sara : Besok free?
Amri: Free je, y?
Sara: Jom g pwtc, de pesta buku =)
Amri: ok, up to u
Sara: Hmm.. 12 ??
Amri: ok, see u there. Harap x sesat
Sara: Same goes here

Malam itu Amri susah sukar untuk lelapkan mata. Seperti tak keruan mengenangkan hari esok. Entah kenapa.. Mungkin sudah lama tak berjumpa dengan Sara agaknya. Kali terakhir ketika 'Pertemuan di Jalan TAR'  yang di anggapnya pertama dan terakhir.

Jam menunjukkan pukul 11.20 pagi. Handset berbunyi memberi isyarat mesej masuk..

Sara : Dah kt mne?
Amri: Sorry, baru keluar rumah. De hal sikit. Dah kt mne?
Sara: Dah nk sampai klsentral. Nk tggu mne2 ?
Amri: Entah..
Sara: takut sesatkan? So I wait u here
Amri: ok, pepehal I call u

Disebabkan dah terlewat dan terlalu mengejar masa yag tak terkejar, Amri tersilap membeli tiket tren dengan konfidennya. Bukan ke Klsentral tapi terus ke putra. Ya, terus ke putra tapi si Sara menunggunya di Klsentral. Tunggu dan terus menunggu..

Setibanya di putra, Amri ni ibarat rusa masuk kampung. Walaupun sudah menetap di selangor hampir 10 tahun namun suasana di sini masih asing baginya. Jarang sekali dia turun ke ibu kota ini tanpa sebab dan selalunya dia pergi bersama kawan-kawan. Namun Amri gigih berjalan meredah kesibukan kotaraya itu demi seorang sahabat. Ya, seorang sahabat yang cukup bermakna buat dirinya. Makna yang dia sendiri sukar untuk ungkapkan. Sekali lagi handset berbunyi tanda mesej masuk..

Sara: Dah kat mane?
Amri: Tengah berjalan menuju ke sane. (Dlm hati: ingat aku tak tahu jalan ye, nanti aku buktikan yang aku mampu! Haha)

Setibanya di PWTC,  Amri terus menerjah ke bahagian pameran buku itu. Kagum sebentar melihat harga yang ditawarkan dan mula meninjau buku yang mungkin berkenan di hati sambil mata giat mencari-cari kelibat temannya itu. 'Ah, mungkin dia dah berubah sampai aku tak boleh nak cam', getus hati kecilnya. Lantas dicapaikannya handfon dan mendail no yang berkenaan.. Tut tut..

Amri: haa.. Kat mane?
Sara: dia tu yang dah kat mane??
Amri: err.. Dah sampai sini laa, kat tempat buku nie..
Sara: hah!! Grrrr.. Kan tadi dah plan tunggu kat klsentral.. Haish! Pergi la shopping buku tu sorang-sorang. Nak balik la cmnie, dah la tengah lapar nih.
Amri: jangan la cmtu.. Sorry sangat, ingatkan terus ke sini.
Sara: tunggu la 2 jam lagi baru sampai.
~ Tuuut ~ talian di matikan.

'Spoil! Ingatkan boleh la aku nak surprise sikit tapi tak menjadi', sedikit terkilan Amri di situ. Jam menunjukkan pukul 1 lebih. 'Its Zohor time!', perintah hati kecilnya.

Tren yang ke- Salasun katanya..


***********************bersambung****************

Posted by khalid kadir at 10:50 2 comments

HADIAH




Assalamualaikum =)

Apa definisi hadiah bagi korang? Bagi aku hadiah, cenderahati, cenderamata, cenderajiwa dan yang sekutu dengannya merupakan sesuatu yang kita bagi kat orang lain sebagai tanda ucapan terima kasih, tahniah ataupun bagi meraikan seseorang itu. Entah mengapa sejak duit poket ni berisi sikit aku macam tak lokek nak kuarkan sikit duit tu untuk belikan hadiah buat teman-teman menjelang birthday dorang tapi tak semua laa (Bankrap owh kalau sorang-sorang nak kena kasi). Bukan nak berlagak ke apa tapi berbeza dengan aku dulu.. Dulu aku ni kedekut and berkira sikit bab ni. Mungkin terpengaruh dengan slogan omputih 'What goes around come around' kot. Haha.. Tapi yang penting IKHLAS kan. Pada masa yang sama, aku boleh belajar macam mana nak decorate hadiah tu, maklum laa.. Aku jahil sikit bab nih. Check it out ~

Yang ni untuk akak aku =)
Yang ni untuk Housmate aku; acap. (kek ni kongsi ramai2 ye)

Yang ni khas buat teman..

Yang ni untuk pendengar setia aku, haha
Yang ni untuk kawan jugak =)

yang ni partner bear kecik yang kat atas tu =)

Yang ni khas untuk adik aku yang comel =)


Posted by khalid kadir at 03:29 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod